13Â Tempat Makan Best Sarapan di Kota Bharu, Kelantan| Tempat Makan Best – Jika anda berkunjung ke negeri Kelantan, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Namun antara aktiviti itu, yang paling utama adalah mencari tempat makan best untuk sarapan pagi di Kota Bharu, Kelantan.
Untuk memudahkan pencarian anda, saya telah senaraikan beberapa tempat makan yang best untuk anda cuba di sekitar Kota Bharu. Selamat mencuba!
1. Lieniey Nasi Kerabu Tumis – kedai makan
Tak sah lah kalau datang Kelantan tapi tak cuba nasi kerabu. Masakan tradisional nasi kerabu kini telah menjadi antara makanan warisan Malaysia yang di sukai kebanyakkan rakyat Malaysia sendiri dari pelbagai negeri. Walaubagaimanapun, resepi original nasi kerabu dari Kelantan juga yang menjadi kesukaan.
Di Lieney Nasi Kerabu Tumis, popular dengan menu utama mereka iaitu nasi kerabu. Setiap cawangan mereka mesti penuh dan kena beratur panjang. Tapi anda jangan risau tempat duduk banyak dan cukup untuk semua.
Lokasi: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Lienieynasikerabutumis
2. Kedai Nasi Kak Wook – kedai makan
Selain Nasi Kerabu, Nasi Kak Wok juga berasal dari negeri Kelantan. Tak popular seperti Nasi Kerabu tapi ia ada peminat sendiri. Nasi Kak Wok adalah nasi putih yang di makan dengan ayam goreng kunyit bersama kuah gulai dan terung goreng. Untuk penambah perasa, di cicah dengan sambal belacan. Memang layan!
Di Kota Bharu, Kedai Nasi Kak Wook memang popular dengan menu ini. Ramai yang datang dari jauh semata – mata untuk cuba sendiri. Selain menu nasi ada juga banyak menu cucur dan kuih. Malah kuih tradisional orang lama pun ada.
Lokasi: Jalan Tengku Mohd Maasum, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi sampai 3 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/NasiKakWook/
3. Kopitiam Kita – restoran
Tempat makan best untuk sarapan di Kota Bharu mestilah di Kopitiam Kita. Restoran ini pernah viral di media sosial dan pernah masuk dalam rancangan television. Menu popular di sini Roti Titab. Tapi selain dari roti mereka juga popular dengan banyak pilihan makanan dan kuih.
Kalau datang sini memang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Nasi lemak banyak pilihan lauk, kuih muih, pulut dan pelbagai lagi. Banyak sangat kalau saya nak senaraikan satu satu. Jadi anda perlu datang dan cuba sendiri.
Lokasi:Â Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 6.30 pagi sampai 2.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/KopitiamKita/
4. Kedai Kopi White House – kedai makan
White House adalah sebuah kedai makan yang popular dengan air kopi mereka. Rata rata customer yang pernah datang mesti akan kembali lagi untuk cuba air kopi di sini. Reka bentuk kedai dengan hiasan di sini seperti kedai makan cina dari zaman 90 an. Nampak sangat klasik.
Makanan di sini juga tidak kurang hebatnya. Ada banyak pilihan dari nasi sampai ke kuih muih semua nya murah dan berbaloi dengan rasa yang sempurna.
Lokasi: 1329-L, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali jumaat dari 6.30 pagi sampai 1 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/kedaikopiwhitehouse/
5. Nasi Lemak Kopi ‘O’ – restoran
Restoran dengan menu sarapan pagi yang menggunakan tema klasik boleh di masukkan ke dalam senarai anda. Nasi Lemak Kopi ‘O’ menawarkan anda vibe zaman dulu dengan menu hidangan warisan negeri Kelantan. Namun yang menariknya di sini, mereka juga menawarkan menu warisan dari negeri lain seperti mee hoon soto, mee kuah, mee goreng mamak, laksa dan banyak lagi.
Ruang duduk sangat luas dan selesa. Ada tempat duduk indoor dan outdoor. Di dinding restoran pula nampak lihat mural yang cantik penuhi kawasan dinding. Boleh jadikan tempat untuk ambil gambar.
Lokasi: 341-Q, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 7 pagi sampai 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/nlko/
6. Edliee Kopitiam – restoran
Mahukan kelainan untuk sarapan pagi di Kota Bharu? Tempat makan best untuk sarapan pagi dengan vibe ala ‘English Style’ ada di Edliee Kopitiam. Restoran ini beroperasi untuk menu sarapan pagi serta di buka pula malam untuk menu makan malam.
Menu sarapan pagi di sini yang popular adalah set English Breakfast. Menu lain juga ada. Yang penting di sini semua sedap dan berbaloi dengan harga.
Lokasi: LOT 2145, Batu 5, Jalan Kuala Krai, Kampung Tunjung, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 7 pagi sehingga 2 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/edlieekopitiam/
7. Nasi Berlauk Mok Noh – kedai makan
Orang Kota Bharu mesti dah kenal tempat makan best satu ni. Menariknya di sini, mereka menyajikan pilihan nasi berlauk untuk sarapan pagi. Paling popular nasi dengan ayam goreng rempah yang panas makan bersama kuah gulai dan sambal belacan. Rasa kombinasi nasi ini memang sedap dan menjadi kesukaan warga Kota Bharu, Kelantan.
Kalau hujung minggu tempat ini selalu kena beratur. Tapi jangan risau tempat luas dan selesa. Kalau datang Kelantan jangan lupa singgah di Nasi Berlauk Mok Noh untuk sarapan pagi di Kota Bharu, Kelantan.
Lokasi: Lorong Merican, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Di buka setiap hari
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best sarapan pagi di Kota Bharu, Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!