13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Pulau Pinang| Tempat Makan Best – Pulau Pinang merupakan sebuah pulau perlancongan di utara Malaysia. Banyak tempat tarikan yang unik dan menarik di sini. Bukan itu saja, banyak juga tempat makan yang best ada di sekitar pulau ini. Antara makanan yang menarik perhatian ramai iaitu menu makanan tengahari di sini.
Kalau ronda – ronda pekan Georgetown mesti akan cari kedai untuk singgah makan tengahari. Tapi, untuk mudahkan anda saya telah senaraikan beberapa tempat makan tengahari yang best di Pulau Pinang ini. Jom sama – sama kita menjelajahi tempat makan tengahari yang best di Pulau Pinang yang pasti akan memuaskan pencinta makanan dari semua lapisan masyarakat.
1. Nasi Kandar Deen Maju – kedai makan
Sebut saja Pulau Pinang mesti teringat nasi kandar. Kini, semakin banyak kedai makan yang menjual menu ini di buka. Banyak pilihan untuk di cuba. Namun antara kedai nasi kandar yang popular di Penang iaitu Nasi Kandar Deen Maju. Mereka telah lama beroperasi di sini. Warga penang sendiri suka dengan rasa dan harga pun berpatutan.
Kalau datang ke Pulau Pinang wajib singgah dan pekena sepinggan nasi kandar dulu baru balik! Tak lengkaplah percutian anda kalau tak cuba di Deen Maju.
Lokasi: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 12 tengahari sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/deenmaju/
2. Originally Bangkok Tomyam – kedai makan
Kalau mahukan kelainan, anda kena singgah Originally Bangkok Tomyam. Menariknya di sini semua resepi dan masakan menggunakan resepi ori dari Thailand. Lepasni orang Penang Tak perlu nak pergi jauh ke Thailand untuk cari masakan Thai.
Ruang makan luas dan selesa. Jangan risau kalau anda datang berkumpulan ramai, banyak kerusi meja disediakan dan mampu muatkan semua.
Lokasi: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 12 tengahari sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/originallybangkoktomyam/
3. Mee Sotong Hameed Pata – kedai makan
Selalu kita makan mee goreng biasa kan? kali ini di Pulau Pinang anda perlu cuba Mee Sotong Hameed Pata. Mee Goreng di sini di masak dengan sotong dan di goreng seperti kedai mamak. Di campur pula dengan kuah manis pedas memang tak cari yang lain dah lepas ini.
Di makan pula bersama dengan air coconut shake yang jual berhampiran kedai menjadi satu kombinasi yang menjadi kegilaan ramai warga Pulau Pinang serta pelancong.
Lokasi: 5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 11 pagi sampai 8 malam.
4. Syazana Nasi Melayu – kedai makan
Jangan risau, kalau anda selera melayu tapi tak tahu nak makan tengahari di mana, anda mesti cuba Syazana Nasi Melayu. Di sini merekaa sediakan hampir 70 pilihan masakan melayu. Ada macam – macam pilihan dengan menu masakan yang berbeza. Ada ayam, ikan sotong, udang, kambing dan banyak lagi. Ulam – ulaman pun ada tau.
Memang rugi kalau anda tak singgah di Syazana Nasi Melayu.
Lokasi: Penang Times Square, 10150 George Town, Penang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 10 pagi sampai 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/syazananasimelayu
5. Nasi 7 Benua – kedai makan
Mesti anda hairan dan terfikir apa yang 7 benua. Uniknya menu ini mereka menyajikan kepada anda 7 jenis nasi yang berbeza antaranya nasi putih, nasi minyak, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi lemuni, nasi tomato dan juga nasi hujan panas. Semua nasi ini akan dihidangkan dalam satu pinggan. Nampak warna warni dan meriah pinggan kita. Memang menarik.
Pilihan lauk juga banyak, boleh pilih untuk padankan dengan nasi 7 benua anda.
Lokasi: Jalan Tun Dr Awang, Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 11 pagi sampai 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/KooboCafe/
6. Restoran Anggerik Desa – restoran
Tempat makan tengahari yang best di Pulau Pinang menyajikan pelbagai pilihan dengan citarasa Pantai Timur hanya di Restoran Anggerik Desa. Ada nasi kerabu, laksam, pulut, nasi dagang dan banyak lagi. Paling wajin mestilah budu. Rata – rata pelanggan yang pernah cuba beri komen yang positif. Anda juga wajib cuba.
Lokasi: 21, Jln Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/anggerik.desa/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan tengahari yang best di Pulau Pinang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!