13 Tempat Makan Best Sarapan Pagi di Melaka

2024-06-19

13 Tempat Makan Best Sarapan Pagi di Melaka| Tempat Makan Best – Melaka adalah sebuah kota bersejarah yang kaya dengan artifak dan peninggalan seni bina yang mengagumkan. Negeri ini juga amat popular dengan makanan viral mereka yang disukai ramai dari pelbagai negeri. Antaranya warung asam pedas, coconut shake, avocado shake, kuih keria dan banyak lagi. Jadi tak hairan lah kalau hujung minggu atau ‘Public Holiday’ mesti ramai orang.

Namun, bukan ada makanan viral saja malah ada beberapa tempat makan best untuk sarapan pagi di Melaka. Kalau anda juga merancang ke negeri Melaka saya akan bantu anda senaraikan tempat makan best untuk sarapan pagi di sini.

1. Warung Fadeha – kedai makan

Kedai makan sarapan pagi yang ada banyak pilihan menu untuk di pilih. Warung Fadeha bukan hanya popular dalam kalangan kaum Melayu saja malah ramai juga kaum Cina dan India datang ke sini. Apa yang menarik sangat di Warung Fadeha?

Antara menu yang popular adalah roti canai bersarang. Roti canai yang di makan dengan telur separuh masak dan lauk di atas. Sekali makan mesti anda akan suka. Yang uniknya di Warung ini mereka juga ada beberapa menu lain yang di olah sendiri seperti roti canai peperoni yang rasa hampir sama seperti pizza. Anda wajib datang dan cuba sendiri.

Kredit Imej: Warung Fadeha
Kredit Imej: Warung Fadeha
Kredit Imej: Warung Fadeha

Lokasi: 5J1, Jalan Seri Mangga 6, Taman Seri Mangga, 75250, Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dari 6.30 pagi sampai pukul 1 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/Warongfadeha/

2. Warong Teh Madu Bard – kedai makan

Tempat makan best untuk sarapan pagi di Melaka boleh cuba Warong Teh Madu Bard. Kalau dah nama pun Teh mesti lah minuman yang popular dan wajib anda cuba adalah air Teh Ais Madu. Buih teh sampai melimpah – limpah dengan air yang cukup pekat dan rasa manis madu memang buat anda teringat.

Untuk makanan pula anda mesti order Nasi Ayam Cincang. Nasi putih yang dihidangkan bukan nasi biasa, ia dimasak dengan 7 rempah rahsia. Gabungan 2 menu pilihan ini memang layan.

Kredit Imej: Warong Teh Madu Bard
Kredit Imej: Warong Teh Madu Bard

Lokasi: Lebuh SPA, Kawasan Perindustrian Krubong, 75260 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 7.30 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/warongtehmadubard/

3. Pekan Kopi – kedai makan

Kalau anda cari tempat makan best untuk sarapan pagi di Melaka saya sarankan untuk datang ke Pekan Kopi. Kedai ini menggunakan konsep seperti kedai kopi melayu zaman dulu. Tempat luas dan banyak sangat pilihan makanan dan minuman. Makanan semuanya murah dan sedap memang berbaloi dengan harga. Nasi Lemak seringgit pun ada.

Bukan makanan melayu ja ada malah makanan ala barat pun ada. Boleh ajak ramai kawan dan family untuk datang bersama sarapan di Pekan Kopi.

Kredit Imej: Pekan Kopi
Kredit Imej: Pekan Kopi

Lokasi: 1103, Jalan Limbongan, Pekan Klebang, 75200 Melaka

Waktu Operasi: di buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/pekankopi/

4. Qali Grill – kedai makn

Port makan sarapan pagi dengan konsep Aloha hanya ada di Bukit Katil, Melaka. Hiasan kedai memang cantik dengan vibe rasa macam di Hawaii. Menariknya kedai ini di buka seawal 8 pagi dan tutup malam. Ada pelbagai menu menarik untuk sarapan pagi di sini. Namun rata rata pelanggan yang pernah datang akan mencadangkan menu mee kari dan roti tampal.

Kalau anda nak rasakan suasana sarapan pagi yang lain dari biasanya mesti datang ke sini.

Kredit Imej: Qali Grill
Kredit Imej: Qali Grill
Kredit Imej: Qali Grill

Lokasi: no 15jalan puncak 2 melaka, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8 pagi sampai 10 malam. Tutup hari Isnin.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/QALIGRILLASIA/

5. Warong Onie Corner – kedai makan

Tempat makan best untuk sarapan di Melaka dengan menu yang ‘rare’. Kedai ni pernah viral sebelum ini di media sosial sebab menghidangkan menu sarapan pagi yang lain dari tempat lain. Peminat lamb shank dan gearbox wajib cuba sini. Mereka ada menu roti canai yang di makan dengan lamb shank dan juga gearbox ni. Rasa kuah kari memang  pekat sedap.

Suasana kedai ada vibe kedai lama. Ada banyak hiasan barang – barang lama di dinding kedai. Kalau datang Melaka tak singgah sini memang anda rugi.

Kredit Imej: Warong Onie Corner
Kredit Imej: Warong Onie Corner
Kredit Imej: Warong Onie Corner

Lokasi: 755, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Height, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 7 pagi sampai 3.30 tengah hari.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/warongoniecorner/

6. Sayyid Antique & Cafe – kafe

Kafe dengan menu sarapan pagi di Melaka ada di Sayyid Antique & Cafe. Hiasan dan dekorasi kafe memang cantik dan unik. Banyak barang antik yang di gantung dan menjadi perhiasan kedai. Banyak juga sudut menarik untuk ambil gambar.

Makanan di sini pula banyak pilihan dengan rasa yang sedap. Harga pula murah dan memang berbaloi untuk di cuba.

Kredit Imej: Sayyid Antique & Cafe
Kredit Imej: Sayyid Antique & Cafe
Kredit Imej: Sayyid Antique & Cafe

Lokasi: 74, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Rabu dan Khamis bermula dari 8 pagi sampai 2 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/SayyidAntiqueCafe/

7. P.M. Corner – kedai makan

Satu lagi tempat makan best untuk sarapan pagi di Melaka yang unik, sedap dan murah. Banyak pilihan makanan, ada roti canai, mee kari, mee kuah, roti bakar, roti john, kari kambing dan banyak lagi. Yang menjadikan tempat ini popular dalam kalangan orang Melaka kerana rasa yang sedap dan amat berbaloi dengan harga.

Jangan lupa singgah kalau anda datang ke sini.

Kredit Imej: P.M. Corner
Kredit Imej: P.M. Corner

Lokasi: 100Q, Lorong Pandan, Jalan Kesidang 2/24, Tmn Kesidang Sek.2, 75250 Malacca

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 7 pagi sampai 3 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/PMCORNERMELAKA/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best untuk sarapan pagi di Melaka. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Melaka ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular