13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Perlis|Â Tempat Makan Best – Perlis menjadi sebuah negeri ‘syurga makanan’. Ramai yang sanggup datang ke Perlis untuk mencuba makanan viral yang ada. Untuk warga Perlis sendiri anda tahu tak tempat makan yang best?
Untuk mudahkan semua pembaca yang merancng perjalanan ke Perlis atau penduduk di Sekitar negeri ini, saya akan senaraikan beberapa tempat makan tengahari yang best. Setiap tempat ini ada keunikkan dan keistimewaan yang wajib anda cuba.
1. Restoran Sarang Burung – kedai makan
Kalau anda mencari tempat makan tengahari yang ada banyak pilihan masakan kampung dengan harga yang murah anda wajib datang ke Restoran Sarang Burung. Menariknya di sini, mereka menyediakan pelbagai juadah pilihan sampai rambang mata nak pilih. Yang pastinya berbaloi dengan rasa yang sedap.
Lokasi: 512, Jalan Kaki Bukit, Kampung Batu Dua, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Sabtu dari 1 petang sampai 4 petang.
2. Warung Bang Teh – kedai makan
Selalu tengahari mesti cari nasi campur. Tapi kali ini kita cuba menu masakan ala Thai. Makanan yang paling ramai suka pulut ayam di makan bersama ayam goreng yang berempah. Lagi best order ais kacang mango. Anda akan dapat hirisan isi buah mango yang sebenar. Memang best! Kedai buka dari pagi sampai petang. Kalau tak sempat makan tengahari boleh datang untuk buat juadah minum petang.
Lokasi: Jalan Seriab, Kampung Batu Hampar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat dari 9 pagi hingga 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman: Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
https://www.facebook.com/warungbangteh
3. Restoran Suri Masakan Melayu Asli – kedai makan
Tempat makan tengahari satu ini memang best. Mereka menawarkan pelbagai pilihan masakan melayu asli. Paling best ramai yang suka kerabu di sini. Mereka menyediakan kerabu dari jenis yang berbeza. Ulam – ulaman juga banyak dan semuanya segar.
Di Restoran Suri Masakan Melayu Asli, mereka sediakan air sirap dan ais kosong secara percuma. Memang jimat.
Lokasi: Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad dari 9.30 pagi sampai 4.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/SuriMasakanMelayuAsli/
4. Warung Kak Eta – kedai makan
Untuk anda yang baru balik dari bercuti di Langkawi mesti singgah Warung Kak Eta untuk makan tengahari yang best. Kedai berada tidak jauh dari Jeti Kuala Perlis sangat strategi untuk pelancong dan penduduk setempat. Mereka pernah viral satu masa dulu di media sosial Tiktok kerana harga makanan di sini murah dan berpatutan.
Paling popular sotong, udang dan ketam goreng tepung di jual dengan harga sepinggan RM5 sahaja. Memang berbaloi dengan rasa yang sempurna. Jangan lepaskan peluang untuk cuba di sini.
Lokasi: Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis-sungai Bahru, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8 pagi sampai 4.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/WarungKakEta/
5. Daging Bakar Nostalgia Hani – kedai makan
Orang Perlis ada yang tak kenal lagi ka dengan Daging Bakar Nostalgia Hani. Sejak dari mula mereka beroperasi memang ramai yang datang untuk cuba menu spesial mereka iaitu Daging Bakar. Dengan perapan yang cukup, daging bakar jadi lebih lembut dan sedap di cicah dengan kuah pencicah. Anda mesti kena cuba!
Lokasi: Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 10 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/restorannostalgiahani/
6. Ladang Nipah Kipli – kedai makan
Rasai pengalaman baru makan tengahari dalam ladang nipah. Kedai ini di buka dalam sebuah ladang nipah. Banyak pokok nipah yang ada. Menu di sini ada pelbagai masakan yang semestinya menarik. Ada nasi, pulut, mee, sup dan banyak lagi. Nak lagi best mesti kena order air nira nipah. 100% original dari ladang tanpa ada sebarang campuran. Jangan lupa datang nanti.
Lokasi: 02700 Kuala Sanglang, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 12.30 petang sampai 6.30 petang.
7. Nasi Lauk Warong 90-an Perlis – kedai makan
Bila anda masuk ja ke dalam memang rasa vibe macam zaman 90-an. Dekorasi dan seni bina kedai sangat menawan. Sesuai untuk kaki gambar boleh ‘OOTD’ dulu sebelum balik. Masakan di sini pula semuanya di masak dengan menggunakan resepi orang lama. Memang mengamit kenangan. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
Lokasi: Kampung Batu Hampar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad dari 7 pagi sampai 4.30 petang.
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan tengahari yang best di sekitar negeri Perlis. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Perlis ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!