13 Tempat Makan Steamboat Best di Pahang| Tempat Makan Best – Pahang negeri yang terkenal dengan masak ikan patin. Negeri ini menjadi negeri terbesar di semenanjung Malaysia. Tidak hairan lah kalau Pahang mempunyai banyak tempat pelancongan dan tempat makan yang best.
Untuk artikel kali ini saya akan senaraikan beberapa tempat makan steamboat best yang ada di Negeri Pahang. Tempat makan steamboat di sini ada pelbagai konsep yang menarik dengan menu yang lain dari tempat lain.
Jom kita lihat tempat makan steamboat mana yang best untuk dilawati.
1. Celup Steamboat & Grill – kedai makan
Tempat makan steamboat yang paling meriah bila tiba bulan Ramadan. Mereka selalu akan buat promosi untuk berbuka puasa di sini. Menariknya tentang kedai ini kerana ruang kedai sangat luas dan boleh menempatkan seramai 330 orang pada satu masa. Ruang makan jenis ‘Open Air’ memang rasa selesa bila makan.
Makanan di sini pula semuanya segar dari makanan laut sehingga ke pilihan sayur memang segar dan baru setiap hari. Mana yang masih mencari tempat untuk buat gathering bersama kawan atau family, di Celup Steamboat & Grill paling tepat untuk anda datang.
Lokasi: No1, Lorong IM 1/4, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu. Mula buka pukul 5.30 petang sehingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/celupconner/
2. Aroi Mak Premium Steamboat & Grill – restoran
Restoran makanan steamboat yang halal ini ada tarikan sendiri. Mereka menawarkan pilihan makan yang premium tanpa limit dengan satu harga sahaja. Boleh makan sampai kenyang. Sangat berbaloi.
Di Aroi Mak Premium Steamboat & Grill menyajikan daging yang premium dan smoked duck lagi. Makanan seafood pula pelbagai pilihan dengan isi yang sangat segar. Yang menarik lagi, di sini ada banyak pilihan makanan lain seperti shellout, aglio olio, pasta, ais kacang, cendol, waffle dan banyak lagi. Semua ini kita boleh buat sendiri ikut cita rasa anda.
Satu tempat banyak pilihan, memang anda patut cuba. Hiasan restoran memang santai dan cantik. Ada ruang makan dalam dan luar. Malah ruang makan berhawa dingin juga disediakan untuk anda semua.
Lokasi: A2358 Jalan Kubang Buaya, Taman Eastern, 25250 Kuantan, Pahang, Malaysia, Kuantan, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin. Mula pukul 4.30 petang sehingga 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/AROIMAKSTEAMBOAT
3. Tabehoudai Steamboat & Grill – restoran
Restoran ini menggunakan konsep ‘Bayar Sekali, Makan Berkali’. Buffet di Tabehoudai Steamboat & Grill popular dengan makanan mereka yang sedap dan rasa sangat segar. Rata-rata customer yang pernah datang akan kembali lagi untuk kali kedua.
Tempat makan steamboat ini memang best sebab selalu buat promosi kepada customer mereka. Promosi yang ada selalu ikut musim. Malah potongan yang di buat memang banyak. Ini lah sebabnya ramai yang suka ke sini. Kalau anda mahu datang ke Tabehoudai Steamboat & Grill cek dulu apa promosi yang dijalankan di laman media sosial mereka.
Lokasi: C01, Lorong BTRBP 1, Bandar Pusat Business Park, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari bermula 3.30 petang sampai 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/p/Tabehoudai-100063695166046/
4. Selera Pokok Nangka – restoran
Satu lagi tempat makan steamboat yang besar dan luas di Pahang iaitu di Selera Pokok Nangka. Restoran ini menawarkan konsep buffet iaitu ‘All-in-One’. Istimewanya tempat makan ini adalah menu kambing golek di mana anda boleh makan sepuah hati tanpa limit. Bukan itu saja, ayam perap, kambing perap, sate, dan ketam menjadi menu yang paling cepat habis. Tapi jangan risau staff di sini akan cepat-cepat isi semula makanan.
Selain steamboat & grill, menu ‘ala carte’ untuk tambah juga ada. Banyak pilihan menu di sediakan untuk anda. Antaranya ada nasi arab, sup tulang gearbox, makanan western dan banyak lagi. Banyak yang anda boleh rasa dan cuba di sini. Kalau datang ke Kuantan wajib datang Selera Pokok Nangka.
Lokasi: Lot 61482, Jalan 1/985 Kg Seri Damai Batu 6, Jalan Gambang, Kuantan, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari mula pukul 5 petang sehingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/p/Selera-Pokok-Nangka-100082229965838/
5. Senjuz Gyuniku – restoran
Bila lunch mesti makan nasi ja kan, jom rasai kelainan di Senjuz Gyuniku. Menariknya di restoran ini mereka buka seawal 1 tengah hari. Jadi untuk anda yang teringin nak makan steamboat untuk lunch boleh datang sini.
Selain itu, cara dan konsep mereka hidangkan steamboat ala – ala di Jepun. Dengan vibe tempat makan dan rasa makanan yang sedap memang best. Anda mesti cuba. Bukan steamboat saja yang ada, grill pon ada. Kalau tak cuba menu set steamboat anda boleh juga oder makanan ala carte.
Antara menu yang popular di sini adalah daging Wagyu Skewer, Salmon Belly & Lemak Wagyu. Semua ini hanya boleh dapat di Senjuz Gyuniku.
Lokasi: B48-G, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 1 tengah hari sehingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/senjuzkuantan/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 5 tempat makan steamboat best di negeri Pahang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pahang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!