13 Tempat Makan Steamboat Best di Terengganu| Tempat Makan Best – Kalau pergi Terengganu mesti cari keropok lekor kan. Tidak hairan lah negeri ini kaya dengan hasil makanan laut. Oleh itu, banyak makanan dari Terengganu berasaskan ikan.
Tapi sebenarnya di negeri ini banyak tempat makan yang best dan menarik untuk anda cuba. Terutama sekali makanan tempat makan steamboat memang banyak dan semuanya unik dengan keistimewaan sendiri. Jom kita lihat tempat makan steamboat yang ada di negeri Terengganu.
1. D’ganu Seafood Cafe – kafe
Kalau datang ke Terengganu mesti ramai yang tahu tempat ni. Bukan hanya kafe tapi menu popular mereka adalah Steamboat & Grill. D’ganu seafood Cafe menyajikan makanan western, melayu dan ala Thai. Tempat makan ini jadi viral dalam kalangan mengunjung kerana harga sangat murah dan berbaloi dengan makanan yang dapat.
Menu steamboat di sini kira set. Dalam satu set lengkap dengan semua bahan. Antaranya, bahan seafood, bebola sejuk beku, sayur, serta daging dan ayam perap pun ada sekali. Anda kalau datang ke Terengganu wajib singgah dulu di sini.
Lokasi: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Selasa. Mula operasi pukul 4.30 petang sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/dganucafe/
2. Cvu ipata Steamboat & Grill – kedai makan
Tempat makan steamboat ini menggunakan konsep bayar sekali makan semua. Pemandangan dari Cvu ipata Steamboat & Grill ini memang cantik. Kedai sebelah dengan pantai dan dapat lihat pasir pantai yang putih dan air laut yang biru. Kalau pergi waktu malam pun seronok juga. Makan steamboat panas-panas sambil layan angin bayu yang meniup.
Bukan tempat makan saja yang cantik, makanan di sini memang banyak pilihan. Macam-macam jenis pilihan laut dan pilihan daging perap. Mereka menggunakan resepi istimewa dari dulu sampai sekarang. Di sebabkan itu, kedai makan ini boleh bertahan selama lebih dari 7 tahun.
Jangan lupa untuk singgah!
Lokasi: Jalan pantai, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari pada pukul 4.30 petang smpai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/cvuipatasteamboatandgrill/
3. AK Steamboat & Grill Dungun – kedai makan
Tempat makan steamboat di sini memang besar dan luas. Sangat sesuai kalau nak buat reunion dengan kawan ka atau makan-makan dengan family yang ramai. Pilihan juga ada banyak. Sampai rambang mata nak pilih.
Cara makan di sini adalah buffet, ‘All-in-One’ boleh makan sampai kenyang. Tapi jangan ambil banyak-banyak pula lepas itu tidak habis. Kalau membazir akan di kenakan cas tambahan. Ambil sikit dulu kemudian tambah lagi pun boleh. Staff di sini juga ramah, mereka akan cepat-cepat isi balik makanan yang dah habis.
Lokasi: AK steamboat dungun, Jalan Bunga Raya 3, Taman Raya, 24000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali cuti hari selasa.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/akstemboatkemaman/
4. Steamboat Maju – kedai makan
Tempat steamboat kali ini menarik sebab ada nasi kerabu sekali dalam cas harga buffet. Makan pula dengan kambing perap yang di grill lembut dan juicy. Memang best!
Di sini anda boleh makan sepuas hati sampai kenyang. Bukan ada steamboat dan grill saja, tapi di sini ada banyak makanan sampingan lain yang boleh anda cuba. Sambil menunggu steamboat masak tu boleh lah layan makan. Selain nasi kerabu, ada mee celup, jeruk buah, kek, kuih muih tradisional dan banyak lagi. Memang sangat berbaloi. Kalau di Steamboat Maju jangan risau, tiada cas tersembunyi.
Lokasi: Steamboat Maju Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh, Terengganu, Jerteh, Malaysia.
Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari pada pukul 1 tengah hari sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100030635871234&locale=ms_MY
5. Chilli Steamboat & BBQ Grill – kedai makan
Orang Terengganu mesti kenal tempat ni. Chilli Steamboat & BBQ Grill mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Kini telah lebih 10 tahun dan masih menjadi pilihan warga tempatan. Kedai ini popular dengan makanan seafood yang segar dari laut untuk anda.
Bukan itu saja, daging perap di sini juga sangat wangi dan beraroma. Di sini, mereka menggunakan konsep buffet. Semua dalam satu harga.
Tempah meja anda sekarang!
Lokasi: Kampung Jaya, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 6 petang sehingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/chilisteamboatandbbqgrill/
6. Warung Kuali Panas – kedai makan
Peminat steamboat anda wajib singgah di sini. Dalam satu harga anda akan dapat lebih 90 jenis makanan untuk steamboat dan grill. Tiada cas tambahan untuk tambah, semu sudah terhidang untuk anda. Jangan risau di Warung Kuali Panas anda boleh nikmati steamboat dengan tenang tanpa had masa dan tanpa limit makanan.
Tempat makan juga agak luas dan selesa untuk masak dan makan. Sangat sesuai jika anda bawa anak-anak sekali. Kalau datang ke Terengganu jangan lupa untuk singgah tempat makan steamboat yang best ini.
Lokasi: 8812, Jalan Siantan 1, Bandar Baru Bukit Mentok, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 5 petang sehingga 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/warungkualipanas/?locale=ms_MY
7. Screenshot – restoran
Bukan kedai gambar tapi restoran steamboat yang popular di daerah Dungun. Tempat makan kali ini memang best. Ruang makan selesa dengan hawa dingin yang di pasang. Dekorasi dan konsep restoran sangat cantik. Sangat sesuai untuk kaki gambar. Setiap sudut restoran di penuhi dengan hiasan pokok kektus dan lampu warna warni. Restoran Screenshot sangat mengikuti trend terkini.
DI Screenshot, steamboat mereka konsep makan secara set. Harga untuk setiap set memang murah dan berbaloi kerana bahan-bahan steamboat banyak dan puas bila makan. Dalam setiap set akan ada daging, ayam dan kambing perap, beberapa jenis seafood segar, bebola sejuk beku, sayur, cendawan, dan dua pilihan sos pencicah. Memang berbaloi. Anda mesti cuba.
Lokasi: lot pt 12983 bangunan mpd jalan paka, Kuala Dungun, Malaysia
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin. Mula pukul 3 petang sampai 10.45 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:
https://www.facebook.com/screenshotdungun/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan steamboat best di Terengganu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!