13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan di Kuala Lumpur|Â Tempat Makan Best – Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota Malaysia menjadi sebuah bandar pelancongan yang terkenal. Ramai pengunjung yang datang akan datang lawati Bandaraya Kuala Lumpur.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu di Kuala Lumpur ada banyak tempat makan best untuk sarapan pagi. Mencuba tempat makan untuk sarapan pagi boleh menjadi satu aktiviti yang menarik untuk pengunjung yang datang ke Kuala Lumpur.
Untuk bantu anda merancang perjalanan anda, saya akan senaraikan beberapa tempat makan best untuk sarapan yang ada sekitar Kuala Lumpur.
1. Kak Som, Pantai timur – kedai makan
Jika anda peminat selera Pantai Timur jangan lepaskan peluang untuk cuba makanan di sini. Kak Som, Pantai timur menayajikan pelbagai makanan dari pantai timur seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, laksam dan banyak lagi. Kuih muih dan pencuci mulut juga ada di sini.
Kalau anda anak perantauan dari pantai timur yang rindukan masakan dengan resepi original yang lupa untuk singgah di sini. Selain makanan sarapan pagi malah ada juga makanan makan tengah hari dan makan malam.
Lokasi: 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 2 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Kaksomkgbharu/
2. TGSK Kuala Lumpur – kedai makan
Kedai makan dengan konsep warisan dalam taman. Iaitu makanan warisan yang di makan dalam Taman. Kedai ini terletak di dalam Taman Ampang Indah.
Suasana tempat makan ini rasa tenang ja dengan bunga dan pokok yang menghijau sekeliling. Kalau hujung minggu nak tenangkan fikiran dari sibuk kerja lagi best kalau datang ke sini. Satu lagi jangan lupa order Tempe Goreng mereka. Ia adalah hidangan yang menjadi ‘signature’ di sini. Untuk pengetahuan anda, nama panjang dari singkatan TGSK adalah Tempe Goreng Sambal Kicap. Jadi tak hairan lah tempe goreng mereka paling sedap.
Lokasi: Lot 6557, Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin, Selasa dan Rabu. Kedai buka dari pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/tgsk.kl/
3. Hening – restoran
Tempat makan best untuk sarapan pagi kali ini di Restoran Hening. Walaupun ia restoran namun makanan di sini semuanya makanan tradisional dengan resepi orang lama. Pilihan menu di sini pula memang banyak. Boleh rambang mata nak pilih.
Restoran ini asalnya rumah bungalow tapi kini di ubah suai sebagai sebuah restoran yang menarik. Setiap sudut cantik untuk ambil gambar.
Lokasi: Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/HeningRestaurant/
4. Banglo 289 – restoran
Makan di sini memang best. Mereka sediakan tempat duduk indoor dan juga outdoor. Anda boleh pilih ikut keselesaan anda.
Rata – rata pelanggan yang pernah datang suka dengan nasi lemak di sini. Selain itu suka dengan tempat makan ini kerana mereka menawarkan banyak pilihan makanan sehingga pilihan kuih muih. Rugi kalau anda ada di Kuala Lumpur tapi tak pernah singgah di restoran Banglo 289.
Lokasi: 289, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Dari pukul 7 pagi sampai 11.30 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/banglo289/
5. Warung Pak Tam Kita – kedai makan
Orang Ampang mesti dah kenal dengan Warung Pak Tam Kita. Spesialnya di sini mereka menjual makanan warisan dari negeri Kedah. Antara menu yang wajib cuba nasi lemak royal iaitu nasi lemak warna kuning dan di makan bersama pelbagai lauk ikut citarasa anda.
Selain nasi lemak roti canai dan pek nga juga ada. Semua makanan ini di masak dengan menggunakan resepi asal orang kedah. Memang layan!
Lokasi: Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/warungpaktamkita/
6. BreakfasT.Co – kedai makan
Makanan barat tapi tepi jalan. BreakfasT.Co menyajikan pilihan menu makanan barat. Kalau anda sudah bosan dengan nasi lemak dan roti canai cubalah cara baru untuk sarapan pagi.
Di sini ada pelbagai makanan sarapan pagi ala English Style. Paling popular Bagel Burger dengan Pullbeef. Makanan lain juga ada, jangan risau walaupun makanan barat tapi masih citarasa Malaysia.
Lokasi: Serasa Garden, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/breakfast.co/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best untuk sarapan di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuala Lumpur ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!