13 Tempat Makan Best Sarapan di Alor Setar, Kedah| Tempat Makan Best – Ada yang merancang melancong ke Kedah? Atau warga Alor Setar sendiri anda mesti ikuti artikel kalini. Saya akan bantu anda mencari tempat makan best untuk sarapan pagi di sekitar bandar Alor Setar.
Setiap tempat ini ada kelebihan dan tarikan sendiri. Jom sama – sama kita melihat di manakah tempat makan best untuk sarapan di Alor Setar, Kedah?
1. Kafe Adik KAKAK – kafe
Port makan bukan untuk sarapan pagi saja malah ada juga hidangan untuk makan tengah hari dan makan malam. Kafe ini telah lama beroperasi. Ramai warga Alor Setar sudah tahu kewujudannya. Menariknya tentang kefe ini, banyak pilihan makanan untuk di pilih dan semuanya sedap.
Satu lagi, setiap dekorasi dan mural yang ada di dinding kafe adalah hasil tangan pemilik kafe ini sendiri. Sangat cantik dan boleh juga kalau nak ambil gambar ‘OOTD’.
Lokasi: No. 30, Batu 2, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dari 7.30 pagi 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/kafeadikkakak/
2. Kopitiam Ukir Mall – restoran
Tempat makan sarapan pagi yang ada pelbagai juadah di Alor Setar tak lain dan tak bukan mestilah hanya di Kopitiam Ukir Mall. Dalam satu bangunan ada banyak kiosk yang menjual makanan dengan menu yang berbeza. Ada nasi lemak, roti canai, nasi impit, lontong, mee sotong, cucur udang dan banyak lagi.
Ruang makan yang luas dengan kerusi dan meja yang banyak. Tak perlu risau boleh ajak kawan dan family ramai – ramai ke sini.
Lokasi: Kopitiam Ukir Mall, Jalan Sehala, Bandar Alor Setar, 05200 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari dari 7.30 pagi sampai 2 petang.
3. Double H Kopitiam – restoran
Anda peminat makanan Chinese? Wajib anda singgah sarapan di Double H Kitchen. Menu makanan popular di sini adalah mee kicap dan wantan. Jangan risau di sini semua nya halal.
Kalau tak minat makanan ala chinese, makanan western dan melayu pun ada. Kalau anda di Alor Setar atau berada sekitar bandar singgahlah ke sini. Mesti tak akan rugi.
Lokasi: 5319, Sultan Abdul Halim Hwy, Kampung Alor Bangsa, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 pagi.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/rumahmakanhusainihussin
4. Kopi ‘O’ Kampong – kafe
Kafe untuk sarapan pagi di Hutan Kampung, Alor Setar. Kopi ‘O’ Kampong merupakan sebuah kafe yang menyajikan makanan tradisional melayu seperti nasi lemak, pulut, pek nga dan banyak lagi. Tapi tak sah kalau datang sini tak order menu air Kopi ‘O’ mereka.
Kopi ‘O’ di sini menggunakan serbuk kopi kampung yang pekat dengan aroma membangkit selera. Di datangkan sekali dengan biskut kering untuk di cicah bersama kopi. Jangan lupa singgah sini. Makanan dan seni bina kafe memang seperti zaman dulu.
Lokasi: Jalan Hutan Kampung, Kampung Bohor, 05350 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.
5. Kedai Kopi Chubani – kedai makan
Sarapan pagi di Alor Setar dalam suasana dan vibe seperti kedai kopi zaman dulu. Kedai Kopi Chubani menawarkan pengalaman baru untuk generasi muda untuk rasai sendiri makanan tradisional yang selalu di hidangkan untuk sarapan. Sambil makan boleh ambil gambar. Setiap sudut kedai memang cantik. Kalau tak mahu makan di dalam boleh makan di luar juga.
Lokasi: No 6 shop lot, taman gunung angsi, Jalan Lencong Barat, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali rabu dari 9 pagi hingga 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/warongkopichubani
6. Restoran Impian Londoy – restoran
Selalu kalau sarapan pagi mesti nasi lemak ataupun roti canai. Tempat makan best sarapan pagi di Alor Setar dengan menu yang berbeza iaitu di Restoran Impian Londoy. Berada di Shahab Perdana, restoran ini menjual moi atau di panggil bubur nasi dengan pelbagai lauk. Menu makanan ini selalu menjadi tarikan utama di sini.
Restoran ini telah lama beroperasi. Ramai yang tahu kewujudannya. Untuk anda yang ingin melancong ke Kedah boleh datang singgah di sini. Rasa moi mereka memang menjadi kegilaan ramai.
Lokasi: 59-61, Jalan Shahab 7, Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 7 pagi sampai 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/RestoranImpianLondoy/
7. Life Deli – restoran
Sarapan pagi dengan vibe seperti makan di restoran 5 bintang tapi rasa dan menu tradisional kampung. Hanya di Life Deli, anda dapat nikmati menu sarapan pagi yang pelbagai pilihan. Memang rambang mata nak pilih. Tapi yang paling penting semuanya sedap dan halal.
Kalau datang sini wajib cuba mee kari. Menu ini paling popular kerana rasa yang sempurna ditambah dengan sambal merah memang layan. Anda jangan lepaskan peluang!
Lokasi: Darul Aman Hwy, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/LifeDeli/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 Tempat Makan Best Sarapan di Alor Setar. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Alor Setar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!