13 Tempat Makan Steamboat Best di Kelantan

2024-05-21

13 Tempat Makan Steamboat Best di Kelantan| Tempat Makan Best – Kelantan adalah negeri di Pantai Timur Malaysia yang popular dengan tempat yang menarik dan cantik. Tahukah anda di sini banyak tempat makan yang best.

Kalau anda melawat Kelantan mesti singgah tempat makan steamboat yang best ini. Setiap restoran steamboat ini unik dan sangat menarik untuk di cuba. Dalam artikel ini saya kan bantu anda senaraikan beberapa tempat makan steamboat yang best di Kelantan.

1. Abuya Steamboat & Grill – restoran

Tempat makan steamboat yang best ada di Kota Bahru, Kelantan. Di Abuya Steamboat & Grill mereka sering buat promosi mengikut musim. Antara promosi yang selalu ada seperti promosi untuk ibu mengandung dan promosi untuk pelajar. Mereka akan bagi potongan harga yang sangat banyak. Memang best!

Abuya Steamboat & Grill menawarkan pelbagai pilihan makanan dari makanan seafood hingga perapan daging dan ayam semuanya sedap. Ruang makan bersih luas dan selesa. Sesuai kalau nak bawa anak atau bersama kawan ramai.

Kredit Imej: Abuya Steamboat & Grill
Kredit Imej: Abuya Steamboat & Grill
Kredit Imej: Abuya Steamboat & Grill

Lokasi: PT 2194 E, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali selasa bermula pukul 4.30 petang sehingga 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/Seafood.halal.restaurant/?locale=ms_MY

2. Makio Steamboat Buffet – restoran

Jika anda mencari tempat makan yang boleh muatkan ramai di Makio Steamboat Buffet boleh di masukkan dalam senarai anda. Konsep di sini anda boleh makan semua menu yang anda tanpa cas tambahan. Lagi best kalau bawa lagi ramai lagi banyak promosi yang anda dapat.

Pilihan makanan di sini memang meriah. Banyak sangat pilihan dan semuanya sedap. Tapi ingat walaupun banyak jangan sampai membazir.

Kredit Imej: Makio Steamboat Buffet
Kredit Imej: Makio Steamboat Buffet
Kredit Imej: Makio Steamboat Buffet

Lokasi: 227, Jalan Temenggong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Rabu bermula pukul 3 petang sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/makiosteamboatbuffet/?locale=ms_MY

3. RezQ Steamboat Cheese & Grill – restoran

Di restoran RezQ Steamboat Cheese & Grill, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang semuanya segar. Antara seafood akan anda dapat ketam, udang galah, pelbagai pilihan sotong, kepah, kerang, pepahat dan banyak lagi. Untuk pilihan grill juga sama banyak dengan seafood. Ada banyak jenis perapan ayam, daging dan kambing.

Tempat makan di sini memang selesa dengan suasana yang luas dan bersih. Kalau anda singgah ke sini wajib datang ke RezQ Steamboat Cheese & Grill.

Kredit Imej: RezQ Steamboat Cheese & Grill
Kredit Imej: RezQ Steamboat Cheese & Grill
Kredit Imej: RezQ Steamboat Cheese & Grill

Lokasi: No 91, Kg Pasir Tumboh, Jln Pasir Putih, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari kecuali cuti Ahad bermula pukul 5 petang sampai 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/profile.php?id=100083032853540

4. Selera Shabu & Buffet – restoran

Untuk peminat kambing, di sini anda boleh nikmati kambing grill dengan pelbagai jenis perapan dan semuanya sedap. Lagi best boleh tambah tanpa limit masa dan had. Cuma jangan membazir saja.

Selain kambing, menu lain yang popular di sini adalah makanan seafood. Banyak betul pilihan makanan seafood yang ada. Yang bestnya, seafood di sini semuanya segar dan manis bila makan bersama kuah pilihan steamboat. Untuk dessert yang paling best ada pulut manga. Semua makanan yang terhidang boleh di makan sampai puas dan hanya bayar dalam satu harga saja.

Kredit Imej: Selera Shabu & Buffet
Kredit Imej: Selera Shabu & Buffet
Kredit Imej: Selera Shabu & Buffet

Lokasi: 1451/1, Kampung Resak, 17030 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari mula pukul 3.30 petang sehingga 12 malam

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/selera.shabu.buffet/

5. Konoha Buffet – restoran

Dengar nama kedai pun kita tahu, tempat makan steamboat ini menggunakan konsep ala steamboat Jepun. Apa yang menarik di sini bukan hanya ada steamboat & grill saja malah ada shellout juga. Kalau anda nak tambah shellout kena tambah bayaran sebanyak Rm10 saja dan anda boleh nikmati sheellout tanpa limit. Anda juga boleh pilih seafood mana yang nak kemudian bagi kepada pekerja dan mereka akan masak untuk anda. Tapi kalau dah habis nak tambah pon boleh. Semua ini hanya perlu tambah Rm10.

Kalau anda mahu buat majlis atau perjumpaan ramai bersama kawan boleh kunjung di sini. Mereka ada sediakan ruang yang boleh muatkan 200 orang dalam satu masa. Jadi boleh kalau nak buat majlis hari lahir dan sebagainya.

Kredit Imej: Konoha Buffet
Kredit Imej: Konoha Buffet
Kredit Imej: Konoha Buffet

Lokasi: Jln Pengkalan Chepa, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Buka setiap hari mula pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/konoha.buffet/

6. Papa Mama Store – kedai makan

Orang jeli pasti kenal dengan tempat makan best ni. Menariknya di sini ada pelbagai menu juadah untuk di pilih. Selain set steamboat ada Nasi Kandar Ayam Madu, Set makanan Western, makanan melayu dan macam macam lagi. Untung kalau datang sini. Satu tempat makan tapi banyak menu makanan tinggal pilih saja.

Makanan paling top di sini ialah Steamboat & Grill Mama Papa. Steamboat di sini kira set. Dalam satu set semua pilihan seafood, perapan daging, ayam, kambing serta ada sayur dan banyak lagi. Memang berbaloi makan set ni. Harga pula murah dan mampu milik. Kalau ke Jeli jangan lupa singgah sini!

Kredit Imej: Papa Mama Store
Kredit Imej: Papa Mama Store

Lokasi: 15605 KG, Bukit Lakota, 17600 Jeli, Kelantan

Waktu Operasi: Kedai buka setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/papamamabundle/

7. MSR Steamboat Pantai Senok – restoran

Inginkan tempat makan steamboat di tepi pantai? Anda mesti datang ke MSR Steamboat Pantai Senok. Restoran steamboat ini berada tidak jauh dari pantai. Sambil makan steamboat sambil hirup udara segar laut. Di sini konsep makan secara buffet di mana semua makanan yang anda pilih termasuk dalam pakej. Tak perlu risau kalau nak tambah banyak – banyak.

Kalau anda berkunjung ke Pantai Senok jangan lupa singgah di sini.

Kredit Imej: Msr Steamboat Pantai Senok
Kredit Imej: Msr Steamboat Pantai Senok

Lokasi: Pantai Senok,16020 Bachok, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/MsrSteamboatPantaiSenok/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan steamboat best di Negeri Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain