13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Negeri Sembilan

2024-06-24

13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Negeri Sembilan| Tempat Makan Best – Negeri Sembilan terkenal dengan adat Minangkabau. Banyak struktur bangunan dan rumah di sini mengikut adat ini. Ramai pengunjung dari luar dan dalam datang ke negeri ini. Selain itu, mereka juga banyak beriadah di Port Dickson.

Jika datang ke Negeri Sembilan, rutin harian yang paling penting mestilah ambil sarapan pagi. Alang – alang anda di sini jom cuba pengalaman baru dengan terokai tempat makan best untuk sarapan pagi di sekitar Negeri Sembilan. Setiap tempat makan ini sangat best dan menarik untuk di cuba.

Dalam artikel ini, saya akan bantu anda dengan senaraikan beberapa tempat makan best untuk sarapan pagi di negeri sembilan. Selamat merancang perjalanan anda!

1. Kafe Kampung Kaw – kedai makan

Berada di Port Dickson, Kafe Kampung Kaw memang popular dalam kalangan pelancong dan penduduk setempat. Mereka menawarkan makanan sarapan pagi dengan pelbagai pilihan menu. Memang tak tahu nak pilih apa sebab semuanya sedap. Tapi kalau datang wajib cuba makanan yang menjadi best seller iaitu Nasi Lemak Ayam dan Bihun Soto.

Tempat letak kenderaan memang luas jadi tak perlu risau kalau datang ramai – ramai. Kafe juga cantik dengan hiasan yang ada boleh lah ambil gambar lepas makan untuk simpan sebagai kenangan nanti.

Kredit Imej: Kafe Kampung Kaw
Kredit Imej: Rashid Rashidee

Lokasi: Jalan Hj Sirat, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson, Malaysia

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi sampai 2.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kafekampungkaw

2. Warung BamBam – kedai makan

Di buka sejak tahun 2006, Warung BamBam menjadi kedai makan sarapan pagi yang disukai warga Negeri Sembilan sendiri. Setiap hari mesti ramai yang datang. Kalau lewat mesti kena beratur panjang untuk order. Tapi jangan risau tempat duduk banyak disediakan dan dapat tampung semua.

Tips untuk anda yang pertama kali nak cuba di Warung BamBam, anda mesti datang seawal boleh supaya dapat lebih cepat.

Kredit Imej: Warung BamBam
Kredit Imej: Warung BamBam
Kredit Imej: Warung BamBam

Lokasi: No 95, Kampung Chedang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/warungbambam/

3. Coffee & Dreams – restoran

Tempat makan best untuk sarapan pagi selain di warung anda boleh berkunjung ke Restoran Coffee & Dreams. Mereka menyajikan pelbagai pilihan menu dari makanan lokal sampai makanan ala barat. Paling best adalah minuman coffee. Barista di sini memang berpengalaman dalam brew dan latte art. Paling best coffee mereka menggunakan biji kopi yang premium menjadikan air mereka sedap dan sempurna dengna rasa.

Untuk pengetahuan semua, restoran ini telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Maka lepas ini tak perlu ragu lagi memang diyakini halal.

Kredit Imej: Coffee & Dreams
Kredit Imej: Coffee & Dreams

Lokasi: 199, Jalan S2 B14, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 8 pagi sampai 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://coffeeanddreams2.com/

4. Ruang Damai Cafe – kafe

Dengan menggunakan konsep tradisional mereka menyajikan pelbagai pilihan menu makanan dari makanan tradisional sampai makanan warisan orang Negeri Sembilan. Tempat makan best ini sangat sesuai untuk warga emas sarapan pagi di sini. Ruang makan yang selesa dengan makanan yang sedap sangat di cadangkan oleh pelanggan lain yang pernah hadir.

Rugi kalau datang ke Negeri Sembilan tapi tak cuba makan di Ruang Damai Cafe.

Kredit Imej: Ruang Damai Cafe
Kredit Imej: Ruang Damai Cafe

Lokasi: Jalan Forest Heights 7, Taman Tan Chee Hoe, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 8 pagi sampai 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/RuangDamaiCafe/

5. D’PANGKiN Kitchen and Garden – kedai makan

Mahu sarapan pagi dengan vibe kampung? Anda wajib datang ke D’PANGKiN Kitchen and Garden. Seni bina kedai dan dekorasi mereka memang cantik dengan vibe seperti dalam taman. Banyak pokok bunga yang menghijau warnai kedai ini.

Untuk makanan pula anda kena cuba Lontong. Rata – rata customer yang pernah datang akan ulang datang untuk mencuba menu Lontong. Untuk rasai pengalaman baru jangan lepaskan peluang ini.

Kredit Imej: D’PANGKiN Kitchen and Garden
Kredit Imej: D’PANGKiN Kitchen and Garden
Kredit Imej: D’PANGKiN Kitchen and Garden

Lokasi: Lot 1564, Kampung Bukit Kadir, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu. Dari pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/D’PANGKiNKitchenandGarden/

6. Akasia by Kerongsang Emas – kedai makan

Tempat makan best untuk sarapan pagi di sini iaitu di Akasia by Kerongsang Emas. Apa yang menarik di sini? Anda boleh dapat pengalaman baru iaitu makan di dalam dusun buah. Bila anda datang ke sini memang terasa vibe dan suasana seperti berada di zaman dahulu. Dengan dekorasi dan hiasan di setiap sudut kedai sangat cantik.

Di sekeliling kedai pula anda boleh lihat pelbagai jenis pokok buah – buahan dan pokok bunga yang cantik. Ini menjadi satu pengalaman baru bila datang bersama kawan dan keluarga.

Kredit Imej: Akasia by Kerongsang Emas
Kredit Imej: Norhana. Napiah

Lokasi: lot 707, batu 6 1/2, jalan seremban – jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu, Khamis dan Jumaat dari 8 pagi sampai 12 tengah hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/AkasiaByKE/

7. TokMatt Kopitiam – kedai makan

Satu lagi tempat best untuk sarapan pagi iaitu di TokMatt Kopitiam. Seperti kopitiam lain, pilihan makanan di sini memang banyak. Kombinasi yang di sukai ramai oleh customer yang pernah datang adalah nasi lemak dengan secawan kopi.

Ruang makan jangan risau ada banyak kerusi meja untuk semua. Tempat pula cantik dengan hiasan dari barang antik yang di susun di dinding kedai. Jangan lupa sebelum balik ambil gambar dulu.

Kredit Imej: Hazizul Md Dom
Kredit Imej: Airiza Norman

Lokasi: Jln Jelebu, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7.30 pagi sampai 11.30 pagi.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kopitiamstyle/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best untuk sarapan di Negeri Sembilan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Negeri Sembilan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular