13 Tempat Makan Best Untuk Sarapan Di Ipoh, Perak| Tempat Makan Best – Ipoh merupakan ibu negeri Perak. Tidak hairan lah kalau setiap tahun ramai yang berkunjung ke sini. Bandar ipoh juga terkenal dengan seni bina bangunan zaman kolonial dan tempat makan yang viral.
Untuk artikel kali ini, saya akan ceritakan untuk anda semua tempat menarik untuk sarapan pagi yang ada di sekitar bandar Ipoh, Perak.
1. Suhaimi Cafe – kafe
Orang Ipoh mesti ramai kenal kafe ini. Mereka dah lama beroperasi di Jalan Kledang Raya 22 di Ipoh Perak. Kini mereka telah berjaya buka cawangan kedua iaitu di Pekan Lama Ipoh. Kafe ini popular dengan menu sarapan pagi yang menarik. Paling popular nasi lemak gulai ayam dan mee kari menjadi pilihan ramai.
Hujung minggu mesti ramai orang. Tapi jangan risau ruang makan luas dan selesa.
Lokasi: 11, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff, 30100 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Dari pukul 7.45 pagi hingga 12.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/suhaimicafe/
2. Mee Kari Wan (Kak Yah) – kedai makan
Ada peminat mee kari? Mesti best kalau dapat mee kari yang di masak sempurna dengan rempah yang melazatkan lagi hidangan. Hanya di Mee Kari Wan atau lebih dikenali sebagai Mee Kari Kak Yah. Mereka telah lama operasi sejak tahun 1978 lagi. Kini resepi asal diturun temurun sampai generasi sekarang.
Ini antara sebab kenapa Mee Kari Wan masih mendapat permintaan yang tinggi. Rugi kalau datang ke Ipoh tapi tak cuba mee kari.
Lokasi: Laluan Jelapang Selatan 1, Kampung Tengku Husin Hujong, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 7 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Meekariwan/
3. Salmah Kopitiam – kedai makan
Kalau datang Perak wajib makanan warisan mereka iaitu Nasi Lemuni. Nasi yang yang masak dengan lauk ‘lemuni’ iaitu sejenis daun herba yang berwarna ungu dan hijau. Khasiat daun ini memang banyak. Satu tempat makan best untuk sarapan pagi di Ipoh Perak yang menyediakan menu nasi lemuni ada di Salmah Kopitiam.
Nasi Lemak Lemuni antara menu yang paling laris. Di makan pula bersama sambal yang pecah minyak memang best. Anda jangan lepaskan peluang ini mesti datang ke Salmah Kopitiam.
Lokasi: 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 8 pagi sampai 12.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Salmah_kopitiam/
4. Food & Wood Craft – kedai makan
Keseluruhan kafe di bina menggunakan kayu yang menampakkan vibe zaman dulu. Konsep makan di sini seperti vendor satu tempat tapi ada banyak gerai yang berlainan tuan. Kalau datang sini memang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Mereka ada banyak pilihan makanan dan semuanya menarik.
Lepas kenyang makan boleh lihat hasil – hasil binaan kayu yang di jual oleh pemilik kedai ini. Kalau ada yang berminat boleh buat tempahan dengan mereka.
Lokasi: Lot 104, Jln. Jelapang, 31200 Chemor, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari 7 pagi sampai 1 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/FoodWoodCraftCafe/
5. Allongs, Warong Ipoh Lontong – kedai makan
Satu lagi tempat makan best untuk sarapan pagi di Ipoh Perak iaitu di Allongs, Warong Ipoh Lontong. Kedai ini menyediakan pelbagai makanan sarapan pagi yang menarik. Antara menu yang wajib cuba kalau singgah sini mestilah Lontong. Rata – rata pelanggan yang pernah datang ramai yang puji lontong di sini paling best. Ada juga yang sanggup ulang datang hanya untuk dapatkan masakan ini.
Untuk orang Ipoh yang masih belum tahu dan kepada orang lain yang ingin berkunjung ke bandar Ipoh, boleh ajak ramai kawan dan family untuk sarapan pagi di Allongs, Warong Ipoh Lontong.
Lokasi: 24, 1, Pesara Ipoh 1, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 7.45 pagi sampai 1 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/allongslontong/
6. Kedai Kopi Yeop – kafe
Kedai sarapan pagi di Ipoh yang menggunakan konsep kedai kopi klasik ada di Taman Meru Ipoh Perak. Menariknya di sini, walaupun di buka seawal 7.30 pagi namun kedai ada hidangkan banyak pilihan makanan. Paling di sukai nasi goreng udang. Untuk menjaga kualiti makanan di sini, mereka gunakan jenis udang yang segar dan size yang besar. Memang best makanan di sini.
Ruang makan luas dan banyak di sediakan. Boleh lah datang bersama kawan lepas ini.
Lokasi: 22, Persiaran Taman Meru 14, Taman Meru, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari kecuali Selasa dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Kedaikopiyeop/
7. RPS Corner – kedai makan
Selalu kalau sarapan pagi ja mesti nasi lemak dengan roti canai, kali ini jom cuba makanan Chineese Food. Jangan risau pemilik kedai ini muslim dan mereka menghidangkan makan untuk makan pagi dan makan tengah hari. Untuk makan pagi ada banyak pilihan makanan chineese food yang menjadi pilihan ramai. Antaranya menu yang wajib anda cuba Mee Wantan kicap, Wa Tan Ho, Chee Cheong Fun dan banyak lagi.
Kalau mahu kelainan untuk sarapan pagi, anda mesti lah cuba di RPS Corner.
Lokasi: Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 8 pagi hingga 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Rpscorner/
8. 22.Kedai Cikgu – kedai makan
Tempat makan best untuk sarapan pagi di Ipoh kali ini menggunakan konsep English Style dimana semua makanan mereka ala makanan barat. Setiap makanan di sini sedap dengan harga yang berpatutan. Kalau tak nak makanan ala English jangan risau makanan melayu pun ada. Nasi lemak di sini memang layan dengan sambal yang cukup rasa di makan pula bersama lauk lain sangat berbaloi untuk di cuba.
Anda yang berada berdekatan boleh singgah makan disini untuk sarapan pagi sebelum masuk ke tempat kerja. Ini kerana mereka buka awal seawal 7 pagi lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba pengalaman sarapan pagi ini.
Lokasi: 22, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 7 pagi sampai 12.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/22KedaiCikgu/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 tempat makan best untuk sarapan pagi di Ipoh Perak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Perak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!