13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Pulau Pinang| Tempat Makan Best – Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang popular sebagai tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati jika anda datang ke negeri ini.
Kalau pergi ke Penang mesti nasi kandar dan pasembor. Tapi tahukah anda, di Penang ada banyak pilihan makanan lain yang wajib anda cuba. Antaranya roti dan pastri. Banyak sebenarnya kedai dan kafe yang menjual roti dan pastri yang menarik. Untuk peminat roti dan pastri, saya akan bantu anda dengan senaraikan beberapa tempat makan best roti dan pastri di Pulau Pinang.
1. Maliia Bakery – kedai roti
Warga Penang siapa ja tak tahu dengan kedai roti satu ini. Maliia Bakery salah satu kedai bakery yang lama beroperasi di Penang. Mereka popular dengan Roti Benggali atau dikenali sebagai roti tawar. Setiap hari mereka akan bakar yang baru untuk memastikan pelanggan mendapat roti yang berkualiti tinggi.
Lagi best mereka juga sediakan ruang untuk kita pesan dan makan di dalam kedai. Menu yang wajib anda cuba adalah Roti Benggali dan Kari Ayam. Gabungan dua menjadikan ia sempurna.
Lokasi: 114, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi sampai 9.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Maliia.Bakery/
2. Zie’s Bake Shop – kedai pastri
Peminat dessert anda wajib singgah sini. Mereka menyediakan pelbagai jenis pilihan dessert. Semestinya setiap menu mereka ada keunikkan sendiri. Di Zie’s Bake Shop, sedia menerima tempahan kek atau pastri. Rasa yang premium dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, kedai ini sentiasa menjadi tempat makan best untuk roti dan pastri di Pulau Pinang.
Lokasi: No.140,Jalan Tasek Mutiara 2,Bandar Tasek Mutiara,, Taman Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11.30 pagi sampai 9 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Ziesbakeshop/
3. Damiral’s Bread – kedai roti
Tempat makan best yang menjual roti serta biskut dengan rasa yang premium tapi harga berpatutan hanya ada di Damiral’s Bread. Setiap hari mereka kan membakar roti yang baru untuk pelanggan yang hadir. Kedai ini juga banyak mendapat pujian dan komen positif dari pelanggan yang pernah datang.
Selain roti ada banyak lagi makanan lain. Mereka menggunakan konsep vendor dimana anda boleh dapatkan pelbagai produk yang viral di media sosial. Jangan lupa datang ke Damiral’s Bread.
Lokasi: 60, Jalan Perda Utama 1, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/damiralsbreadperda/
4. La Vie en Rose Pâtisserie – kedai pastri
Anda mencari kedai pastri dan roti yang premium? La Vie en Rose Pâtisserie sebuah kedai pastri yang hidangkan pelbagai pilihan pastri dan dessert dengan rasa yang premium dan berkonsepkan French. Dekorasi kedai memang cantik. Vibe kedai juga sangat tenang dan selesa. Boleh lepak dan chill dengan kawan – kawan sambil nikmati setiap pastri mereka.
Lokasi: 19, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa dari 10 pagi hingga 6.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/lavieenrose.pastisserie/
5. Inherit Taste – kedai kek
Kedai ini sangat menarik. Keistimewaan mereka adalah mereka mahir dalam membuat kek Mile Crepe. Di Inherit Taste anda dapat mencuba kek Mile Crepe yang premium dengan rasa yang berbeza dari tempat lain. Mereka hanya menggunakan bahan yang premium. Sekali cuba anda pasti akan jatuh cinta.
Ada ruang makan yang disediakan khas untuk pelanggan yang datang. Makan Mile Crepe dan secawan Coffe pasti membangkit rasa.
Lokasi: 16, Jalan Imigresen, 10400 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.
6. Emily Darling Cafe – kafe
Sebuah kafe yang sangat cantik. Dari luar anda dapat lihat rimbunan daun dan bunga sampai ke dalam kafe. Kaki gambar memang sini lah port yang wajib anda singgah kalau ke Pulau Pinang. Menariknya di sini, setiap roti dan pastri dihiasi dan dihidangkan dengan sangat cantik dan comel. Suasana dalam kafe sangat selesa untuk nikmati roti dan pastri dengan lebih nikmat.
Lokasi: 186, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 9 pagi sampai 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/EmilyDarlingCafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti dan pastri di Pulau Pinang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!