13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan Pagi di Kota Kinabalu Sabah

2024-06-23

13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan Pagi di Kota Kinabalu Sabah| Tempat Makan Best – Kota Kinabalu merupakan ibu negeri bagi Sabah dan menjadi sebuah tempat pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Negeri Sabah dikenali dengan kepelbagaian etnik dan kaum yang menjadikan negeri ini sarat dengan pelbagai budaya dan tempat menarik untuk dilawati. Bukan itu saja, di Sabah ada banyak tempat makan best yang mempunyai keunikkan dan kelebihan sendiri.

Untuk artikel kali ini saya akan senaraikan untuk anda beberapa tempat makan best untuk sarapan pagi di Kota Kinabalu, Sabah.

1. Nasi Lemak Pak Wan Flagship – kedai makan

Kredit Imej: Charlotte Fong
Kredit Imej: Hamadi Ang
Kredit Imej: Izi Gomez

Kedai makan pagi ini pernah viral satu ketika dulu. Nasi Lemak Pak Wan masih mendapat sambutan sampai hari ini. Menariknya tentang nasi lemak ini mereka menyediakan banyak pilihan menu lauk dan kita boleh pilih ikut citarasa kita. Paling penting rasa sambal yang di masak sampai pecah minyak dengan rasa yang sempurna.

Hujung minggu paling ramai orang akan beratur tapi jangan risau servis mereka cepat dan staff juga ramah.

Lokasi: 34, Jalan Pantai Sembulan, Grace Villa, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6.30 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/nasilemakPakWan/

2. Nook Cafe – kafe

Kredit Imej: Teybolforwan
Kredit Imej: Teybolforwan

Makan pagi dalam kafe yang estetik di Kota Kinabalu. Di Nook Cafe mereka buka seawal 8 pagi dan menyediakan pelbagai hidangan untuk makan pagi. Banyak makanan untuk di pilih. Ada English Breakfast, Pasta, Pastry, Kek dan banyak lagi.

Kafe ini sangat sesuai untuk kaki gambar. Lepas makan boleh tangkap gambar ‘ootd’ dulu. Setiap sudut menarik dengan dekorasi dan hiasan yang di gunakan.

Lokasi: 19, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/nookcafekk/

3. Soto House – kedai makan

Kredit Imej: Valerie Yuen

Tempat makan best untuk sarapan pagi di Kota Kinabalu mestilah di Soto House. Menu utama mereka adalah sup. Anda boleh ‘mix & match’ hidangan sup anda mengikut citarasa yang anda suka. Rasa sup di sini memang sedap. Sup juga ada banyak pilihan jenis sup. Menarik kan!

Kalau anda ke Kota Kinabalu, wajib datang ke sini untuk cuba sarapan pagi dengan sup yang halal. Jangan lepaskan peluang ini.

Lokasi: Taman Ridgeview, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 7.30 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/SotoHouseGanang/

4. Kopi Ping Cafe – kafe

Kredit Imej: Kopi Ping Cafe
Kredit Imej: Kopi Ping Cafe

Orang Kota Kinabalu mesti kenal dengan cafe satu ini. Tempat makan best untuk sarapan yang ada di Sabah iaitu Kopi Ping. Mereka menyajikan makanan untuk sarapan pagi. Kafe ini terkenal kerana mereka ada banyak pilihan menu. Mereka operasi dari pagi sampai malam.

Selain makanan di sini, tempat makan ini memang cantik dan selesa. Dekorasi dan susun atur estetik di hiasi pula dengan lampu led yang warna warni. Jangan lupa ambil gambar dulu sebelum pulang.

Lokasi: Unit No. A-G-01, Block A, Sutera Avenue, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kopipingcafe/

5. Restoran Happy Muslim – restoran

Kredit Imej: Google
Kredit Imej: Malek Ku

Kalau tanya orang Kota Kinabalu mana rojak yang sedap mereka akan cadangkan tempat ini. Restoran Happy Muslim adalah sebuah restoran makan pagi yang halal. Kedai akan penuh bila hujung minggu atau musim cuti sekolah. Paling popular mestilah rojak di sini. Kuah yang pekat dan cukup rasa.

Kini mereka teleh berjaya buka cawangan kedua dan restoran kedua masih dalam daerah yang sama. Anda boleh pilih mana yang lebih dekat dan mudah untuk anda pergi.

Lokasi: Block C, Lot 23, Ruang Singgah Mata 2, Kompleks Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 4.30 petang.

6. Warung Nasi Lemak Singgah Rasa – kedai makan

Kredit Imej: Warung Nasi Lemak Singgah Rasa
Kredit Imej: Warung Nasi Lemak Singgah Rasa

Tempat makan best untuk sarapan pagi di sekitar Kota Kinabalu yang perlu anda cuba iaitu di Warung Nasi Lemak Singgah Rasa. Kalau nama kedai pun Nasi Lemak mestilah Nasi Lemak adalah menu spesial mereka. Tapi selain dari nasi lemak ada lagi menu lain yang anda boleh cuba.

Ada Nasi Kerabu, Nasi Kuning dan Nasi Beriani. Kedai ini buka seawal 7 pagi. Bolehlah singgah untuk sarapan dulu sebelum mulakan hari anda.

Lokasi: 18, Ruang Legar, Taman Ridgeview, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 7 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/singgahrasaenterprise/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best untuk sarapan di Kota Kinabalu Sabah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sabah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain