13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Kuala Terengganu

2024-06-24

13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Kuala Terengganu| Tempat Makan Best – Kuala Terengganu adalah sebuah ibu negeri yang kaya dengan budaya dan adat. Banyak tempat menarik untuk di kunjungi. Bukan itu saja, Kuala Terengganu juga terkenal sebagai syurga makanan.

Banyak tempat makan yang terkenal dan viral ada di sini. Jika anda merancang untuk datang ke Kuala Terengganu saya akan bantu anda merancang perjalanan.

Berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best untuk sarapan di Kuala Terengganu yang dapat bantu and sepanjang anda berada di Kuala Terengganu.

1. Adil Roti – kedai makan

Kredit Imej: Adil Roti
Kredit Imej: Adil Roti

Tempat makan best untuk sarapan pagi di Kuala Terengganu ada banyak. Tapi satu ini paling tenang. Adil Roti popular dengan menu roti canai mereka yang pelbagai dan sedap. Ramai orang Terengganu sanggup datang jauh ke sini untuk dapatkan roti mereka.

Kalau hujung minggu atau musim cuti sekolah memang orang ramai. Tapi jangan risau tempat letak kenderaan luas dan mampu untuk tanggung semua.

Lokasi: Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7.45 pagi hingga 12.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/adilroti/

2. Kedai Cik Ngah No. 2 – kedai makan

Kredit Imej: Kedai Cik Ngah No. 2
Kredit Imej: Kedai Cik Ngah No. 2
Kredit Imej: Solehah Zakaria

Kalau anda mahu rasakan makanan warisan Terengganu sini tempatnya. Kedai Cik Ngah No. 2 amat popular dengan kuih kuih tradisional mereka yang pelbagai. Selain itu, roti bakar di sini juga popular dalam kalangan warga Kuala Terengganu. Ini kerana roti di bakar menggunakan bara api. Bila makan bersama air kopi memang best.

Jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba pelbagai kuih muih warisan mereka.

Lokasi: Jalan Kota Bharu, Kampung Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 7.30 pagi sampai 12.30 petang.

3. Kedai Nasi Dagang Kubang Badak – kedai makan

Kredit Imej: Nobel Aqualdo

Datang ke Terengganu tapi tak makan Nasi Dagang memang tak sah. Tempat makan best untuk sarapan yang menyediakan menu nasi dagang ada di Kedai Nasi Dagang Kubang Badak. Menariknya tentang kedai ni, mereka menghidangkan pelbagai masakan untuk makan bersama nasi dagang seawal 7 pagi.

Selain nasi dagang ada juga menu sarapan yang lain seperti roti canai, nasi lemak, nasi minyak, nasi kuning dan banyak lagi. Semua makanan di sini menarik dan sedap. Tapi paling penting berbaloi dengan harga.

Lokasi: 57, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 7 pagi sehingga 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/kedainasidagangkubangbadak/

4. Suerasa Nasi Kerabu – kedai makan

Kredit Imej: Lena Ng Mun Yee
Kredit Imej: Izza Mansor
Kredit Imej: Mahaj Rahmi

Nak sarapan makan nasi kerabu? Suerasa Nasi Kerabu mula operasi seawal 6.30 pagi lagi. Sebelum masuk kerja boleh singgah untuk makan di sini. Orang Kuala Terengganu mesti dah kenal dengan kedai satu ini. Mereka popular kerana banyak pilihan lauk yang disediakan untuk makan bersama nasi kerabu.

Paling best nasi kerabu daging bakar. Rasa nasi dengan campuran ulam dan rasa kuah budu memang memikat. Mereka juga menerima tempahan. Tapi mesti tempah lebih awal.

Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 6.30 pagi sampai 1 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/suerasanasikerabu/

5. Kopi & Roti Vietnam – kedai makan

Kredit Imej: Kopi & Roti Vietnam
Kredit Imej: Kopi & Roti Vietnam

Jom rasakan kelainan sarapan pagi. Selalu ambil nasi lemak ataupun roti canai. Kali ini kita cuba sarapan ala Vietnam pula. Di Kopi & Roti Vietnam, menu yang paling popular roti vietnam mereka yang di beri bersama kari ayam yang pekat dan rasa kari sempurna. Memang sedap bila makan pula dengan roti vietnam.

Menu lain seperti mee vietnam dan vietnam roll pun ada sekali. Kalau datang jangan lupa ajak ramai – ramai baru meriah. Ruang makan luas dan banyak jangan risau.

Lokasi: PT 3564B Kampung Masjid Raja, Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 8 pagi sampai 1 tengah hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/KopiRotiVietnam/

6. Kedai Kopi Buruk – kafe

Kredit Imej: Kedai Kopi Buruk
Kredit Imej: Kedai Kopi Buruk
Kredit Imej: Allie Yee

Kafe ini menggunakan konsep klasik dalam rekaan dan dekorasi kedai. Banyak barang – barang antik yang dipamerkan di dinding kafe. Kebanyakkan barang antik ini susah nak cari sekarang.

Selain itu, makanan di sini memang mengamit kenangan. Rasa seperti zaman dulu makan pagi di kedai kopi. Menu di sini semuanya makanan orang lama ada juga makanan lama tapi telah di modenkan untuk diterima oleh generasi hari ini.

Lokasi: 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/KedaiKopiBuruk/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best untuk sarapan pagi di Kuala Terengganu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuala Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain