13 Tempat Makan Steamboat Best Di Johor Bahru

2024-03-05

13 Tempat Makan Steamboat Best Di Johor| Tempat Makan Best – Johor  adalah sebuah negeri yang banyak dengan tempat menarik. Banyak juga tempat makan yang viral dan popular ada di Johor Bahru. Tempat makan steamboat yang best juga ada dan mempunyai keunikkan dan kelebihan sendiri yang menarik ramai orang untuk mencuba.

Saya akan kongsikan kepada anda beberapa tempat makan steamboat yang ada di Johor Bahru. Jika anda ada berdekatan Johor Bahru atau yang ingin bercuti ke sana jangan lupa untuk mencuba tempat steamboat ini.

Selamat Mencuba!

1. NZ Fam Barbeque & Steamboat – restoran

Anda ingin makan Steamboat dan Barbeque yang sedap di tempat makan yang sejuk dan selesa? Di NZ Fam Barbeque & Steamboat menawarkan buffet steamboat dengan pelbagai pilihan makanan untuk anda pilih. Untuk di grill pula, ada macam-macam perapan daging lembu, kambing, ayam dan perapan sotong pun ada. Rasa memang sedap!

Bukan itu saja, Kalau nak makan makanan lain selain steamboat dan grill ada juga nasi, ayam goreng, nugget, dan banyak menu sampingan yang lain. Tempat makan ini memang best. Dekorasi dalaman dan ruang makan sangat luas seusai untuk bawa anak anak.

Jangan lupa untuk singgah di NZ Fam Barbeque & Steamboat!

Kredit Imej: NZ Fam Barbeque & Steamboat
Kredit Imej: NZ Fam Barbeque & Steamboat
Kredit Imej: NZ Fam Barbeque & Steamboat

Lokasi: No.11 & 13 Ground Floor, Jalan Niaga Aspira Square 1/3 , Aspira Square, Gelang Patah, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari, cuti hari isnin. Mula operasi pukul 5 petang sampai 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/nzfambarbequeandsteamboat/

2. Santuy Thai BBQ – kedai makan

Tempat makan best dengan konsep camping tepi pantai hanya di Santuy Thai BBQ. Konsep kedai sangat cantik dan sesuai untuk ambil gambar. Istimewanya di sini anda tidak perlu pilih jenis kuah steamboat mereka sudah siap bagi dalam pakej 2 jenis kuah iaitu Tomyam Padu dan Sup Ayam. Semua sedap!

Di Santuy Thai BBQ ada lebih 50 jenis pilihan steamboat. Pilihan daging perap pun banyak, ada daging, ayam dan kambing perap. Makan lah semuanya sampai kenyang. Paling best, makanan sampingan juga banyak sampai rambang mata nak pilih.

Untuk makluman anda, Santuy Thai BBQ kini berjaya buka cawangan mereka yang ke-5. Lepas ni orang Johor mudah lah nak datang tempat makan best ni.

Kredit Imej: Santuy Thai BBQ
Kredit Imej: Santuy Thai BBQ
Kredit Imej: Santuy Thai BBQ

Lokasi: 15 Jalan Mutiara Emas 2/4 Taman Mount Austin 81100 JB Johor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari tiada hari cuti. Bermula pukul 5 petang sampai 1 pagi.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/santuythaibbq/

3. Kapten Steamboat & Grill – kedai makan

Orang Johor mesti kenal kedai ini sebab mereka sudah beroperasi lebih dari 10 tahun. Kapten Steamboat & Grill yang terletak di Johor Bahru popular dengan resepi mereka yang turun temurun. Kalau datang sini anda wajib cuba Beef Honey dan Lamb Honey. Dua bahan grill ini paling pelanggan suka dan cepat habis. Tapi jangan risau, laju ja staff mereka tambah.

Selain itu, bahan steamboat yang lain seperti seafood juga banyak pilihan. Macam-macam ada sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua segar, dari laut terus ke pinggan anda!

Kredit Imej: Kapten Steamboat & Grill
Kredit Imej: Kapten Steamboat & Grill
Kredit Imej: Kapten Steamboat & Grill

Lokasi: 1st floor, Jalan Tun Abd Razak, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru, Malaysia

Waktu operasi: Di buka setiap hari kecuali selasa. Mula pukul 3 petang sampai 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/kaptensteamboatandgrill/

4. Sailor Steamboat & Grill – kedai makan

Dekat Johor Bahru memang susah nak jumpa buffet bawah RM30, di sini untuk dewasa harga memang berbaloi. Pilihan makanan steamboat dan perapan daging grill memang banyak. Di makan pula dengan sos pencicah yang di buat sendiri paling layan.

Apa yang menarik di Sailor Steamboat & Grill ni?

Mereka menawarkan 3 jenis pilihan kuah dan semuanya sedap. Antaranya kuah Tom Yam, Kari dan Sup Ayam. Kalau nak tambah kuah atau tukar kuah baru tiada bayaran di cas pun semuanya percuma. Jadi lepasni kalau anda datang ke sini boleh lah rasa semua kuah yang spesial ini tanpa limit makanan dan limit masa. Makan sampai kenyang.

Kredit Imej: Sailor Steamboat & Grill
Kredit Imej: Sailor Steamboat & Grill

Lokasi: No 1 Jalan SILC 1/10, Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, Malaysia

Waktu Operasi: Kedai buka setiap hari tanpa cuti. Mula pukul 4 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/sailorsteamboatandgrill/

5. Muara Steamboat & Grill – restoran

Anda mencari tempat makan steamboat best di Johor dengan pemandangan yang cantik? Di sinilah tempat makan best yang anda perlu cuba. Makanan di Muara Steamboat & Grill semuanya sedap dan menarik. Di sini juga ada daging wagyu premium yang murah hanya perlu Add On saja. Memang berbaloi.

Pemandangan di Muara sangat cantik dengan di hiasi lampu yang indah. Anda boleh pilih tempat untuk makan sama ada outdoor atau indoor. Tempat makan juga sangat bersih, berselera nak makan. Persembahan Live Band juga ada setiap makan. Boleh lah santai makan sambil layan persembahan nyanyian.

Kredit Imej: Muara Steamboat & Grill
Kredit Imej: Muara Steamboat & Grill
Kredit Imej: Muara Steamboat & Grill
Kredit Imej: Muara Steamboat & Grill

Lokasi: No. C1, Blok C, PTD 213607, Persiaran Senibong, Teluk Senibong, Masai, Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: Buka setiap hari bermula 12 pagi sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/sailorsteamboatandgrill/

6. Zuru Zuru – kedai makan

Tempat makan steamboat yang viral di Johor Bahru. Zuru Zuru pernah viral dan ramai yang datang kerana di katakan rasa steamboat dan sos pencicah hampir sama dengan steamboat yang popular iaitu ‘Suki-ya’. Pilihan sos di sini banyak dan lagi best campur sos ikut resepi yang tengah viral di Tiktok tu. Di makan pula dengan daging steamboat memang kena.

Selain itu, semua makanan di sini ‘free flow’. Semua makanan boleh ambil tiada limit cuma anda mesti sentiasa ingat jangan membazir pula. Anda kalau datang ke Jobor Bahru mesti singgah di Zuru Zuru untuk mencuba sendiri steamboat dan grill yang ada di sini.

Kredit Imej: Facebook Visit Johor
Kredit Imej: Facebook Visit Johor
Kredit Imej: Facebook Visit Johor

Lokasi: No. 4, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, Johor Bahru

Waktu Operasi: Bukan setiap hari kecuali Isnin. Mula operasi pukul 5 petang sampai 12 tengah malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.instagram.com/zuruzuru/

7. MrChef Steamboat & Grill – kedai makan

Tempat makan best dengan rasa yang mantap. Rata-rata customer yang pernah datang mesti akan repeat lagi. Ramai yang kata di sini daging perap paling banyak pilihan perapan. Setiap perapan memang sedap bila di grill aroma rempah memang .wangi. Di makan pula dengan sos pencicah yang pelbagai rasa.

Jangan risau di sini tempat makan indoor dan berhawa dingin. Makan steamboat panas dan pedas dalam suasana sejuk memang seronok. Rugi kalau anda tak cuba, dengan harga dia memang berbaloi.

Tempah meja anda sekarang!

Kredit Imej: Sharlani
Kredit Imej: Sharlani
Kredit Imej: Sharlani

Lokasi: 44 Jalan Setia Tropika 1/24, Setia Tropika, 81200 Tebrau, Johor, Malaysia, Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali isnin, pukul 5 petang sampai 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/mrchefsteamboatandgrill/

8. Thai Sedap – kedai makan

Kedai Steamboat di sini menjadi tempat makan ala Thai yang popular di Johor Bahru. Bahan makanan Thai Sedap semuanya ada cita rasa Thai yang original. Kalau dah sampai sini mestilah pilih kuah Tom Yam. Kuah cukup rasa lengkap dengan bahan-bahan yang di masak sekali.

Paling menarik yang jarang kedai makan steamboat lain buat adalah di sini mereka menggunakan panggang arang untuk masak steamboat dan grill daging. Aroma arang bila di grill memang wangi semerbak. Rasa pun sedap. Macam nama kedai “Thai Sedap”!

Jangan lupa singgah tempat makan best ni ya.

Kredit Imej: Thai Sedap
Kredit Imej: Thai Sedap
Kredit Imej: Thai Sedap

Lokasi: 186, Jalan Adda 7, Taman Adda Height, Johor Bahru, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali cuti hari khamis. Mula operasi pukul 4 petang sampai 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari lama Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/thaisedap/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 tempat makan steamboat best Johor Bahru. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Johor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain