13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Terengganu|Â Tempat Makan Best – Terengganu sememangnya terkenal dengan hasil hidupan laut. Banyak makanan warisan yang popular dari negeri ini berasaskan hasil laut.
Namun tahukah anda, Terengganu kini semakin maju. Banyak tempat makan yang menarik dan banyak juga dari jenama yang besar. Kalau datang ke sini memang sesuai kalau buat ‘food hunting’ untuk cuba semua makanan ini.
Untuk artikel kali ini, saya akan bantu anda cari beberapa tempat makan best roti dan pastri di sekitar negeri Terengganu. Setiap tempat ini ada kelebihan dan keistimewaan sendiri. Anda wajib cuba.
1. Ziq Bakery & Cake – kafe
Orang Kuala Terengganu mesti ramai yang kenal dengan kafe satu ini. Kafe ini menyediakan 2 bahagian iaitu menu makanan dan minuman, manakala satu lagi menu makanan roti dan pastri.
Roti dan pastri di Ziq Bakery & Cake ada banyak pilihan. Rata – rata pelanggan yang datang beri komen positif tentang rasa dan tekstur roti sangat lembut. Ruang makan juga banyak disediakan untuk mudahkan pelanggan makan dengan selesa.
Lokasi: Lot 4282, Gong Kapas, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi sampai 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/ziqbakerypink/
2. CantekSekali Cafe – kafe
Sesuai namanya dekorasi kafe ini sangat Cantik. Ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan roti dan pastri di sini. Menu yang paling popular iaitu Cromboloni. Sejak pastri satu ini viral di media sosial, ada yang sanggup datang jauh semata – mata untuk dapatkan ia.
Selain Cromboloni ada juga menu roti dan pastri yang lain yang anda wajib cuba.
Lokasi: 22a, Jalan Dato’ Isaacs, Kampung Dalam Bata, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 10 pagi sampai 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/CantekSekalistudiocafe
3. Kedai Roti Abdullah – kedai roti
Tempat makan best roti dan pastri yang legend di Terengganu ada di daerah Kuala Terengganu. Kedai ini telah lama beroperasi. Dari dulu sampai hari ini mereka masih kekal gunakan resepi asal untuk membuat roti ini. Ini menjadikan roti mereka sangat klasik dan sedap.
Kalau hujung minggu mesti ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan roti di sini. Semua roti di sini di buat setiap hari untuk memastikan kualiti terjaga.
Lokasi: 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari kecuali Jumaat dari 12 tengah hari hingga 6.30 petang.
4. Pastel Mono MY – kafe
Kafe ini menjual pelbagai pilihan roti dan pastri dengan rasa yang premium tapi harga berpatutan. Pastel Mono MY yang terletak di Kuala Terengganu menjadi satu tempat makan yang best wajib anda kunjungi. Bukan roti dan pastri saja yang sedap malah makanan lain seperti pasta pun ada. Pasta di sini akan berubah ikut hari. Namun makanan seperti roti dan pastri akan ada setiap hari.
Lokasi: LOT 2913, Jalan Cempaka 10, Kampung Tok Adis, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 11 pagi sampai 8.15 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/PastelMonoMY/
5. Chocacake – kedai pastri
Port lepak baru boleh makan sambil chill dengan kawan. Lagi best kalau datang waktu petang untuk ngopi dengan angin bayu laut. Chocacake terletak sebelah laut. Jadi memang best sambil makan roti dan pastri bersama secawan kopi di tepi laut.
Kalau waktu malam pula sejuk saja dan dapat dengar bunyi ombak di tepi pantai. Rugi kalau datang terengganu tapi tak singgah di Chocacake.
Lokasi: Lot 31185 D, Jalan Pantai Tok Jembal, Kampung Kubang Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari 10 .30 pagi sampai 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/chocacaketrg/
6. Jomo – kafe
Sebuah kafe tersorok di mana ramai yang masih belum tahu iaitu kafe Jomo. Kafe ini popular dengan kek dan pastri. Mereka akan membakar setiap hari untuk pastikan makanan mereka sentiasa segar dan sedap.
Konsep dan hiasan yang di gunakan juga sangat cantik. Sesuai untuk geng tangkap gambar. Lepas makan boleh bergambar dulu sebagai kenangan di Terengganu ini.
Lokasi: Shoplot PT33845 Ground Floor, Taman Tembesu Perdana, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/jomokualanerus/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti dan pastri di Negeri Terengganu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!