13 Tempat Makan Steamboat Best Di Langkawi

2024-05-10

13 Tempat Makan Steamboat Best Di Langkawi| Tempat Makan Best – Langkawi merupakan sebuah daerah di Negeri Kedah. Popular sebagai tempat pelancongan utama di Malaysia. Banyak tempat menarik untuk dilawati.

Tempat makan banyak di Langkawi untuk di cuba. Untuk anda yang bercadang ke Pulau ini saya akan bantu anda senarai beberapa tempat makan steamboat yang best di Langkawi ini. Semoga dapat bantu lancarkan perjalanan anda sepanjang bercuti di Pulau Mahsuri.

1. Sungai Chenang Steamboat & Grill – kedai makan

Kalau anda datang ke Langkawi tempat wajib yang anda singgah adalah Pantai Chenang. Berdekatan area pantai ada tampat di panggil Sungai chenang di sini lah terdapat sebuah tempat makan steamboat yang best. Menariknya di sini, makanan mereka di masak ala Hatyai Thailand. Kuah tomyam steamboat memang padu cukup dengan rasa.

Bahan grill pula ada banyak pilihan daging, ayam dan daging perap. Sekali bayar makan sampai tersandaq! Memang berbaloi.

Kredit Imej: Sungai Chenang Steamboat & Grill
Kredit Imej: Asyraf Mustaqim

Lokasi: Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali sabtu bermula pukul 6.30 petang sehingga 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/sungaichenangsteamboatandgrill/ 

2. The Local Steamboat & Grill – kedai makan

Tempat makan best satu ini sudah lama popular dalam kalangan warga Langkawi. Ramai yang pernah datang mesti akan repeat lagi. The Local Steamboat & Grill menggunakan konsep buffet, sekali bayar dapat makan semua tanpa limit. Ruang makan dalam kedai memang luas dan sesuai kalau bawa family atau kawan.

Di sini, pilihan makanan laut memang banyak pilihan. Udang galah pun ada tau. Bukan itu ja, makanan lain pun banyak, ada nasi daging, nasi goreng, shellout, spaghetti dan banyak lagi. Memang rugi kalau anda tak datang ke sini.

Kredit Imej: The Local Steamboat & Grill
Kredit Imej: The Local Steamboat & Grill

Lokasi: 333, 112, Langkawi Parade, 333, Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari pada pukul 5 petang sampai pukul 12 malam.

3. Steamboat & Grill By Adya Hotel – restoran

Adya Hotel merupakan sebuah hotel 4 bintang terletak di Pekan Kuah Langkawi. Ramai pengunjung yang datang pilih untuk tinggal di hotel ini. Tahukah anda, sebenarnya Hotel Adya buka restoran mereka untuk orang ramai termasuklah orang luar boleh datang dan makan di sini.

Menu terbaru merek yang popular dalam kalangan pelancong di Hotel adalah menu Steamboat & Grill. Kalau anda nak rasai pengalaman makan steamboat dengan cara yang lebih mewah anda boleh buat tempahan di Restoran Adya Hotel. Makanan yang di hidang memang premium dan berkuali. Tempat makan pula best dalam restoran yang cantik dan berhawa dingin.

Kredit Imej: Naturally Langkawi
Kredit Imej: Adya Hotel

Lokasi: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/adyahotellangkawi/ 

4. The Rooftop Cafe, Langkapuri Resort – kafe

Langkapuri Resort telah membuka peluang kepada anda untuk mencuba menu steamboat dan grill di The Rooftop Cafe milik mereka. Apa yang best di tempat makan sini?

Anda dapat menikmati steamboat dan grill yang panas di atas bumbung resort dengan tiupan angin malam yang sejuk. Keadaan cafe pula di hiasi lampu dan hiasan yang cantik boleh jadi tempat untuk tangkap gambar. Pengalaman begini hanya ada di The Rooftop Cafe by Langkapuri Resort.

Rugi kalau anda datang Langkawi tapi tidak singgah di sini!

Kredit Imej: Langkapuri Resort
Kredit Imej: Langkapuri Resort

Lokasi: Langkawi Resort Lot PT 895, Jalan Pantai Cenang, Pantai Chenang, 07000

Waktu Operasi: Di buka setiap hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/langkapuriresortlangkawi/ 

Sekarang ni, kami hanya jumpa 4 tempat makan steamboat best di Pulau Langkawi, Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Langkawi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular