13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Ipoh Perak

2024-07-17

13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Ipoh Perak| Tempat Makan Best – Terletak di tengah-tengah negeri Perak, bandaraya Ipoh tidak hanya terkenal dengan landskap yang menawan tetapi juga dengan kepelbagaian pilihan makanannya yang mengasyikkan. Dari gerai-gerai makanan tepi jalan yang sibuk hingga kafe-kafe kecil yang tersembunyi di kawasan bersejarah, Ipoh menawarkan pelbagai pengalaman makan yang memikat selera.

Berikut merupakan beberapa tempat makan tengahari yang best di sekitar Ipoh Perak. Setiap tempat ini ada keistimewaan sendiri untuk di cuba.

1. Restoran Kosiswa – kedai makan

Kredit Imej: Dewi Haq
Kredit Imej: Dewi Haq

Kedai makan yang berkonsepkan layan diri. Dari ambil makanan sampai minuman anda mesti ambil sendiri mengikut selera masing – masing. Dari segi makanan pula semuanya masakan kampung tradisi dari negeri Perak. Kuih muih juga ada untuk pengemarnya.

Lokasi: 21, Jalan Laxamana, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7.30 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

2. Pokok Belacan Restaurant – kedai makan

Kredit Imej: Elmi Ikhwan
Kredit Imej: Yana Liana

Tempat makan tengahari yang sentiasa ramai orang. Kalau anda merancang untuk datang ke Pokok Belacan Restaurant, mesti datang awal sebelum lauk berkurangan. Di sini, makanan memang akan cepat habis sebab semuanya sedap dan menarik. Malah harga untuk setiap hidangan juga berpatutan. Jangan lupa untuk makan tengahari di sini.

Lokasi: 26, Jln Meru Bistari A6, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 8 pagi sampai 3.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/pokokbelacanipoh/

3. Warung Seri Timur (Kelantan) – Kedai makan

Kredit Imej: YY Wong
Kredit Imej: Adila Kaman

Kalau nak ubah selera untuk cuba selera masakan pantai timur anda wajib singgah ke Warung Seri Timur (Kelantan). Mereka menyediakan pelbagai pilihan menu makanan dari pantai timur. Antara menu yang popular iaitu nasi kerabu, nasi dagang, pulut, laksam dan banyak lagi. Yang pasti semuanya sedap dan nampak menyelerakan.

Lokasi: Jalan Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/warungseritimur/

4. Restaurant Haji Yahya – kedai makan

Kredit Imej: Hafzullboyzull zull
Kredit Imej: Vivienne Schaum

Kedai makan tengahari yang best dengan pilihan makanan yang pelbagai. Hanya di Restaurant Haji Yahya, mereka sentiasa memastikan kepuasan setiap pelanggan. Makanan yang lazat dan suasana kedai yang bersih memberi keselesaan untuk menjamah setiap hiadangan anda.

Lokasi:  Lot 118057, Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu dari 7.30 pagi sampai 5 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/restoranhajiyahya

5. Restoran m Salim ipoh HQ – kedai makan

Kredit Imej: Muhammad Ezaimy
Kredit Imej: Muhammad Ezaimy

Kepada peminat kari kepala ikan anda wajib datang ke Restoran m Salim ipoh HQ. Di sini setiap hari mereka akan masak menu spesial iaitu kari kepala ikan. Kerana harga yang agak murah dari tempat lain dan rasa yang memikat selera, menu ini sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan mereka. Anda jangan lepaskan peluang, jika datang ke Ipoh atau berada di Ipoh mesti singgah di Restoran m Salim ipoh HQ.

Lokasi:  75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 7 pagi sampai 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/restoranmsalim/

6. Restoran Rapat Setia – kedai makan

Kredit Imej: Eyna Yunus

Kedai makan ini telah lama berperasi di Ipoh, Perak. Mereka memang terkenal dalam kalangan penduduk sekitar. Setiap masakan di masak oleh tukang masak lama. Ini menjadikan setiap masakan mereka sedap dan disukai pelaggan yang selalu datang.

Lokasi: 50, Jalan Raja Musa Mahadi, Kampung Baharu Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad dari 7 pagi sampai 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/restoranrapatsetia/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan tengahari yang best di sekitar Ipoh Perak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Ipoh, Perak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular