13 Tempat Makan Steamboat Best Di Putrajaya

2024-04-10

13 Tempat Makan Steamboat Best Di Putrajaya| Tempat Makan Best – Anda masih mencari tempat makan best di Putrajaya? Dalam artikel kali ini saya akan bantu anda senaraikan beberapa tempat makan steamboat yang unik dan menarik yang ada di Putrajaya.

Banyak sebenarnya tempat makan steamboat yang best ni, orang Putrajaya sendiri ada yang masih belum kenal. Tapi jangan risau, lepas ini anda boleh terus tempah meja anda di tempat makan best!

1. Pappa Steamboat & Grill – kedai makan

Pernah tak anda jumpa tempat makan steamboat yang ada banyak dessert? Di Pappa Steamboat & Grill ada pelbagai jenis dessert yang sedap dan menarik untuk cuba. Ada pastry, ais krim, waffle, ais kacang, cendol dan banyak lagi. Memang berbaloi lah dengan harga.

Tapi yang paling penting dan best di sini mestilah steamboat. Di sini ada macam-macam pilihan untuk steamboat dan grill. Daging perap pula ada pelbagai resepi perapan yang berbeza rasa tapi semuanya tetap sedap. Paling menarik, sos pencicah pula anda boleh buat sendiri ikut resepi anda masing-masing. Kalau datang sini boleh lah buat macam sos ‘Suki-ya’ yang tengah viral itu.

Memang rugi kalau anda tak datang ke Pappa Steamboat & Grill!

Kredit Imej: Pappa Steamboat & Grill
Kredit Imej: Pappa Steamboat & Grill
Kredit Imej: Pappa Steamboat & Grill
Kredit Imej: Pappa Steamboat & Grill

Lokasi: No 2 Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15 , Putrajaya, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 5 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/pappasteamboatandgrill/

2. DapoQ Cikgu Steamboat & Grill Buffet – kedai makan

Ada satu lagi tempat makan steamboat yang best di Putrajaya. Selalu kedai ni mesti ramai orang terutama bulan Ramadan. Dijadikan tempat untuk Iftar bersama family dan kawan. Mereka ada sediakan lebih kurang 50 jenis pilihan makanan steamboat dan grill.

Seafood di sini semuanya di jaga agar kualiti masih segar dan sedap dimakan dengan kuah. Lagi best siap ada udang galah yang besar dan manis ja isi. Untuk bahan perapan pula daging juicy dan lembut bila di grill. Untuk peminat kambing, memang patut datang sini. Kambing perap mereka antara menu yang paling popular di DapoQ Cikgu Steamboat & Grill Buffet.

Kredit Imej: DapoQ Cikgu Steamboat & Grill Buffet
Kredit Imej: DapoQ Cikgu Steamboat & Grill Buffet
Kredit Imej: DapoQ Cikgu Steamboat & Grill Buffet

Lokasi:  Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15, Putrajaya, Malaysia

Waktu Opearsi: Di buka setiap hari bermula pukul 5 petang sehingga 10.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/dapoqcikgusteamboatandgrillbuffet/

3. Volcano Shabu Shabu & Grill – restoran

Tempat makan steamboat yang ramai orang tapi tetap rasa selesa dan tenang ja bila makan. Mereka sajikan untuk anda pelbagai pilihan makanan yang menarik. Ada Dimsum, Pau, Rojak, pelbagai jenis pastry dan banyak lagi.

Di sini paling best mereka akan sediakan setiap orang satu pot steamboat. Ini akan mudahkan lagi customer untuk masak steamboat dengan bahan yang mereka suka. Restoran ini sesuai sangat untuk bawa anak-anak. Makanan untuk budak makan pun banyak mesti mereka suka.

Kalau anda ada di Putrajaya jangan lupa untuk datang ke Volcano Shabu Shabu & Grill.

Kredit Imej: Volcano Shabu Shabu & Grill
Kredit Imej: Volcano Shabu Shabu & Grill
Kredit Imej: Volcano Shabu Shabu & Grill

Lokasi: UG-21 & UG-22, Upper Ground Floor, Shaftsbury Putrajaya,Jalan Alamanda, Presint 1,, Putrajaya, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari  bermula pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/volcanoshabushabuandgrill/

4. Black Pot Steamboat & Grill  – restoran

Ruang makan di Black Pot Steamboat & Grill sangat selesa dengan konsep ‘Open Air’. Kalau ke sini jangan risau tempat parking sangat luas. Sesuai datang beramai-ramai dengan kawan dan family.

Di sini ada promosi potongan sebanyak 5% untuk pelajar dan birthday. Rata-rata customer yang pernah datang puji kuah Tom Yam di sini memang padu dan cukup rasa. Anda patut cuba. Tempah meja anda sekarang.

Kredit Imej: Black Pot Steamboat & Grill
Kredit Imej: Black Pot Steamboat & Grill
Kredit Imej: Nordalila Abdul Rahim

Lokasi: 60-G, Jalan PP 1/3, Park Place @ Cybersouth,

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 3 petang sehingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/blackpotsteamboatandgrill/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 4 tempat makan steamboat best di Putrajaya. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Putrajaya ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular