13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Kuantan, Pahang

2024-06-20

13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Kuantan, Pahang| Tempat Makan Best – Rugi kalau ada di Kuantan Pahang tapi tak pernah cuba sarapan pagi di sini. Malah orang Kuantan sendiri mesti tak banyak yang kenal dengan temapat makan yang best untuk sarapan pagi.

Untuk pengetahuan anda, mengambil sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan anda terutama yang sedang diet. Oleh itu, untuk mulakan hari anda dengan baik jangan lupa untuk cuba tempat makan best untuk sarapan di sekitar bandar Kuantan.

Berikut adalah tempat – tempat yang wajib anda cuba.

1. Gerai Achik Patta – kedai makan

Kedai di buka seawal 7 pagi bagi memudahkan orang ramai untuk dapatkan makan pagi. Selalu hujung minggu mesti ramai orang. Tapi jangan risau ruang makan luas dan boleh tampung semua. Apa yang menarik di sini?

Mereka menawarkan banyak pilihan dalam menu makanan. Ada nasi lemak berlauk, mee goreng, mee kuah, pelbagai pilihan roti canai, kuih muih dan banyak lagi. Yang penting di sini semuanya sedap dengan harga yang berpatutan.

Kredit Imej: Han T
Kredit Imej: Han T

Lokasi: Kampung Teluk Baharu, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 7 pagi sampai 5 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/GeraiAchikPatta/

2. Kedai Makan Ah Lee & Rakan-Rakan – kafe

Port sarapan dan lepak baru di Kuantan iaitu Kedai Makan Ah Lee & Rakan-Rakan. Konsep kafe ini minalis dan yang paling best makanan di sini ada banyak variasi. Selain dari makanan Melayu, ada juga makanan barat dan pastry. Untuk peminat Croissant iaitu roti pastry yang selalu viral di sosial media ada di sini. Ada banyak pilihan rasa dan semuanya murah. Sangat – sangat berbaloi.

Untuk pelajar yang ada berhampiran ajak ramai kawan untuk datang ke sini iaitu hanya di Kedai Makan Ah Lee & Rakan-Rakan.

Kredit Imej: Kedai Makan Ah Lee & Rakan-Rakan
Kredit Imej: Kedai Makan Ah Lee & Rakan-Rakan

Lokasi: 1, Jalan Dato’ Wong Ah Jang, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari pukul 7 pagi sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/ah.lee.mrs/

3. Kuantan Pickers & Kedai Kopi – kafe

Satu lagi tempat makan best untuk sarapan pagi di Kuantan, Pahang adalah di Kuantan Pickers & Kedai Kopi. Konsep kedai ini seperti zaman 90’an. Anda boleh lihat banyak barang – barang antik menjadi hiasan di sekeliling  kedai.

Untuk makanan pula boleh tahan banyak pilihan untuk dipilih dan semunya nampak menarik. Namun ramai pelanggan yang pernah datang akui menu yang paling best dan wajib anda cuba iaitu air kopi. Sinonim dengan nama kedai sendiri.

Kredit Imej: Jalan – jalan cari makan di Kuantan
Kredit Imej: Jalan – jalan cari makan di Kuantan
Kredit Imej: Jalan – jalan cari makan di Kuantan

Lokasi: 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 7.30 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kuantanpickers/

4. Warung Bay Route – kedai makan

Ada peminat kuih bakar labu? Sini lah tempatnya di Warung Bay Route. Kuih ini akan di bakar segar hari – hari untuk anda semua. Selain kuih ini ada banyak lagi makanan lain antaranya Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksam, mee dan banyak lagi.

Jom kita ramai – ramai singgah sini untuk sarapan pagi di Kuantan, Pahang.

Kredit Imej: Am
Kredit Imej: Am

Lokasi: 10, Lorong Bukit Bay Route 23, Taman Permai, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 7 pagi sampai 5 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Warung Bay Route/

5. Kedai Kopi Abi Baba – kafe

Ini lah yang best dekat Kuantan yang ramai masih tidak tahu. Di Kuantan, banyak kedai makan yang estetik dan cantik untuk di cuba. Antara yang unik iaitu di Kedai Kopi Abi Baba. Menariknya tentang kedai ini adalah konsep mereka seperti kedai kopi zaman dulu. Dengan susun atur dan hiasan yang digunakan menjadikan vibe kafe sangat tenang.

Bukan itu saja, kedai ini jadi lebih best sebab sajikan makanan Melayu dan Cina. Jangan risau semuanya halal. Makanan ini semua cukup rasa dan berbaloi dengan harga.

Kredit Imej: Hisham Said
Kredit Imej: Haji D
Kredit Imaj: Kedai Kopi Abi Baba

Lokasi: Perkampungan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi hingga 11.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Kedaikopiabibaba/

6. 1940 Kopitiam – kedai makan

Tempat makan best untuk sarapan pagi yang popular di sekitar Jalan Besar Kuantan, Pahang antaranya di 1940 Kopitiam. Kedai ini popular kerana reka bina kedai sangat unik menjadikan kafe ini ada vibe tenang dan selesa. Tempat duduk banyak dan ruang makan pula sangat luas.

Setiap sudut kafe sangat cantik. Lepas makan boleh lah bergambar dulu untuk buat kenangan nanti.

kredit imej: Hor Leong Loh
Kredit Imej: 1940 Kopitiam
Kredit Imej: Derek

Lokasi: 39, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 8 pagi hingga 2.45 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/1940kopitiam/

7. Warong Papan – kedai makan

Satu kedai tapi banyak pilihan makanan. Tempat makan satu ini memang meriah dengan makanan. Seawal pukul 7 pagi anda dah boleh pesan ais kacang memang menarik kan. Menu lain seperti nasi, mee roti juga ada.

Kedai ini hanya di bina guna papan kayu tapi masih cantik dan menarik. Servis layanan juga baik dan sangat laju ja dapat makan. Jangan lupa singgah sini kalau anda datang melancong ke Kuantan.

Kredit Imej: Warong Papan
Kredit Imej: Mad Izam Isma

Lokasi: E 14, Jalan Kampung Tengah, Kampung Darat Makbar, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin Dari 7 pagi hingga 2.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/warongpapan/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best untuk sarapan di Kuantan, Pahang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuantan, Pahang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain