13 Tempat Makan Steamboat Best Di Melaka

2024-02-10

13 Tempat Makan Steamboat Best Di Melaka| Tempat Makan Best – Kalau pergi bercuti mesti cari makanan tradisional asal orang tempatan. Apa kata kalau anda cuba pengalaman dengan makanan baru seperti steamboat.

Melaka sebuah bandar bersejarah yang banyak dengan tempat menarik untuk kita pelajari. Namun, di sini juga ada banyak kedai makan dan restoran yang menjual steamboat. Dalam artikel kali ini saya akan kenalkan kepada anda beberapa port steamboat yang best di Melaka sebagai rujukan untuk anda di sini.

Semoga dapat bantu anda merancang perjalanan dengan baik.

1. Bara Bara Api Steamboat & Grill – kedai makan

Port steamboat ini memang best, berkonsepkan buffet makan sampai kenyang. Di sini, mereka sediakan ruang makan yang luas dan selesa untuk anda makan dan lepak bersama keluarga serta kawan.

Kredit Imej: Bara Bara Api Steamboat & Grill

Paling best, semua bahan makanan seperti seafood, bahan mentah daging perap, makanan sejuk beku dan sayur-sayuran semua mereka letak dalam peti sejuk untuk menjaga kesegaran makanan. Selain itu, nampak semuanya kemas dan teratur.

Bukan itu saja, di Bara Bara Api Steamboat & Grill ada 5 jenis pilihan kuah untuk steamboat. Antaranya Nyonya Laksa, Lemak Cili Padi, Tom Yam Padu, Chinese Herbal dan Soup,Chicken Soup. Setiap satu ada rasa yang unik dan menarik. Malah pilihan makanan pula ada lebih 140 jenis untuk di pilih. Jangan rambang mata sudah!

Kredit Imej: Bara Bara Api Steamboat & Grill
Kredit Imej: Bara Bara Api Steamboat & Grill

Lokasi: No. 111, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda , Malacca City, Malaysia

Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali selasa mula pukul 3 petang sampai  11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/barabaraapisteamboatandgrill/

2. MAIgrill & Steamboat by Maicare Spa& Cafe – kedai makan

Di Melaka ada sebuah port steamboat yang best wajib anda cuba jika datang ke sini. MAIgrill & Steamboat sangat popular dengan rasa kuah tomyam yang padu. Layan pula dengan daging grill memang sedap.

Pelanggan yang pernah ke sini banyak puji steamboat dan grill. Selalu kalau pernah cuba sekali mesti akan repeat lagi. Rugi kalau anda tak datang.

Kredit Imej: MAIgrill & Steamboat
Kredit Imej: MAIgrill & Steamboat

Lokasi: G28, jalan kc2, kota cemerlang, hang tuah jaya, Malacca City, Malaysia

Waktu Operasi: Kedai buka setiap hari mula pada pukul 11 pagi sampai 11 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/maigrillandsteamboat/

3. Melaka Steamboat – restoran

Tempat paling popular waktu iftar di bulan Ramadan adalah Melaka Steamboat. Di sini kalau anda nak datang kena datang awal atau buat tempahan meja dahulu. Waktu makan malam port steamboat satu ini memang akan diserbu ramai oleh warga Melaka.

Kelebihan di Melaka Steamboat adalah pilihan makanan di sini memang banyak jenis. Daging perapan juga banyak pilihan dengan aroma sos perapan yang di buat sendiri. Ruang makan pula terbuka dan sangat luas. Restoran ini sesuai jika anda datang ramai.

Kredit Imej: Melaka Steamboat
Kredit Imej: Melaka Steamboat

Lokasi: No 41, Jalan PNG Pusat Niaga Gangsa , Batu Berendam, Malaysia

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin. Mula buka pukul 5 petang sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/melakasteamboat/

4. Melantak Steamboat – restoran

Restoran steamboat ini sajikan makanan dengan sangat mewah. Banyak pula pilihan makanan dari makanan laut, daging perapan, bebola sejuk beku dan banyak lagi. Melantak Steamboat kekal sebagai restoran steamboat mewah yang ada di Melaka.

Paling menarik di sini kalau nak rasa daging premium dengan harga yang murah boleh datang ke port steamboat ini. Kalau rasa tak cukup dengan pilihan yang ada anda boleh pesan tambah seperti lobster, belangkas, mentarang dan macam-macam lagi. Port Steamboat ini memang best dan sangat berbaloi.

Kredit Imej: Melantak Steamboat
Kredit Imej: Melantak Steamboat
Kredit Imej: Melantak Steamboat

Lokasi: Klebang Besar, Melaka.

Waktu Operasi: Kedai mula buka pukul 12.30 petang sehingga 11 malam sestiap hari kecuali cuti hari jumaat.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/melantaksteamboat/

5. Makan Pot – restoran

Port steamboat baru di Melaka sangat cantik dan selesa untuk makan dan lepak. Di restoran Makan Pot popular dalam kalangan pengguna media sosial iaitu Tiktok dan Instagram. Hiasan dan dekorasi ruangan dalam restoran ini menggunakan konsep ala Bali. Sesuai sangat untuk anda yang suka makan dan tangkap gambar.

Selain itu, harga makanan di sini pun murah dan berbaloi. Daging di jual kepada customers hanya yang premium dan di jaga dengan baik untuk jamin qualitinya.

Kredit Imej: Makan Pot
Kredit Imej: Makan Pot

Lokasi: Residensi Mutiara Bali, Kota Syahbandar, Jalan KSB 11A, Melaka Tengah, 75200, Melaka.

Waktu Operasi: Restoran di buka setiap hari kecuali Isnin. Mula pukul 6 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.instagram.com/makanpot/

6. Ummi Steamboat & Grill – kedai makan

Kedai steamboat paling murah di Melaka. Hanya perlu bayar Rm25 sahaja untuk dewasa dan anda boleh makan banyak makan yang di hidang. Semua makan boleh makan tanpa limit. Memang berbaloi.

Bukan steamboat dengan daging grill sahaja yang ada, bahagian dessert juga banyak dengan buah-buahan dan ais krim pelbagai perisa. Jangan lupa untuk singgah di port steamboat best di Melaka ini iaitu Ummi Steamboat & Grill.

Kredit Imej: Ummi Steamboat & Grill
Kredit Imej: Ummi Steamboat & Grill

Lokasi: Jalan Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali ahad. Mula operasi pukul 6 petang sampai 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/ummisteamboatandgrill/

7. Kutek Steamboat & Grill – kedai makan

Anda tahu tak port steamboat yang best ada di Alor Gajah. Kutek Steamboat & Grill kini di buka untuk semua warga melaka dan sekitar. Di sini menggunakan konsep buffet ‘All-you-can-eat”. Ini lah masanya nak makan semua makanan yang sedap dan enak ni.

Di sini terdapat banyak pilihan daging perap ada ayam perap, kanbing perap pun ada tahu. Untuk siapa yang kaki perap tu sini lah port dia untuk makan sampai puas. Makanan seafood juga ada banyak. Rambang mata nak pilih. Tapi jangan membazir pula ya!

Kredit Imej: Kutek Steamboat & Grill
Kredit Imej: Kutek Steamboat & Grill

Lokasi: No 39, Jalan Lesung Batu Emas Utama, taman lesung batu emas utama, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari buka secuali hari rabu. Mula pukul 5 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/kuteksteamboatandgrill/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 port steamboat best di negeri Melaka. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Melaka ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

 

Leave the first comment

Artikel Lain