13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Pulau Pinang|Â Tempat Makan Best – Penang sebuah negeri yang berada di Utara Malaysia. Negeri ini sangat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Banyak tempat pelancongan baru yang dinaikkan. Bukan itu saja, malah tempat makan best juga banyak di sini.
Untuk artikel kali ini saya akan menumpukan pada tempat makan best untuk sarapan pagi di Pulau Pinang. Boleh jadi satu aktiviti yang menarik untuk rasai setiap tempat makan best ini.
1. Hutton Lane Roti Bakar – kedai makan
Kalau nak cari kedai makan di sini memang rasa ragu – ragu. Tapi di sini, pemilik kedai Hutton Lane Roti Bakar India Muslim. Makanan paling laris roti bakar dan roti canai. Ramai yang puji masakan mereka sedap dan servis pula laju. Tapi kalau hujung minggu memang kena beratur ya untuk buat pesanan.
Tempat makan sini best sebab konsep mereka ‘open-air’. Makan akan lebih selesa nyaman.
Lokasi: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6 pagi sampai 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/rotibakarhuttonlane/
2. Cafe Jom Singgah – kedai makan
Lokasi kedai sebelah Pejabat JPJ Batu Uban. Mudah cari anda guna maps terus sampai. Tempat letak kenderaan juga luas. Dalam google review kedai ini dapat banyak komen yang positif. Rata rata mereka puji makanan di sini sedap. Yang paling mendapat sambutan nasi kandar dan roti canai.
Untuk warga Pulau Pinang sebelum ke tempat kerja boleh singgah sarapan dulu di Cafe Jom Singgah.
Lokasi: Gerai sebelah JPJ cawangan, Persiaran Sungai Gelugor 2, Kampung Batu Uban, 11700 Gelugor, Penang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 6 pagi hingga 4 petang.
3. Astaka Taman Tun Sardon – kedai
Konsep di sini seperti medan selera, ada banyak kedai – kedai makan dengan pilihan menu yang berbeza. Ini yang menjadi tarikan di Astaka Taman Tun Sardon. Selain anda boleh makan – makan di sini ada juga pasar hari. Ada jualan lauk ikan, ayam daging, sayur sayuran, buah dan semua bahan dapur ada.
Jangan lepaskan peluang untuk cuba di sini. Kalau datang mesti anda rambang mata nak pilih. Semua nampak sedap dan menarik.
Lokasi: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6 pagi sampai 12 malam.
4. Mentari Pagi By Sofea – kedai makan
Tempat makan best untuk sarapan pagi di sekitar Pulau Pinang iaitu di Mentari Pagi By Sofea. Kedai makan ini berada di Bayan Lepas. Mereka menyediakan pelbagai makanan pagi dengan citarasa melayu. Ruang makan terbuka dan dihiasi cantik dengan konsep tradisional. Sesuai untuk anda yang suka ambil gambar. Wajib datang sini.
Antara menu yang paling popular di sini adalah nasi lemak ayam dan soto ayam. Saiz hidangan memang besar dan puas makan sampai kenyang.
Lokasi: Jalan Mahkamah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi smpai 1 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/mentaripagi.my/
5. Naina’s Roti Bakar – kedai makan
Penang sememangnya popular dengan sarapan roti canai. Di Naina’s roti bakar mereka bukan hanya hidangkan roti bakar saja tapi juga roti canai. Menu ini antara menu popular dan wajib anda cuba. Kedai ini dah lama operasi dan kebanyakkan orang Georgtown mesti kenal. Pelanggan ia datang dari pelbagai kaum. Kalau hujung minggu atau musim cuti sekolah mesti kena beratur.
Rugi kalau datang ke Pulau Pinang tapi tak singgah di Naina’s roti bakar.
Lokasi: 11, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 6.30 pagi hingga 1.30 petang.
6. Makan Pagi by Fizzy Cafe – restoran
Port sarapan pagi di Penang yang wajib anda cuba. Di Makan Pagi by Fizzy Cafe menggunakan konsep zaman dulu dalam masakan dan dekorasi kedai. Nasi lemak di sini memang sedap dan selalu dapat komen positif dari pengunjung yang datang. Tempat makan best kerana banyak meja dan kerusi di sediakan. Kawasan luas dan vibe tenang untuk menjamah selera.
Lokasi: Jalan Bayan Lepas, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/MakanPagi/
7. Bekai – kafe
Kafe Bekai merupakan satu tempat makan best untuk sarapan di Pulau Pinang. Apa yang menarik di sini?
Di sini mereka menggunakan konsep sama seperti vendor. Ada banyak pilihan makanan lain juga seperti makanan pastry, kek, sizzling, nasi lemak, pisang popia dan banyak lagi. Ruang makan secara terbuka. Menjadi lebih selesa dan mudah kalau nak ajak kawan makan sambil lepak.
Tempat letak kenderaan luas jangan risau boleh tampung semua.
Lokasi: The C E O, Lebuh Nipah 5, Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/bekai.penang/
8. Rancak By The Sea – kedai makan
Tempat makan best kali ini memang rancak. Makan pagi di tepi laut. Kedai ini beroperasi di Bayan Lepas. Menjadi satu pengalaman baru, makan roti canai panas – panas dengan air kopi sambil melihat bot nelayan mula beraksi di laut. Semua ini hanya ada di Rancak By The Sea.
Di sini mereka bukan hanya ada roti canai, malah nasi lemak, kuih muih, roti bakar dan banyak lagi makanan sarapan pagi yang anda boleh pilih. Paling penting semuanya sedap dan harga berpatutan. Bukan selalu kita dapat peluang untuk mencuba pengalaman baru seperti ini.
Lokasi: NO 32, Kompleks Medan Selera Seri Pantai Astaka Seagate, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 6.30 pagi hingga 1 petang.
Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 tempat makan best untuk sarapan di Pulau Penang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!