13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Kuching Sarawak| Tempat Makan Best – Kuching sarawak adalah sebuah daerah yang popular di Sarawak. Banyak tempat menarik dan menjadi pusat budaya orang Sarawak di sini. Bukan itu saja, Kuching juga terkenal sebagai daerah yang kaya dengan makanan.
Warga Kuching mungkin ada yang tahu tempat makan tengahari yang best. Tapi dalam artikel kali ini saya telah memilih beberapa tempat makan tengahari di Kuching Sarawak yang wajib anda kunjungi kalau datang ke sini.
Jom rancang perjalanan ke Kuching Sarawak!
1. Kak Bedah Cafe – kedai makan
Di Kak Bedah Cafe merupakan sebuah kedai yang popular dengan menu nasi lemak dan mee kolok. Mereka beroperai seawal 7.30 pagi. Ada pilihan menu sarapan pagi dan tengahari. Dengan rasa yang sedap berbaloi dengan harga. Ruang makan sangat bersih dan selesa.
Lokasi: Ground Floor Lot 2344, Block 10, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Bormill Commercial Centre, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali ahad dari 7.30 pagi sampai 4.45 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/meekolokkakbedah/
2. Serapi Corner – restoran
Untuk warga semenanjung yang menetap di Sarawak boleh cuba datang ke Serapi Corner. Kedai ini berkonsepkan masakan melayu asli dari semenanjung Malaysia. Banyak pilihan dan semuanya sedap. Rugi kalau anda tak cuba.
Lokasi: Lot 2051,No 231,Blok 283, Rich Commercial Centre, KNLD, Lorong Liu Shan Bang, &, Pekan Batu 7, Kota Sentosa, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Setiap hari 7 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/serapicorner/
3. Selera Maaidah Cafe – kedai makan
Tempat makan tengahari yang menjadi pilihan penduduk Kuching. Tips untuk anda yang mahu mencuba mesti datang awal. Mereka mula hidangkan makanan seawal pukul 9 pagi. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba masakan tengahari yang halal dengan mengikut resepi asal orang Sarawak.
Lokasi: 93400, Jln Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Buka kecuali Ahad dari 8 pagi hingga 3 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/seleramaaidah/
4. Rumah Hijau Cafe – kafe
Sebuah kafe yang menyediakan menu untuk sarapab pagi, tengahari sampai malam. Tempat makan ini menjadi pilihan ramai kerana rasa yang sedap mengikut selera. Paling best portion makanan di sini memang banyak dan menjamin kepuasan hati pelanggan.
Lokasi: 24A, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat. 9.30 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/RumahHijauCafe/
5. Feast & Furious – Kafe
Tempat makan tengahari kali ini agak menarik. Dengan menggunakan tema ‘Fast & Furious’, kafe ini mempunyai tempat makan yang yang cantik dan selesa. Dekorasi dalaman kedai seperti berada di bengkel kereta. Banyak peralatan kereta dan motosikal menjadi hiasan di dinding kedai.
Lokasi: Lot 244, Ground Floor, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa dari 11 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/feastandfuriouscafe
6. Royal Nasi Kukus – kedai makan
Kalau anda cari nasi kukus yang paling sedap di Sarawak wajib singgah di Royal Nasi Kukus. Menu utama kedai ini semestinya nasi kukus. Nasi yang dikukus di hidang bersama kuah kari dan ayam goreng rangup.
Lokasi: 243 Ground Floor SL, P18 & 62, 7, Jln Haji Taha, 94300 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11.30 sampai 10 malam.
7. Ayam Penyet Ria – kedai makan
Kedai makan dengan masakan dari Indonesia iaitu di Ayam Penyet Ria. Setiap menu mereka mendapat sambutan dan di beri komen positif dari warga Kuching. Tempat makan tengahari yang sedap dan selesa.
Lokasi: 93100 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Buka setiap hari 11 pagi hingga 9.30 malam.
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan tengahari yang best di Kuching Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sarawak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!