13 Tempat Steamboat Best di Sabah| Tempat Makan Best – Sabah adalah sebuah negeri yang popular dengan pemandangan yang indah dan cantik. Banyak pelancong dari dalam mahupun luar negara datang negeri ini untuk bercuti.
Untuk mudah kan anda mencari tempat makan, saya akan senaraikan beberapa tempat makan steamboat yang best dan unik untuk di cuba. Jika anda datang ke Sabah jangan lupa untuk singgah.
1. Steamboat Bakar – kedai makan
Berhadapan dengan pantai Tanjung Aru, Steamboat Bakar menggunakan konsep Hawaiian menjadikan tempat makan ini sangat cantik. Untuk yang kaki gambar rugi kalau tak datang sini. Pilihan makanan pula sangat banyak. Paling best pilihan makanan laut mereka sangat segar dan sedap.
Di Steamboat Bakar, mereka menerima sebarang majlis untuk di adakan di sini. Mereka akan sediakan tempat dan katering makanan secara buffet. Antara majlis yang sering di akan di sini adalah majlis kahwin dan majlis hari lahir. Jika anda berminat nak tempah meja atau mahu tempah untuk sebarang events boleh hubungi mereka.
Lokasi: Jalan Tanjung Aru (Menghadap Kinabalu Yacht Kelab)
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 5 petang sampai 10 malam
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/steamboatbakarkk?locale=ms_MY
2. Mari Mari Steamboat – restoran
Jika anda mencari tempat makan steamboat yang halal boleh datang ke sini. Pilihan makanan bukan saja banyak tapi pilihan perap juga semua sedap – sedap. Rambang mata nak pilih. Tapi ingat jangan sampai membazir pula.
Di Mari Mari Steamboat mereka ada sediakan 2 ruang makan iaitu indoor lengkap hawa dingin atau outdoor dengan konsep ‘Open Air’. Ruang makan luas dan amat selesa. Budak juga sesuai datang sini.
Lokasi: Sh 8-9 ground floor, block D padimas point 11 Jalan pintas penampang bypass Penampang, 88300 Donggongon, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari tanpa cuti dari pukul 2 petang sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/p/Mari-mari-steamboat/
3. Kampung Nelayan Floating Seafood Market – restoran
Jika anda datang Kampung Nelayan kena singgah sini. Tempat makan steamboat ini bukan saja menyajikan pelbagai pilihan makanan steamboat tapi juga menu makanan tradisional yang lain. Restoran ini memang popular dalam kalangan pelancong luar negara. Mereka sanggup datang untuk cuba makanan asal orang Sabah.
Paling best, di Kampung Nelayan Floating Seafood Market mereka akan sediakan persembahan dari masyarakat stempat untuk para pengunjung. Antara persembahan yang ada adalah tarian kebudayaan. Bolehlah sambil makan steamboat tu layan pesembahan mereka.
Lokasi: Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 2 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/kampungnelayan
4. Rockfire Cafe Steamboat & Grill – kafe
Di Rockfire Cafe Steamboat & Grill menawarkan steamboat dengan pilihan makanan yang banyak dan sedap. Di masak bersama kuah pilihan utama iaitu Tomyam. Makanan grill pun ada. Ada ayam, daging dan kambing perap. Banyak pilihan perapan untuk anda pilih. Nak ambik semua pun boleh tapi ingat kalau tinggal makanan lebih akan kenakan bayaran. Ini untuk elakkan berlakunya pembaziran.
Bukan itu saja, ada makanan western juga di sini. Semua makanan western mereka datang dengan porsi yang besar. Rata rata customer yang pernah datang mesti akan tambah menu western di kafe ini. Anda tunggu apa lagi, tempah meja anda sekarang!
Lokasi: Bangunan SABATA , Hospital Lama, 89008 Keningau, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/p/Rockfire-Cafe-_Official/
5. NOR’ Steamboat and Grill – kedai makan
Satu lagi tempat makan steamboat yang murah tapi sangat berbaloi. Di NOR’ Steamboat and Grill mereka sajikan steamboat yang lengkap dengan daging, ayam dan kambing perapan serta sayur sayuran yang segar. Makanan sampingan dan dessert juga banyak untuk rasai.
Konsep makan di sini secara buffet. Dengan satu harga semua anda boleh makan. Sebelum datang buat tempahan meja dulu. Selalu meja makan penuh di sini.
Lokasi: Warisan Square, Block D, GF-03, Jalan Tun Fuad Stephens 88000 Kota Kinabalu Sabah , Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 2 petang sehingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/buzainabcorneralamesra/
6. The Zenia Shell Out & Grill Steamboat – restoran
Restoran The Zenia Shell Out & Grill Steamboat adalah salah satu tempat makan steamboat dengan harga yang murah tapi pilihan makanan yang banyak dan pelbagai. Untuk kaki shellout, tempat makan ini wajib anda datang. Shellout di sini memang sedap, ramai customer memberi komen positif.
Malah jika mereka juga sediakan pakej wedding planner. Di mana anda boleh sewa restoran mereka untuk majlis kahwin. Pakej ini siap dengan makanan dan sebagainya. Sangat menarik!
Lokasi: Rimbun garden cafe, 89200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga pukul 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari:
https://www.facebook.com/ThezeniaKK/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan steamboat best di Sabah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sabah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!