13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Pulau Langkawi|Â Tempat Makan Best – Kalau pergi pulau mesti cari seafood untuk makan malam. Tapi tahukah anda di Pulau Langkawi ada banyak tempat best untuk sarapan pagi. Ini boleh di masukkan ke dalam rutin pagi perjalanan anda.
Berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best untuk sarapan di Pulau Langkawi. Setiap tempat ini ada kelebihan dan keunikkan sendiri. Anda mesti cuba semuanya.
1. Nasi Dagang Pak Malau – kedai makan
Orang Langkawi mesti dah kenal dengan kedai makan satu ni. Nasi Dagang Pak Malau adalah kedai makan sarapan pagi yang menggunakan konsep tradisional dengan makanan warisan iaitu Nasi Dagang. Lagi menarik ruang makan di sini sangat unik. Anda boleh pilih untuk duduk di pangkin atau di dalam.
Keliling kedai ini semuanya sawah pagi. Memang satu pengalaman yang menarik untuk makan di tengah sawah padi yang menghijau.
Lokasi: 186, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Makam Mahsuri, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/NasiDagangPakMalau/
2. Nasi Lemak Mak Lang – kedai makan
Kalau anda peminat nasi lemak wajib datang sini. Nasi Lemak Mak Lang antara nasi lemak yang popular di Pulau Langkawi. Menariknya di sini kita boleh pilih lauk mengikut citarasa kita dan paling best mereka menyajikan pelbagai pilihan lauk yang sedap.
Kini mereka telah membuka satu lagi cawangan di Pekan Kuah menjadikan ia cawangan kedai yang kedua.
Lokasi: Jalan Ulu Melaka, Kampung Bukit Hantu, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 6 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/nasilemakmaklang/
3. Ulu Melaka Kopitiam – kedai makan
Tempat makan best untuk sarapan di sekitar Pulau Langkawi anda boleh cuba Ulu Melaka Kopitiam. Ada bnyak pilihan makanan untuk di pilih antaranya nasi lemak, roti canai, roti bakar, English Breakfast, spaghetti dan banyak lagi.
Suasana makan di sini tenang dan memang selesa kalau nak bawa satu family pun boleh.
Lokasi: Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 7.30 pagi sampai 1 tengah hari.
4. Rumah Makan Mahsuri – kedai makan
Pulau Langkawi popular dengan kisah lagenda Mahsuri. Tak hairan lah mana saja anda pergi di Langkawi semuanya menggunakan nama dan konsep dari kidah tragis Mahsuri. Kedai makan sarapan pagi satu ini iaitu Rumah Makan Mahsuri menggunakn konsep tradisional dengan makanan dari resepi asal orang dulu. Kalau datang sini memang terimbau zaman dahulu.
Menu makanan di sini agak banyak dan semuanya mendapat pujian sedap dari pelanggan yang pernah datang. Anda jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini jika melancong ke Pulau Langkawi.
Lokasi: Lot 2805-1,Kg kenyum, Mukim Ulu Melaka, 07000, Langkawi, Langkawi, Malaysia
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/RUMAHMAKANMahsuri/
5. Roti Canai Terlajak Sedap – kedai makan
Datang langkawi tapi nak cari roti canai yang sedap? mesti lah di kedai makan Roti Canai Terlajak Sedap. Di sini ada banyak pilihan roti canai dan semuanya menarik. Menu roti yang paling laris Roti Canai Sarang Burung. Mereka akan hidangkan sekali dengan telur dua biji dan lauk daging masak lada. Kombinasi lauk ini dengan roti memang berbaloi.
Nak datang ke kedai pula senang saja. Kedai ada di tepi jalan Kampung. Selamat mencuba!
Lokasi: Lot 108, Jalan Perana, Kampung Yooi, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/RotiCanaiTerlajakSedap/
6. Kopi Kampung – kedai makan
Nama pun Kopi Kampung mestilah air kopi kampung mereka paling popular. Peminat kopi anda wajib cuba. Rasa kopi mereka memang best dan di beri 2 keping biskut boleh cicah makan sekali. Selain itu ada lontong, pulut ikan masin, mee goreng, makanan western, pek nga dan banyak lagi.
Selalu hujung minggu atau cuti sekolah orang mesti ramai. Tapi jangan risau tempat letak kenderaan banyak dan tempat makan juga luas serta selesa.
Lokasi: Jalan chandekura kampung bukit lembu langkawi Chandekura, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/kopi kampung
7. Roti Canai Sarang Burung – kedai makan
Jom cuba tempat makan best untuk sarapan pagi di Pulau Langkawi iaitu di Roti Canai Sarang Burung yang terletak di Sungai Cenang. Kini ia menjadi satu tempat makan untuk sarapan dan lepak baru. Anda boleh makan dan santai sambil menghadap ke laut. Kena pula waktu pagi boleh tengok bot nelayan yang mula turun ke laut.
Memang best kalau datang sini ramai – ramai dengan kawan atau family. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba pengalaman sarapan pagi cara baru.
Lokasi: Lot 5,6&7, Kuala Sungai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 7.30 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/RotiCanaiSarangBurung/
8. Smiling Buffalo – restoran
Untuk rasakan kelainan sarapan pagi, jom kita cuba di restoran Smiling Buffalo. Tempat ini memang terkenal oleh warga Langkawi dan pelancong sendiri. Kerana setiap sudut restoran sangat cantik dengan seni bina restoran yang menarik memang kena cuba.
Makanan di sini ada untuk makan pagi smpai makan malam. Untuk sarapan pagi ada menu seawal pukul 8 pagi. Menu makanan sangat menarik dengan pelbagai pilihan yang ada.
Lokasi: 965, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi hingga 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Smilingbuffalocafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 tempat makan best untuk sarapan di Pulau Langkawi. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Langkawi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!