13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Selangor

2024-07-09

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Selangor| Tempat Makan Best – Kini Selangor semakin maju dan menjadi syurga makanan viral di Malaysia. Banyak tempat – tempat makan yang best dan menarik ada di negeri ini. Bukan itu saja, kalau sebut ja makanan viral dan trending semuanya bermula dari negeri Selangor.

Tidak ketinggalan, di Selangor juga ada banyak tempat makan best yang menyajikan roti dan pastri. Setiap tempat ini menarik dengan keistimewaan sendiri. Jom kita sama – sama kenali beberapa tempat makan best roti dan pastri di sekitar negeri Selangor.

1. Fruity Bakery & CafĂ© – kafe

Kredit Imej: Fruity Bakery & Café
Kredit Imej: Fruity Bakery & Café

Kafe ini pernah viral di laman TikTok. Ramai orang sanggup beratur untuk dapatkan menu viral iaitu Apple Strudel. Menu sangat popular sehingga perlu buat tempahan beberapa hari awal untuk dapatkannya. Rata – rata yang pernah cuba mengakui strudel di sini crunchy dan manis berlemak, di tambah pula isi buah apple yang dipotong kecil.

Kalau anda ke Selangor, rugi kalau tak singgah dan rasai sendiri keenakkan roti dan pastri dari Fruity Bakery & Café. Terutamanya menu yang sedang viral ini.

Lokasi: No. 107, Lebuh Turi, Off, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Chi Liung, 41200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi sampai 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/fruity.bakery.cafe/

2. Gula Cakery – kafe

Kredit Imej: Sook Juan Ho
Kredit Imej: Gula Cakery

Tempat makan roti dan pastri kali ini best. Orang Shah Alam Selangor mesti dah kenal dengan kafe Gula Cakery. Malah dari negeri lain juga sanggup datang ke sini untuk dapatkan pastri dari sini. Apa yang menarik tentang kafe ini?

Di Gula Cakery, mereka bukan hanya menghidangkan makanan berat seperti nasi dan pasta sahaja. Malah yang menjadikan ia popular adalah pastri. Mereka menggunakan bahan yang premium untuk menjadikan pastri yang mempunyai kualiti yang terjamin. Setiap pastri di Gula Cakery mempunyai rasa yang berbeza. Kalau singgah sini cubalah semua yang ada.

Lokasi: 11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/gulacakerymy/

3. Petit Bites Patisserie – kafe

Kredit Imej: Petit Bites Patisserie
Kredit Imej: Petit Bites Patisserie

Sebuah kafe yang muslim-friendly terletak di Petaling Jaya, Selangor. Kafe ini menyajikan banyak pilihan  roti dan pastri. Namun yang best nya, semua menu di sini di hidangkan dalam bentuk saiz yang lebih kecil dari biasanya. Nampak comel dan cantik pastri di sini. Jangan lupa ambil gambar dulu sebelum makan.

Lokasi: 14, Jln 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 11.30 pagi sampai 8.30 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/petitbitespatisserie.my/

4. Chef Kecik Cafe – kafe

Kredit Imej: Chef Kecik Cafe
Kredit Imej: Chef Kecik Cafe
Kredit Imej: Chef Kecik Cafe

Kalau sebut ja tentang roti dan pastri yang best mesti ramai yang teringat Chef Kecik Cafe. Mereka sangat terkenal dengan roti dan pastri yang premium dan sedap. Setiap kali ada menu baru yang keluar mesti kena beratur panjang. Jangan risau staff di sini semua mahir dan cepat saja servis. Tapi memang berbaloi lah dengan apa yang anda akan dapat.

Kalau datang jangan lupa cuba Croissant dan Cromboloni. Ini antara menu top dan paling disukai ramai.

Lokasi: 30, Jalan Eco Majestic 10/1D, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 8.30 pagi sampai 7.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/ChefKecikKitchen/

5. Gabrielle Mille Crepe Italy – kedai pastri

Kredit Imej: Gabrielle Mille Crepe Italy
Kredit Imej: Gabrielle Mille Crepe Italy
Kredit Imej: Gabrielle Mille Crepe Italy

Sebuah kafe yang menjual roti dan pastri dengan menggunakan resepi asal dari Perancis pada era 17th Century. Banyak juga pilihan yang ada. Semua sedap terutama roti sangat lembut tapi luar rangup. Di makan pula bersama air chocolate panas.

Servis di sini memang terbaik. Setiap pelanggan yang pilih untuk makan di kafe akan mendapat layanan seperti di hotel. Sebelum menghidangkan hidangan yang dipesan mereka akan sajikan dulu air mineral untuk ada secara percuma. Vibe di sini memang seolah – olah ada pada zaman Perancis yang dulu. Dekorasi dan hiasan juga mainkan peranan yang penting.

Lokasi: 2, Jalan Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 11 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/GabrielleMilleCrepe/

6. Vera – restoran

Kredit Imej: Vera
Kredit Imej: Vera

Tempat makan best untuk roti dan pastri kali ini agak unik. Mereka merupakan sebuah restoran yang ada banyak menu makanan dari citarasa melayu sampai ke barat. Tapi yang paling best di sini mestilah pilihan roti dan pastri. Vera sentiasa memastikan bahan yang digunakan premium dan di buat oleh chef pastri yang mahir.

Sangat berbaloi! Satu tempat saja boleh dapatkan banyak pilihan makanan termasuklah roti dan pastri. Semua ini hanya di Vera.

Lokasi: 1, Jln Maraton 13/31, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/Vera/

7. Aison Bakery & Coffee – kedai roti & pastri

Kredit Imej: Aison Bakery & Coffee

Ada ka peminat pastri di sekitar Bandar Baru Bangi? Anda dah tahu ka belum, di sini ada sebuah kedai roti dan pastri yang best. Kalau masuk saja ke Aison Bakery & Coffee anda sudah boleh bau aroma roti dan pastri yang dibakar. Banyak betul pilihan roti dan pastri pasti anda rambang mata tak tahu nak pilih mana satu sebab semuanya nampak sedap.

Lagi satu yang menariknya di sini, dengan setiap pembelian air coffee, anda akan mendapat satu mini croissant secara percuma. Bolehlah rasa dulu, kalau kena dengan citarasa boleh terus ambil yang besar. Caroissant pula ada banyak jenis dan perasa. Ada juga roti yang jarang kita jumpa di mana-mana kedai bakeri mesti ada di Aison Bakery & Coffee.

Lokasi: 11-G, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi sampai 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/aisonbakery/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain