13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Sabah| Tempat Makan Best – Anda peminat roti dan pastri di Sabah? Tak tahu tempat mana yang sedap untuk roti dan pastri? Jangan risau, dalam artikel ini saya kan bantu anda dengan senaraikan beberapa tempat makan best roti dan pastri yang ada di sekitar Sabah.
Jadi orang Sabah, siapkan masa anda untuk mencuba setiap tempat ini dan rasai sendiri keistimewaan setiap tempat berikut.
1. Desa Cake House – kedai roti
Kedai dipilih kerana rasa roti di sini sedap dan lembut. Paling best harga pula berpatutan dengan apa yang anda akan dapat. Banyak juga pilihan yang semestinya menarik. Untuk yang mencari roti yang lembut dan sedap wajib datang ke sini.
Lokasi: 89800 Beaufort, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 6.30 pagi sampai 9 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/desacakehouse/
2. Golden Cake Shop – kedai roti & pastri
Kedai roti dan pastri ini sudah lama beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka memang terkenal dengan kek yang sedap dan harga yang berbaloi. Ramai orang Kota Kinabalu dah cuba. Untuk peminat kek, kalau nak cari kek yang bajet tapi rasa yang premium mesti cuba di Golden Cake Shop.
Lokasi: Lot 6, Block A, Jalan Kampung Air 5, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari 8 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/GoldenCakes/
3. Butter & Batter Bakery – kafe
Tempat makan best kali ini untuk roti dan pastri ada di Penampang, Sabah. Kafe ini sangat cantik dengan dekorasi yang simple. Yang penting rasa makanan di sini. Mereka menyajikan pelbagai pilihan roti dan pastri. Malah menu yang tengah viral dan trending di media sosial pun ada di sini. Kalau hujung minggu kafe mesti akan padat. Peminat roti dan pastri di Sabah, anda wajib datang.
Lokasi: Lot 2, Ground Floor, Taman Delima Maju, Jalan Penampang, Taman Delima, 88300 Penampang, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 9 pagi hingga 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/butterbatterbakery/
4. Aprileaf Bakery Café – kafe
Ada peminat croissant di Sabah? Anda kena singgah Aprileaf Bakery Café. Mereka sangat mahir dalam membuat croissant. Dalam setiap gigitan anda dapat rasakan keenakkan croissant yang premium. Di sini ada ruang yang disediakan untuk makan di kafe. Selain croissant menu lain juga ada untuk dicuba.
Lokasi: No 3 First Floor I Plaza Commercial Centre, Jalan Pintas Penampang, 89500 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 8 pagi hingga 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/aprileafbakerycafe/
5. Lumière Coffee & Pastry – kafe
Port lepak baru di Kota Kinabalu, Sabah iaitu di Lumière Coffee & Pastry. Menu utama di sini roti dan pastri, namun ada juga menu berat yang lain. Apa yang best tentang tempat ini adalah, vibe kafe sangat selesa dan nyaman. Mereka juga sediakan banyak tempat duduk untuk mudahkan pelanggan mereka datang makan. Boleh juga kalau nak buat kerja tau study di sini. Sambil buat kerja tu boleh lah cuba menu roti dan pastri mereka. Semestinya rasa lain dari cafe yang ada.
Lokasi: Lot G-3/1, Ground Floor, Block B, WISMA MANIKAR, Lorong Manikar 1, off Mile 2 ½, Jalan Tuaran, Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 9 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/lumierecoffeespace/
6. Leafville – kafe
Tempat makan best roti dan pastri di Sabah yang pasti cantik iaitu Leafville. Kelebihan tempat ini, mereka sentiasa membakar roti dan pastri yang baru untuk pelanggan. Kualiti sangat terjamin, hanya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi saja. Namun, kafe ini juga terkenal kerana harga yang sangat berpatutan.
Dekorasi dalaman kafe sangat simple. Suasana sangat selesa sesuai jadi tempat lepak baru dengan kawan. Orang Sabah mesti singgah, atau yang merancang ke Sabah juga perlu datang ke sini.
Lokasi: No 2, Jalan Sireh, Pekan Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 7 pagi sampai 4 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/LeafvilleKK/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti dan pastri di Sabah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sabah ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!