13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Putrajaya

2024-07-08

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Putrajaya| Tempat Makan Best – Kepada semua pencinta makanan! Adakah anda seorang yang gemar menikmati roti dan pastri yang lazat? Jika ya, anda berada di tempat yang tepat! Dalam artikel kali ini, saya akan membawa anda kenali 13 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Putrajaya !

Jomlah kita lihat di mana anda boleh menikmati hidangan lazat ini di sekitar Putrajaya.

1. Segar Cafe – kafe

Kredit Imej: Segar Cake & Bake
Kredit Imej: aishah kay

Kafe ini menyediakan banyak pilihan roti dan pastri. Kek pun ada, tinggal pilih saja. Segar Cafe mendapat banyak komen positif dari ramai pelanggan yang pernah datang. Ramai juga yang puji roti di sini lembut dan gebu. Lagi best kalau makan di sini. Ruang makan sangat luas dan selesa. Kafe ini juga besar dan boleh menampung ramai dalam satu masa.

Jangan lupa ajak kawan – kawan datang dan cuba roti dan pastri yang sering mendapat pujian orang ramai.

Lokasi: A2-LG-1 Ayer8, Presint 8, 62250 Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 11.30 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/segarcafeputrajaya/

2. SDS Bakery – kedai roti

Kredit Imej: SDS Bakery
Kredit Imej: SDS Bakery
Kredit Imej: SDS Bakery

Satu lagi tempat makan best roti dan pastri yang terbaik di Putrajaya iaitu di SDS Bakery. Kalau anda masuk mesti rambang mata. Semua nampak sedap dan menarik. Pelbagai pilihan dan perisa ada di sini. Harga juga berpatutan dengan apa yang anda akan dapat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang dan rasai sendiri roti dan pastri di sini.

Lokasi: Unit. No.2, Ground Floor, Commercial Lot Nadi@15, Jalan Pulau Pinang, Presint 15, 62050 Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/sdsgroups/

3. The Glasshopper – kafe

Kredit Imej: Azhar Jaafar
Kredit Imej: Najihah

Makan dalam taman, menjadi konsep kafe ini. Mereka menggunakan glass untuk bangunkan kafe The Glasshopper. Vibe kafe jadi lebih tenang dan nyaman. Selesa untuk lepak dan makan. Di The Glasshopper, mereka membakar roti dan pastri yang baru setiap hari. Ini untuk menjamin kualiti yang terbaik dan dapat memberi kepuasan untuk semua pelanggan.

Lokasi: Taman Botani, Presint 1, 62000 Putrajaya

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa dari 8.30 pagi sampai 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.instagram.com/theglasshopper_

4. Dimsusu – kedai roti

Kredit Imej: Dimsusu
Kredit Imej: Dimsusu
Kredit Imej: Dimsusu

Sebuah kedai roti premium yang mesra muslim ada di IOI City Mall, Putrajaya. Siapa yang pernah datang mesti tau rasa setiap roti di sini tidak pernah mengecewakan. Mereka kekal menggunakan bahan yang premium dalam setiap roti dan pastri.

Lagi best di sini ‘freshly-baked’, semua roti dan pastri akan di bakar setiap hari. Menu paling popular ‘Beef Wellington’ dengan menggunakan resepi asal chef terkenal iaitu Chef Gordon Ramsay.

Lokasi: IOI City Mall, LG78B&78C, West Wing, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan layari laman:

https://www.facebook.com/dimsusumy/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 4 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Putrajaya. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Putrajaya ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular