13 Tempat Makan Steamboat Best di Alor Setar, Kedah

2024-05-21

13 Tempat Makan Steamboat Best di Alor Setar, Kedah| Tempat Makan Best – Sudah bosan dengan nasi bila datang ke Negeri Kedah? Jangan risau, saya akan bantu anda senaraikan beberapa tempat makan steamboat best yang ada di Alor Setar, Kedah.

Semua tempat makan ini ada keistimewaan sendiri. Jika anda kunjung negeri Kedah, pastikan tempat  steamboat ini masuk dalam perjalanan anda.

Selamat Mencuba!

1. BangThai Steamboat & Grill – restoran

Tempat steamboat ini terletak berhampiran dengan pusat bandar Alor Setar. Ramai warga Alor Setar dah kenal dengan restoran ini. Untuk anda yang rancang untuk ke Kedah memang wajib untuk anda singgah di sini.

Apa yang menariknya di Bangthai? Restoran steamboat ini menawarkan pelbagai pilihan makanan dari makanan seafood, sejuk beku malam perapan daging, ayam dan kambing juga ada banyak jenis perapan. Semua ini anda boleh dapatkan dengan satu harga sahaja. Bukan itu saja, di sini juga ada pulut mangga dengan buah manga yang manis di makan dengan pulut santan berlemak memang layan.

Kredit Imej: BangThai Steamboat & Grill
Kredit Imej: BangThai Steamboat & Grill

Lokasi: Lot 276, Kampung Masjid, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 4 petang sehingga 11 malam

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/p/BangThai-Steamboat-Grill-100090263630948/

2. Iwan Shifudo Grill & Hot Pot – restoran

Restoran Iwan Shifudo ini ada peminat mereka sendiri. Sampai hari ini mereka telah berjaya buka sehingga 3 cawangan di utara. Antara cawangan yang ada di Alor Setar, Sungai Petani dan Bertam. Anda boleh pilih nak pergi cawangan mana yang anda suka.

Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan steamboat dan yang paling best semua nya bahan yang premium. Sambil tunggu steamboat masak, anda boleh nikmati hidangan sampingan yang ada. Antaranya Mee rebus, Mee kari, Nasi Goreng, Makanan Western dan banyak lagi.

Kredit Imej: Iwan Shifudo Grill & Hot Pot
Kredit Imej: Iwan Shifudo Grill & Hot Pot
Kredit Imej: Iwan Shifudo Grill & Hot Pot

Lokasi: LOT PT9678, Jalan Lencong Barat, Taman Dahlia Iii, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari tanpa cuti. Mula operasi pukul 5 petang sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/iwanshifudoalorsetar/

3. D’Aman Steamboat & Shellout – restoran

Kalau anda pergi ke Aman Central jangan lupa untuk singgah restoran steamboat ini. D’Aman Steamboat & Shellout berada betul betul belakang Aman Central. Lepas ini kalau pergi tengok wayang boleh singgah makan steamboat.

Menariknya tempat makan ini kerana ia berkonsepkan tempat untuk lepak. Di bahagian atas restoran mereka menyediakan pusat karaoke untuk pelanggan yang datang. Memang sesuai lah kalau ajak ramai – ramai datang. Selain itu, restoran ini juga hidangkan menu shellout sebagai menu popular  lain selain steamboat. Shellout di sini sangat sedap lagi sedap bila makan bersama steamboat.

Kredit imej: D’Aman Steamboat & Shellout
Kredit imej: D’Aman Steamboat & Shellout
Kredit imej: D’Aman Steamboat & Shellout

Lokasi: 12, Jalan Tengah, Kampung Lubok Peringgi, Alor Setar, Malaysia

Waktu Operasi: Kedai di buka setiap hari mula pukul 5 petang sampai 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/p/DAman-Steamboat-Shellout-100095661186395/

4. Seoul Garden – restoran

Siapa saja tidak kenal restoran Seoul Garden. Restoran ini yang berkonsepkan buffet makanan korea amat popular di Malaysia. Sehingga kini Seoul Garden telah berjaya buka cawangan mereka hampir di setiap negeri. Di Kedah, tempat makan steamboat ini ada buka cawangan mereka di Aman Central.

Restoran ini menjadi popular dengan pilihan makanan mereka yang banyak dan semuanya premium. Ada juga menu makanan korea di sini. Dessert mereka juga banyak dan semua nya sedap. Jika anda mencari restoran Seoul Garden di Alor Setar boleh datang ke Aman Central.

Kredit Imej: Seoul Garden
Kredit Imej: Seoul Garden

Lokasi: Aman Central, 1, Darul Aman Hwy, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula 11.30 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/pages/Seoul%20Garden%20Aman%20Central/177908856067903/

5. Gemilang Kitchen – restoran

Tempat makan steamboat yang best di Alor Setar boleh singgah Gemilang Kitchen. Lokai berhampiran dengan pusat bandar. Restoran ini menawarkan harag yang sangat berbaloi dengan menu makanan yang ada. Dengan pelbagai pilihan makanan seafood dan banyak perapan daging dan ayam yang menarik untuk di cuba.

Kalau anda taknak steamboat dan grill boleh juga pilih menu Shellout. Di sini menu shellout memang popular. Rata – rata yang pernah makan mesti akan kembali lagi ke sini. Jadi jika anda datang ke Alor Setar jangan lepaskan peluang ini.

Kredit Imej: Gemilang Kitchen
Kredit Imej: Gemilang Kitchen
Kredit Imej: Gemilang Kitchen

Lokasi: Lot 803, Jalan Hutan Kampung, Kampung Bohor, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula pukul 4 petang sehingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman Facebook:

https://www.facebook.com/gemilangkitchenofficial/photos?locale=ms_MY

Sekarang ni, kami hanya jumpa 5 tempat makan steamboat best di Alor Setar, Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kedah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular