13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan Pagi di Kuching, Sarawak|Â Tempat Makan Best – Kuching adalah sebuah bandar utama di Sarawak. Daerah ini menjadi semakin popular dan setiap tahun ramai pegunjung yang datang dari pelbagai negara.
Untuk mulakan hari anda dengan lebih menyeronokkan, berikut merupakan senarai tempat makan best untuk sarapan pagi di Kuching, Sarawak. Setiap tempat makan ini ada keunikkan dan sangat menarik untuk di cuba. Alang – alang dah sampai Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk cuba semua tempat makan best ini.
1. Chip Pung Hui – kedai makan
Orang Kuching mesti tahu tempat ni. Chip Pung Hui telah lama beroperasi. Menu yang menjadi signature mereka adalah Mee Kolok iaitu makanan warisan Sarawak yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia dari setiap negeri. Namun, mee kolok di sini popular kerana rasa mee yang sedap tapi harga pula tidak masuk akal.
Memang sangat berbaloi untuk anda mencuba di Chip Pung Hui.
Lokasi: 16, Lebuh Java, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7.30 pagi sampai 11.30 pagi.
2. Sadiqin Lim Kampua and Bak Kut Teh – kedai makan
Kalau anda mencari kedai makan yang menjual makanan ala chinese tapi muslim-friendly di sekitar Kuching memang agak susah. Tapi di Sadiqin Lim Kampua and Bak Kut Teh mereka menjual makanan orang Cina tapi versi halal. Pemilik kedai ini adalah seorang mualaf dari Sibu Sarawak. Dia mengusahakan sebuah kedai makan di Kuching dengan harapan dapat perkenalkan kepada orang ramai tentang makanan Kampua Sibu yang sebenar.
Sejak di buka, kedai sini selalu menerima permintaan yang tinggi setiap hari. Ramai orang dari pelbagai kaum datang untuk mencuba sendiri keenakkan Kampua dan Bak Kut Teh mereka. Anda juga jangan lepaskan peluang ini untuk rasa sendiri.
Lokasi: Batu Lintang Food Court, 93150 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/sadiqinlimkampua/
3. Fu Yu CafĂ© – kafe
Sebuah kafe di Kuching yang menjadi pilihan penduduk setempat sebagai tempat makan best untuk sarapan pagi. Menariknya di Fu Yu Café, mereka menawarkan banyak pilihan menu makanan dan semestinya setiap makanan mereka sedap untuk di cuba. Antara menu yang popular laksa sarawak, pelbagai pilihan mee, kuih muih, cakoi, roti canai, nasi dan banyak lagi.
Ruang makan luas dan selesa kalau nak makan ramai – ramai dengan kawan atau keluarga. Kalau datang Sarawak wajib singgah sini untuk sarapan.
Lokasi: Lot 516-518, Ground Floor, Lorong Rubber 10, Kuching, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/fuyucafesatok/
4. Sepinang Sari – kedai makan
Satu lagi tempat makan best untuk sarapan pagi di Sepinang Sari. Makanan di sini di jamin Halal. Menu utama mereka mestilah mee kolok. Selalu jumpa mee kolok yang tidak halal namun di sini mereka gantikan guna daging lembu supaya lebih ramai yang dapat rasa keenakkan mee kolok.
Setiap pagi mesti ramai yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan sepinggan mee kolok. Anda tunggu apa lagi, masukkan kedai Sepinang Sari dalam senarai rancangan untuk percutian anda di Kuching, Sarawak.
Lokasi: Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari. Tutup hari selasa.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/SepinangSariMeeKolok/
5. Duduksama Kopitiam – restoran
Restoran Duduksama Kopitiam menawarkan pelbagai pilihan makanan dari pelbagai kaum. Mereka menyajikan menu muslim-friendly supaya ramai orang tak kira kaum dapat bersama – sama ke sini.
Selalu ramai orang yang datang untuk nikmati menu sarapan di sini. Kalau hujung minggu lagi ramai. Tapi jangan risau ruang makan luas dan ada banyak kerusi meja yang boleh menampung semua.
Lokasi: Block B1, Jalan Saradise, Taman Bdc Saradise, 93350 Kuching, Sarawak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/duduksamakopitiam/
6. Kafe Dewi Laksa – kedai makan
Port sarapan pagi di Kuching yang popular dengan menu Laksa Sarawak iaitu di Kafe Dewi Laksa. Selain mee kolok, laksa sarawak juga menjadi kesukaan rakyat melaysia. Rasa dan cara buatan laksa sarawak sangat berbeza dengan laksa yang ada di Semenanjung Malaysia. Mereka menggunakan seafood seperti udang dan sotong sebagai bahan utama laksa sarawak.
Memang sangat rugi kalau datang sini tapi tak cuba laksa sarawak. Anda wajib cuba di Kafe Dewi Laksa untuk mendapat pengalaman baru.
Lokasi: Ground Floor Lot 170, 171, Section 20. KTD, 57-G Jalan Tun Ahmad Zaidi Apruce (Jalan Palm) 93400 Kuching Sarawak, Kuching, Malaysia
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari pukul 6 pagi sampai 3 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/KAFEDEWILAKSA/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best untuk sarapan di Kuching, Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sarawak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!