13 Tempat Makan Steamboat Best di Negeri Sembilan| Tempat Makan Best – Negeri Sembilan adalah negeri yang sarat dengan budaya dan tradisi. Banyak tempat menarik untuk di lawati. Bukan itu saja, banyak juga makanan yang sedap dan unik ada di sini.
Kali ini saya akan bawa anda ketahui tempat makan steamboat best di Negeri Sembilan. Setiap tempat ada keunikkan sendiri dan menarik untuk di lawati. Jika anda datang berkunjung ke sini wajib singgah makan steamboat dulu.
1. Dapur Arang Corner Steamboat & Grills – restoran
Di Nilai, terdapat sebuah restoran steamboat yang berkonsepkan buffet. Menariknya di sini mereka masih kekalkan keunikkan mereka dengan gunakan dapur arang untuk masak steamboat. Kelebihan guna arang menjadikan aroma makanan lagi sedap dan masak dengan sempurna.
Pilihan makanan pula jangan risau. Banyak pilihan untuk steamboat and grill di sini. Makanan seperti dessert pun cukup banyak sampai boleh rambang mata. Kalau masih tidak cukup dengan pilihan makanan steamboat ada juga menu ala carte seperti Charkuey Teow dan banyak lagi. Menarik kan! Jangan lupa singgah tempat makan steamboat yang best ni.
Lokasi: pt10013 ground floor jalan, fasa 2B, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari kecuali Isnin pukul 12.30 tengah hari sehingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/DapurArangCorner/
2. Dqalisha Steamboat & Grill – restoran
Restoran Dqalisha Steamboat & Grill kini berwajah baru. Sekarang mereka telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Kampung Ujong Pasir Sikamat Negeri Sembilan. Di tempat baru anda sudah tidak perlu risau dengan tempat parking. Kawasan parking sangat luas.
Bukan itu saja, tempat makan juga luas dan selesa. Boleh menempatkan seramai 500 orang dalam satu masa. Tempat makan steamboat ini memang sesuai untuk jadi kan tempat berkumpul rakan dan family. Kalau nak datang ramai ramai boleh buat tempahan awal.
Lokasi: Kg Ujong pasir sikamat, Kampung Sikamat Lama, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 3 petang sampai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/DQALISHA/
3. Bawz Kitchen Steamboat & Grilled – restoran
Cari tempat makan steamboat yang banyak pilihan seafood yang fresh? Di sini Bawz Kitchen Steamboat & Grilled banyak menawarkan pilihan makanan laut yang cukup menyelerakan dan segar dari laut untuk anda. Restoran ini sangat cantik dan di penuhi dengan lampu – lampu sesuai untuk anda yang suka ambil gambar.
Jika anda datang ke Negeri Sembilan, di sini lah boleh jadikan port lepak dengan kawan dan family. Sambil makan dan lepak sampai anda puas.
Lokasi: 70300 Siliau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin. Mula operasi pukul 4 petang sehingga 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/bawzkitchen/
4. Steamboat & Grill Nilai City – restoran
Siapa peminat kambing wajib singgah sini. Di Steamboat & Grill Nilai City menyediakan kambing perap yang sempurna dengan rasa yang sedap dan menarik untuk di cuba. Rata rata customer yang pernah datang akan kembali lagi demi mencuba keenakkan kambing perap yang menjadi menu popular di sini.
Bukan itu saja yang ada, pelbagai pilihan makanan lain pun turut tersedia untuk anda. Makanan laut, bebola sejuk beku, pilihan sayur, buah, dessert dan banyak lagi untuk di cuba. Jangan lupa datang!
Lokasi: NO 12, Jalan BBN 6/3, TAMAN DESA CEMPAKA, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Buka setiap hari tanpa cuti dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Instagram:
https://www.instagram.com/steamboatngrillnilaicity/
5. Tiram Steamboat & Grill – restoran
Mama One Stop Bakery and Cafe merupakan sebuah kafe pastry dan donut, kini mereka perkenalkan menu baru iaitu steamboat & grill yang dikenali sebagai Tiram Steamboat & Grill. Konsep makan di sini adalah secara buffet. Makan sampai anda puas.
Apa yang menarik di Tiram Steamboat & Grill? Dengan latar belakang tasik, tempat makan steamboat ini menjadi pilihan orang ramai untuk makan sambil lepak. Dekorasi kedai juga cantik dan unik menjadikan tempat makan ini sesuai untuk bergambar. Mereka juga sediakan ruang indoor yang berhawa dingin serta outdoor dengan ditemani lampu yang meriah. Sangat menarik.
Lokasi: 34, Mama One Stop, Kampung Sentosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali ahad. Mula buka pukul 5.30 petang sampai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100063480673151
6. Embok Village Steamboat & Seafood – restoran
Kalau dah bercuti di Port Dickson mesti singgah makan di Embok Village Steamboat & Seafood. Restoran ini betul betul tepi pantai. Suasana di sini memang best sambil makan steamboat yang panas dan sedap boleh layan pula dengan angin bayu laut.
Buffet steamboat dan grill di sini menawarkan pilihan makanan yang banyak dengan makanan laut yang pasti segar. Menu makanan di sini pula memang original Thailand. Rasa tomyam dia memang padu. Rugi kalau tidak cuba.
Lokasi: Batu 2 1/2 Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari bermula 5 petang sehingga 12.30 malam.
7. MK Steamboat & Grill – kedai makan
Tengah cari tempat makan steamboat yang best dan ada banyak kemudahan? Di MK Steamboat & Grill anda tidak perlu risau nak cari tempat parking. Mereka telah sediakan tempat parking yang luas untuk mudahkan semua pelanggan. Yang ingin datang ramai ramai dengan kawan atau family juga boleh terus datang.
Selain itu, mereka juga sediakan surau untuk lelaki dan wanita. Lepas makan boleh solat dulu kemudian sambung lagi. Memang menarik. Kalau anda nak datang perlu buat tempahan awal terutama bila tiba bulan puasa.
Lokasi: 32, Jalan Utama, Pusat Perniagaan Mahogani, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Kedai buka setiap hari mula pukul 5 petang sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/p/MK-Steamboat-Grill/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan steamboat best di Negeri Sembilan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Negeri Sembilan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!