5 Tempat Makan Legend di Pulau Pinang. | TEMPATMAKANBEST : 5 Tempat Makan Legend di Pulau Pinang. Negeri ini memang terkenal dengan macam-macam tarikan contohnya tempat bercuti, kepelbagaian kaum yang unik dan paling best tempat tempat makan di sini. Jom kita tengok antara tempat tempat makan yang legend dan ramai orang tidak tahu bahkan orang Pulau Pinang sendiri sekalipun!
1. Nasi Ayan Kulaan, Jalan Telaga Air
Kedai makan yang menjadikan nasi ayam sebagai menu utama mereka. Pelbagai menu lagi seperti nasi goreng, bihun sup, air kelapa dan mi goreng. Hanya berbumbungkan zink dan beberapa pacak kayu kedai ini menjadi salah satu tarikan oleh kerana suasananya yang mengimbau kenangan zaman dulu kala serta kemudahan di sekelilingnya. Terdapat pasaraya Billion serta Masjid Telaga Air di antaranya, menjadikan pengunjung selesa untuk berehenti dan rawat di situ, cuma kekurangannya adalah tempat parking.
2. Dann Char Kuey Teow, Maklom
Port char kuey teow yang menjadi bualan penduduk sekitar Butterworth, kedai ini berada tidak terlalu dalam tidak terlalu dekat juga dengan pekan yang berdekatan iaitu Maklom. Kedai yang bertemakan mesra keluarga dengan tempat parkir yang mudah dengan suasana kampung, Ramai anak muda yang menjadikan port mereka untuk melepak dan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Sajian kuey teow dan char kuey teow yang menyelerakan membuatkan nama kedia ini tular.
3. Nasi Lemak Pak Din, Teluk Air Tawar
Pak Din, pengurus restoran sarapan pagi. Kedai yang menyajikan aneka lauk pauk tetapi pada waktu pagi sahaja untuk sarapan. Lauk yang terkenal bagi pengunjung yang hadir ialah gulai sotongnya yang lazat dan mengigaukan fuhh. Lauk yang disediakan kebiasaanya akan habis sebelum 11 pagi! Pelanggan juga kebiasaannya akan mula hadir sejak jam 7 pagi lagi agar tidak terlepas untuk menjamah di sini. Resepi turun temurun dan sehingga sekarang masih dimasak oleh tuan kedainya sendiri, Pak Din.
4. Kedai Makan Sri Bagan, Bagan Dalam
Roti canai? Nasi lauk? Goreng-goreng? Sri Bagan solusinya. Kedai kecil yang berada di bawah pangsapuri Kampung Bagan Dalam, tidak terlalu ramai akan tetapi masih bertahan sehingga kini, pelanggan yang datang juga merupakan orang yang memang sudah terbiasa dengan di sini. Kedai yang menyediakan segala aneka makanan untuk sarapan yang mengikut cita rasa orang Malaysia, harga yang sangat berpatutan dengan rasa yang sedap sudah tentulah menjadi pilihan ramai penduduk setempat di situ.
5. Nasi Kandar Pokok Ketapang, Jalan Telekom
Antara kedai nasi kandar yang terawal hadir di negeri Pulau Pinang, kedai yang asal bermula di George Town. Diberi gelaran ‘nasi pokok ketapang’ oleh kerana mereka menjalankan perniagaan di bawah satu pohon pokok ketapang. Waktu mula beroperasi pada 11 malam setiap hari. Ada juga yang mengenali dengan ‘nasi kandar beratur’ kerana bermula 11 malam pelanggan akan mula hadir dan mewujudkan barisan yang panjang untuk menunggu giliran. Bertampilkan beca dengan periuk periuk berisi kari dan segala lauk pauk menjadikan kedai ini unik sekali gus menjadi punca tarikan yang sangat menarik bagi penduduk Pulau Pinang sendiri dan pengunjung dari luar.