13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Putrajaya| Tempat Makan Best – Putrajaya bukan sahaja terkenal sebagai pusat pentadbiran negara Malaysia tetapi juga menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat untuk memuaskan selera pelbagai pengunjung dan penduduk tempatan.
Jika anda merancang untuk menjamu selera tengahari di Putrajaya, inilah 13 tempat makan tengahari yang best dan pasti memikat selera anda.
1. Restoran Rebung Chef Ismail – restoran
Siapa tak kenal dengan chef satu ini. Dikelola oleh chef terkenal Chef Ismail, restoran ini menawarkan pengalaman makan yang eksklusif dengan hidangan tradisional Melayu yang diperbaharui. Lokasinya di Presint 16 menjadikannya tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Lokasi: 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 11 pagi sampai 10 malam.
Korang boleh tekan link EV MALAYSIA… Banyak perkongsian tentang kereta EV.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/Restoranrebung/
2. Umai Cafe – kafe
Restoran ini adalah pilihan tepat untuk pencinta masakan Thailand. Menu yang paling popular di sini adalah Tomyam dan Paprik. Tempat ini paling best sebab terletak di sebelah Tasik Putrajaya.
Lokasi: Kompleks Sukan Air, Presint 6, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/umaicafeofficial/
3. Nasi Lan Kedah – kedai makan
Jauh dari Kedah ke Putarajaya. Nasi Lan Kedah memang popular dalam kalangan penduduk di sekitar Putrajaya, terutama sekali bagi peminat nasi kandar. Nasi seakan nasi kandar berwarna kuning di padankan bersama beberapa lauki yang anda pilih ikut citarasa dan selera. Jangan lepaskan peluang untuk rasai kelainan di sini.
Lokasi: Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi sampai 8 malam.
4. Restoran Wawasan Pak Usop – restoran
Kalau anda cari makanan selera kampung wajib singgah di Restoran Wawasan Pak Usop. Banyak pilihan masakan kampung dan semestinya harga berpatutan dengan hidangan yang kita pilih.
Lokasi: No.5, Blok 2, Aras CA, Menara Seri Wilayah, Jalan P2a, Presint 2, 62100 Putrajaya
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Sabtu Ahad dari 6.30 pagi sampai 3 petang.
5. Dayang Sarawak Corner Cafe – kafe
Khas untuk orang Sarawak yang menetap di semenanjung atau anda yang ingin mencuba makanan dari Sarawak boleh datang ke Dayang Sarawak Corner Cafe. Di kafe ini, mereka menawarkan pilihan menu dengan menggunakan resepi asal dari Sarawak.
Lokasi: 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/DayangSarawakCornerCafe/
6. Restoran Ayam Kampung Putrajaya – kedai makan
Satu lagi kedai yang menghidangkan masakan kampung. Tapi keistimewaan di sini mereka menyajikan hidangan popular iaitu ayam kampung. Banyak masakan di sini menggunakan ayam kampung. Rasa yang lain dengan ayam yang selalu kita makan, anda perlu datang dan mencuba pengalaman baru.
Lokasi: No 1, Jalan Pinggiran Putra, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 4 petang
Korang boleh tekan link EV MALAYSIA… Banyak perkongsian tentang kereta EV.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/restoranayamkampung/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan tengahari yang best di Putarajaya. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Putarajaya ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!