13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Selangor| Tempat Makan Best – Kalau setiap hari asyik masak di rumah pun bosan juga kan. Untuk ubah suasana apa kata kalau anda cuba makan di luar. Lagi best bila ajak semua keluarga dan kawan – kawan.
Di Selangor, banyak sebenarnya tempat makan tengahari yang best dan menarik untuk dicuba. Untuk warga Selangor jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba tempat makan baru ini. Saya akan kongsikan bersama anda beberapa tempat makan tengahari yang best.
1. Rumah Makan Cibiuk – kedai makan
Jom cuba makanan Indonesia! Hanya di Rumah Makan Cibiuk anda boleh dapatkan masakan dari Indonesia dengan resepi asli. Pilihan pula memang banyak. Semua nampak sedap dan menarik. Kadang – kadang best juga kalau kita ubah selera untuk cuba masakan Indonesia.
Lokasi: B-LG-19, Vista Alam Serviced Apartment, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 11 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/cibiukshahalam/
2. Restoran Serambi Melayu – kedai makan
Anda peminat ikan bakar? Wajib cuba menu ikan bakar spesial dari Restoran Serambi Melayu. Mereka menyajikan pelbagai pilihan ikan dan dibakar menggunakan perapan yang sangat harum dan sedap. Kalau sekali cuba mesti buat anda teringat. Menu lain pun ada. Mereka sangat mahir dalam masakan melayu asli. Untuk siapa yang selera tekak melayu anda tunggu apa lagi? Ajak family dan kawan untuk cuba makan tengahari di sini.
Lokasi: 22, Jalan Putra Mahkota 7/7a, Seksyen 7 Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 7.45 pagi sampai 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/restoranserambimelayu/
3. Restoran Selera Kampung – kedai makan
Tempat makan tengahari ini ada macam – macam aneka lauk. Semuanya masakan selera kampung. Banyak ulam -ulaman di sini. Ramai pelanggan yang pernah datang memberi komen positif terhadap masakan dan juga suasana kedai. Ada juga yang puji kedai makan sangat bersih dan selesa, banyak ruang makan disediakan. Sesuailah kalau anda datang secara berkumpulan atau ada family yang ramai.
Lokasi: 10, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad 7 pagi sampai 3.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/selerakampungfam/
4. Nasi Kukus Sotong Besar – kedai makan
Orang Shah Alam takkan tak tahu lagi kewujudan kedai ini. Kini mereka buka di beberapa tempat lain di sekitar Selangor. Apa yang menariknya tentang kedai ini?
Di Nasi Kukus Sotong Besar, mereka menyediakan menu yang simple tapi sangat spesial. Nasi di masak secara kukus manikkan lagi aroma nasi makan pula dengan menu utama iaitu sotong celup tepung. Yang menjadikan tempat ini spesial kerana menggunakan sotong yang bersaiz besar. Namun isinya masih lembut dan sedap bila di makan panas – panas.
Lokasi: 1, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 11.30 pagi sampai 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
5. Warung Cikgu – kedai makan
Tempat makan tengahari yang best di Selangor dan wajib anda cuba ialah Warung Cikgu. Menu makan tengahari yang spesial di sini iaitu nasi kukus ayam berempah. Kalau datang waktu makan tengahari memang anda perlu beratur untuk dapatkan pesanan anda. Tapi jangan risau servis di Warung Cikgu memang cepat.
Selain menu nasi yang paling cepat habis menu celup – celup. Seperti di Terengganu dan Kelantan, anda boleh dapatkan juadah ini di Warung Cikgu.
Lokasi: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/WarungCikgu.Puchong/
6. Restoran Aroma Hijrah – restoran
Selalu kalau makan tengahari kita mesti pilih masakan selera melayu atau kampung, kali ini jom kita cuba makanan selera Arab. Restoran Aroma Hijrah menawarkan pelbagai pilihan masakan Arab, dari nasisampai ke makanan sampingan dan pencuci mulut. Semua ini di masak dengan menggunakan bahan yang diimport dari negara Arab. Jangan lepaskan peluang untuk cuba sesuaatu yang baru.
Lokasi: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 11.30 pagi hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/aroma.hijrah/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan tengahari yang best di negeri Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!