13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Kota Bharu, Kelantan| Tempat Makan Best – Anda tahu tak Kelantan kini di gelar sebagai sebuah negeri ‘Syurga Makanan’ oleh pengemar makanan. Banyak makanan dari sini menjadi viral di media sosial menyebabkan ramai orang dari jauh sanggup datang ke negeri Kelantan untuk cuba makanan ini.
Selain makan pagi atau malam, dalam artikel kali ini saya akan senaraikan beberapa tempat makan tengahari yang best di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Untuk memudahkan anda mencari tempat makan tengahari, setiap tempat yang di pilih ini ada keistimewaan sendiri. Jom kenali setiap tempat ini.
1. Restoran Nasi Ulam Cikgu – restoran
Kedai ini mendapat ulasan yang banyak di Google Review. Rata – rata pelangan yang pernah datang memberi komen positif. Menarik di sini, banyak pilihan ulam – ulaman, yang pastinya sedap dan segar. Ruang makan juga banyak dan luas. Selesa saja untuk makan beramai bersama keluarga dan sahabat.
Lokasi: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 10.30 pagi sampai 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/nasiulamcikguofficial/
2. Restoran Pohon Nako – kedai makan
Tempat makan tengahari di Kota Bharu Kelantan yang wajib anda singgah iaitu di Restoran Pohon Nako. Mereka menyediakan pelbagai makanan selera kampung dengan citarasa Kelantan. Memang kena beratur untuk dapatkan hidangan anda. Tapi jangan risau servis mereka cepat dan berbaloi berapa dengan rasa yang sedap. Jangan lupa datang.
Lokasi: Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 11.15 sampai 4.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.instagram.com/restoranpohonnako/
3. Warung Pak Mat Pulau Pisang – kedai makan
Warga Kelantan mesti kenal dengan tempat makan tengahari yang best ini. Warung ini terkenal dengan teh ais madu dengan limpahan buih dan rasa kaw teh ais serta manis madu pasti buat anda teringat. Selain dari minuman spesial, mereka juga anda menu spesial yang wajib anda cuba kalau singgah. Sup gearbox dan sup kepala ikan antara menu yang popular di sini. Rasai kelainan rasa hanya di Warung Pak Mat Pulau Pisang.
Lokasi: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa. 7.30 pagi sampai 4.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/tehtarikmadu/
4. Padi Cafe and Restoran – restoran
Tempat makan tengahari yang menyajikan makanan dengan portion tak kedekut. Di Padi Cafe and Restoran, mereka terkenal dengan makanan ala Thailand dan popular dengan Tomyam. Rasa yang sempurna dan memang berbaloi dengan harga. Sesuai kalau nak makan ramai – ramai dengan keluarga atau kawan. Yang pasti murah dan sedap!
Lokasi: PT 2297(Tingkat Bawah, Bangunan SBJ, Berek, 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Sabtu. 12.30 sampai 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/padicaferestoranofficial/
5. Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan – kedai makan
Kalau anda cari tempat makan tengahari di Kota Bharu Kelantan yang ada banyak pilihan menu masakan ada di Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan. Mereka bukan hanya tawarkan banyak pilihan makanan malah setiap masakan ini dimasak oleh orang lama dengan menggunakan resepi asal dari Kelantan. Tak rugi kalau cuba di sini.
Lokasi: Lot 419, Jalan Wakaf Mek Zainab, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 12.30 sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://warisannasikukus.com/home
6. Nasi Kerabu Panji – kedai makan
Tak lengkap percutian anda kalau ke Kelantan tapi tak makan Nasi Kerabu. Di Nasi Kerabu Panji, terkanal dalam kalangan penduduk di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Rasa yang sempurna dengan pilihan lauk yang kena dengan citarasa kita. Setiap hari orang ramai beratur untuk dapatkan nasi kerabu mereka.
Lokasi: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 6.30 pagi sampai 1.30 petang.
7. Lieniey Nasi Kerabu Tumis – kedai makan
Satu lagi kedai makan yang popular dengan hidangan nasi kerabu. Kedai yang luas dengan ruang makan yang banyak tersedia untuk semua pelanggan mereka. Tak perlu risau kalau datang ramai dengan family dan kawan. Jangan lepaskan peluang untuk untuk menu warisan dari Kelantan di Lieniey Nasi Kerabu Tumis.
Lokasi: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari dari 6.30 hingga 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.instagram.com/lienieynasikerabutumis/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan tengahari yang best di Kota Bharu, Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!
1 comment