13 Tempat Makan Best Sarapan di Shah Alam, Selangor| Tempat Makan Best – Jika datang ke Shah Alam, Selangor, sarapan pagi telah menjadi rutian harian yang mesti di lakukan. Banyak sebenarnya tempat makan best untuk sarapan pagi di sekitar Shah Alam.
Setiap tempat makan ini ada keunikkan sendiri yang dapat menjadi tarikan untuk pelancong yang melawat Selangor. Memang rugi lah kalau datang Selangor tapi tidak cuba semua tempat ini.
1. Pak Li Kopitiam – restoran
Kalau nama pun kopitiam mestilah mereka ada banyak sajian makanan untuk pelanggan yang hadir. Pak Li Kopitiam yang terletak di Shah Alam 7 memang popular dalam kalangan warga Selangor. Ini kerana rasa setiap makanan mereka di masak menggunakan resepi original dan ini telah menambah sedap dalam masakan.
Dengan harga yang murah dan berbaloi untuk di cuba. Malah ruang makan juga luas dan bersih. Sangat selesa kalau nak bawa anak – anak kecil juga sesuai.
Lokasi: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.paklikopitiam.com.my/
2. Restoran Hatinie – restoran
Tempat makan best untuk sarapan pagi di Shah Alam, Selangor semestinya Restoran Hatinie. Restoran ini telah lama beroperasi dan semakin hari semakin berkembang maju. Orang Shah Alam mesti dah tahu dengan restoran ini.
Menariknya tentang tempat ini mereka menyajikan pelbagai pilihan makanan yang menarik. Dari pagi anda boleh pilih nasi berlauk mengikut cita rasa anda. Kalau tak nak nasi, masakan goreng panas juga ada, roti canai, roti bakar dan banyak lagi. Memang rugi kalau tak singgah sini.
Lokasi: 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
3. Warong Kopi Pak Lan – kedai makan
Tempat makan berkonsepkan klasik moden ada di Shah Alam. Warong Kopi Pak Lan menyajikan pelbagai juadah menarik dengan masakan tradisional. Menu yang selalu laris dan habis awal adalah Nasi Lemak Rendang Ayam. Rata rata customer yang pernah datang puji rasa rendang sangat sedap dan sesuai dimakan bersama nasi lemak.
Jangan risau ruang makan di sini sangat luas dan boleh menampung ramai. Jadi anda boleh ajak ramai kawan dan family untuk sarapan pagi di Warong Kopi Pak Lan.
Lokasi: Ardence Lab,Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/warongkopipaklan/
4. Roti Kitab – kedai makan
Tak tahu nak makan mana lepas joging? Jom singgah di Roti Kitab yang terletak di Taman Tasik Shah Alam. Port sarapan pagi ini selalu ramai orang terutama hujung minggu. Antara makanan yang popular di sini mestilah menu Roti Kitab. Tapi kalau anda tak nak roti ada juga menu lain yang datang dari pelbagai tempat di Malaysia. Ada masakan dari timur, selatan dan utara pun ada.
Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk sarapan di sini.
Lokasi: Kiosk 1: Roti kitab, Taman Tasik, Jalan Platinum 7/60, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 7.30 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/rotikitab/
5. Warong Tiga Lima – kedai makan
Kedai makan sarapan pagi yang menggunakan konsep tradisional melayu. Mereka bukan hanya ada menu makanan melayu malah makan barat juga ada. Menariknya di sini, dekorasi dan hiasan semuanya cantik untuk ambil gambar. Vibe di Warong Tiga Lima seperti anda berada di zaman dulu.
Nak lagi best anda boleh pilih untuk makan atas tikar. Makan pula ramai – ramai dengan kawan atau keluarga memang best. Rugi kalau datang ke Shah Alam tapi tak cuba tempat makan best untuk sarapan ini.
Lokasi: Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin. Dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/warung.tigalima/
6. Asian Kuih – kedai makan
Anda dah bosan setiap kali sarapan ja mesti oder nasi lemak atau roti canai? Kini, di Shah Alam ada satu tempat makan best yang menghidangkan Pizza dengan pelbagai pilihan topping. Pizza ini akan di bakar dan di sajikan untuk anda panas – panas.
Selain pizza ada banyak lagi menu lain yang jarang di jumpai di kedai makan untuk sarapan pagi. Antaranya yang menjadi kesukaan ramai adalah beef stew, bun bowl mushroom soup, bun egg bowl, lasagna, chee cheong fun, steam dumpling dan banyak lagi. Kalau ke Shah Alam jangan lupa untuk cuba.
Lokasi: Lot 1560, Jalan Berangan 2, Kampung Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin, Selasa dan Rabu. Beroperasi dari pukul 9 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/asiankuih/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best sarapan pagi di Shah Alam, Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!