13 Tempat Makan Steamboat Best di Ipoh Perak| Tempat Makan Best – Kalau tiba hujung minggu apa yang anda akan buat? Selalunya ramai orang akan riadah atau buat aktiviti dengan keluarga atau rakan. Steamboat adalah pilihan yang tepat. Sambil makan-makan dan beriadah malah kita boleh buat aktiviti masak bersama.
Jika anda mencari tempat makan steamboat yang sedap dan menarik untuk makan bersama keluarga dan kawan, saya akan senaraikan untuk pilihan tempat. Semua tempat ini mendapat rating yang tinggi dan ada keistimewaan sendiri.
1. MP BBQ Steamboat – restoran
Tempat makan steamboat yang besar dan popular di Ipoh iaitu di MP BBQ Steamboat. Restoran ini menawarkan macam macam pilihan makana. Paling di sukai adalah Oyster dan kambing perap. Di sini anda boleh makan Oyster yang segar dan besar tanpa limit. Memang berbaloi untuk siapa yang kaki seafood.
Bukan itu saja, pilihan makanan lain juga banyak untuk di pilih. Memang rambang mata kalau ke sini. Anda boleh ambil banyak mana yang nak tapi tidak boleh membazir. Kena makan sampai habis.
Lokasi: MP BBQ STEAMBOAT, 104A, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setaip hari buka mula pukul 4 petang sehingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/MPBBQSteamboat/
2. Shabuya – restoran
Restoran Shabuya kini telah mendapat sijil halal dari jakim. Jadi tanpa ragu anda boleh datang bersama keluarga atau rakan. Paling best di sini adalah daging wagyu di sini boleh makan tanpa limit. Daging wagyu adalah daging lembu yang sangat premium dan mahal. Tapi di sini anda boleh makan sampai puas.
Memang tidak menyesal ke sini. Pilihan makanan yang banyak, semua sedap sedap. Ruang makan pula sangat selesa dengan lengkap hawa dingin. Bilik makan VIP juga ada. Jadi tidak lah panas sangat bila masak dan makan. Selian itu, ada juga makanan ala carte iaitu menu makanan jepun yang pastinya menarik.
Lokasi: Shabuya, Kinta Riverfront Hotel & Suites, Jalan Lim Bo Seng, Taman Istana, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari mula pukul 12 tengah hari sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/shabuya.my/
3. Lepak Santai Steamboat & Grill – restoran
Tempat makan steamboat kali ini menghidangkan lebih 150 pilihan makanan untuk anda setiap hari. Pelbagai makanan seafood, bebola sejuk beku, daging perap, ayam perap dan kambing perap juga ada. Semua makanan ini boleh di makan dalam satu harga.
Ruang makan pula sangat luas. Sesuai kalau nak buat perjumpaan dengan kawan atau family. Sesuai dengan nama kedai ini, tempat ini menjadi port lepak sambil masak dan makan dapat santai dan lepak dengan kawan.
Lokasi: Vivo Square, Jln. Kuala Kangsar, Pusat Perniagaan Lang Jaya, 30010 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari tanpa cuti bermula pukul 4 petang shingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/Lepaksantaisteamboatgrill/?locale=ms_MY
4. Bismillah Steamboat & Grill – restoran
Anda ingin makan steamboat dengan harga murah tapi banyak pilihan? Tempat makan steamboat di Bismillah Steamboat & Grill menawarkan banyak pilihan makanan untuk di pilih. Rata rata customer yang pernah datang akan repeat lagi dan menu yang paling mereka suka adalah menu sate ayam dan sate daging. Perapan sate di buat dengan resepi mereka sendiri.
Kalau anda rasa tak cukup dan nak tambah menu lain atau tak nak steamboat mahukan menu lain anda boleh cuba menu ala carte mereka. Banyak juga makanan yang boleh di tambah dalam menu ala carte. Jika datang ke daerah Ipoh, perak jangan lupa untuk singgah di Bismillah Steamboat & Grill.
Lokasi: 20- Jalan Kamaruddin Isa, Persiaran Fair Park, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Restoran di buka setiap hari bermula pukul 2 petang sehingga 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/bismillahsteamboat/
5. Doremi Steamboat – restoran
Jika anda peminat makanan korea tempat makan sini memang wajin anda cuba. Di Doremi Steamboat mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan steamboat dan grill. Paling menarik mereka baru saja tambah menu baru yang lain iaitu menu makanan Korea. Ada sup kimchi, teobokki, ayam goreng korea dan banyak lagi. Semua makanan ini boleh makan sampai kenyang sebab tiada limit.
Dalam satu harga yang sama juga, anda boleh tambah cheese tanpa limit juga ya. Untuk pengemar cheese sini adalah tempat makan best yang anda perlu cuba. Memang sedap bila makan ayam grill bersama cheese mozarella yang berlemak. Bukan itu saja, ada juga pilihan makanan untuk dessert, semuanya menarik. Antaranya, chocolate fountain, pelbagai pilihan buah, yougurt, ais krim Halagen, kek, pastry dan banyak lagi.
Apa tunggu lagi, tempah meja anda sekarag!
Lokasi: 68G & 69G, Medan Meru Bestari, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 5 petang sampai 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.facebook.com/doremisteamboat/
6. Barbeque Lab – restoran
Tempat makan steamboat di sini memang popular dengan pilihan makanan seafood mereka. Di sini ada pelbagai jenis pilihan makanan seafood dan paling best ada juga seafood yang premium. Ada ketam besar, udang, sotong, ikan dan macam macam lagi.
Untuk bahan grill pula banyak juga perapan daging dan ayam. Untuk dessert, ada banyak pilihan kek, puding dan buah. Di Barbeque Lab juga ada sediakan mesin ais krim. Kalau datang sini anda boleh buat ais krim sendiri, boleh pilih topping apa nak letak atas ais. Aktiviti ini anak-anak mesti suka. Jangan lupa datang ya!
Lokasi: 9, Jln Meru Bestari A8, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari seawal pukul 8 pagi sehingga 2 petang (makanan pagi dan tengah hari) Kemudian akan sambung pula pukul 6 petang sampai 10 malam. Hari ahad waktu operasi pagi saja buka.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:
https://www.instagram.com/barbeque_lab/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan steamboat best di ipoh perak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Ipoh, Perak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!