13 Tempat Makan Tengahari Yang Best di Alor Setar, Kedah| Tempat Makan Best – Makan tengahari ini penting untuk meningkatkan paras gula dalam darah. Ia juga diperlukan untuk membekalkan tenaga supaya terus fokus sepanjang hari.
Warga Alor Setar yang masih mencari tempat makan yang best untuk makan tengahari jangan skip artikel kali ini. Saya akan bantu anda dengan senaraikan beberapa tempat. Kalau ada masa boleh singgah dan cuba semua tempat ini. Tak ada lah bosan makan makanan dan menu yang sama setiap hari.
1. Restoran Top D’Alor Setar – kedai makan
Warga Alor Setar masih ada yang tak kenal ka dengan kedai makan satu ini. Mereka sekarang sudah ada 2 cawangan di Alor Setar iaitu di Jalan Mergong dan Jalan Alor Mengkudu. Restoran Top D’Alor Setar memang popular dengan menu sotong buncit. Mereka hanya menggunakan sotong yang besar dan di panggang di atas bara api bersama kuah sambal.
Ramai yang puji isi sotong lembut tak liat dan gabungan dengan sambal bersama nasi putih, memang best. Kalau singgah sini jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu ini.
Lokasi: Kampung Mergong Indah, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat dari 10 pagi sampai 4.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/RestoranTopDAlorSetar/
2. Restoran Sri Pumpong – kedai makan
Tempat makan tengahari yang best di Alor Setar yang wajib anda singgah antaranya Restoran Sri Pumpong. Di sini kalau datang memang boleh menaikkan selera makan. Mereka menyediakan pelbagai pilihan masakan kampung dan semestinya menarik untuk di cuba.
Rata – rata pelangan yang pernah datang memberi komen positif. Ramai puji masakan semua cukup rasa.
Lokasi: 5B, Belakang Pekan Pumpong, 06550 Alor Setar, Kedah
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/RestoranSriPumpong/
3. Kafe Adik Abang – kedai makan
Kedai ini berada betul – betul di tengah bandar Alor Setar. Kalau masuk ja mesti rambang mata. Memang banyak masakan kampung yang jarang ada mesti akan sentiasa ada di Kafe Adik Abang. Kalau nak datang sini jangan risau kawasan letak kenderaan luas. Ruang makan juga besar dan banyak meja kerusi. Boleh juga nak pilih untuk makan indoor atau outdoor.
Lokasi: Jalan Alor Mengkudu, Kampung Tok Sirun, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 3.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/AdikAbangCafeAlorSetar/
4. Nasi Lan – kedai makan
Kedai makan pagi dan tengah hari iaitu Kedai Nasi Lan atau lebih dikenali dengan nama Kedai Lan Peruda. Menu masakan mereka hampir sama seperti nasi kandar. Yang membezakan nasi lan dengan nasi kandar iaitu nasi mereka berwarna kuning di raja dan pilihan lauk juga banyak. Orang ramai suka makan tengah hari di sini kerana harga boleh dikatakan murah dan berbaloi dengan apa yang anda akan dapat.
Kini Nasi Lan Kedah semakin berkembang dan telah berjaya membuka cawangan di Shah Alam dan Putrajaya.
Lokasi: Kompleks Peruda Baru, 05200 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 7 pagi sampai 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/nasilan/
5. Teruna Ikan Bakar – kedai makan
Ada yang suka menu Ikan Bakar? Anda wajib datang ke Teruna Ikan Bakar. Mereka banyak menyajikan menu berasaskan Ikan. Macam – macam masakan pun ada. Kedai ni tepi jalan besar ja, kalau nak pergi senang.
Selain dari menu ikan bakar yang popular mereka juga terkenal dengan coconut shake dan mango shake. Lepas kenyang makan tengahari boleh cuba oder dua air spesial ini. Memang tak akan rugi.
Lokasi: Teruna Ikan Bakar, 30, 256, Kampung Masjid, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari 9.30 pagi sampai 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/RestoranTerunaIkanBakar/
6. Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau – kedai makan
Selalu kalau tengahari mesti cari nasi selera kampung. Untuk kali ini jom sama – sama kita ubah selera makan nasi ayam pula. Tapi nasi ayam di sini berlainan dengan kedai makan lain. Mereka menggunkan sambal hijau yang pedas dan masam untuk makan bersama nasi butter. Memang best makan di sini sebab potongan ayam setiap hidangan sangat besar. Puas hati lah!
Anda tunggu apa lagi jom cuba Nasi Ayam Hainan Cabai Hijau.
Lokasi: Sultanah Bahiyah Hwy, Taman Pandan, 05350 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 11 pagi sampai 7.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/nasiayamhainancabaihijau/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan tengahari yang best di sekitar Alor Setar. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Alor Setar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!