13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Perlis| Tempat Makan Best – Perlis dikenali dengan tempat makan yang menarik dan cantik. Banyak variasi makanan yang ada di sini. Ada juga yang kata Perlis ni ‘syurga makanan’.
Untuk peminat roti dan pastri di Perlis mesti dah tahu mana tempat makan yang best. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan kepada anda beberapa tempat makan best roti dan pastri yang ada di sekitar negeri Perlis.
1. Che Roti La Farina – kedai roti
Sudah lebih 2 tahun kedai roti ini beroperasi. Masih ada ka warga Perlis yang masih tak tahu? Mereka menyediakan pelbagai roti dan pastri yang di bakar setiap. Kalau mahukan roti yang segar dan baru memang sini lah anda kena datang. Bukan hanya sedap malah harga juga berbaloi dengan apa yang anda dapat.
Kalau nak cuba menu lain pun ada, sandwich dan pasta. Sandwich di sini menggunakan roti homemade dari kedai. Tak rugi lah kalau datang ke sini.
Lokasi: 4A, Jln Hospital, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari pukul 12.30 petang sampai 8 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/cherotilafarina/
2. Oven Rimba – kafe
Merupakan sebuah kafe yang terletak dalam kawasan kampung tapi ramai yang suka datang. Oven Rimba popular dengan pastry dan kek yang estetik. Mereka menyajikan banyak pilihan pastri dan semuanya sedap. Ramai pelanggan yang datang akan kembali datang lagi untuk cuba menu pastri mereka.
Dekorasi kafe juga sangat cantik dan minimalis. Selalu menjadi tumpuan oleh geng kaki gambar.
Lokasi: Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 12 tengah hari sampai 9 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/ovenrimba/
3. Hanimlicious Bakery & Cafe – kedai pastry
Kedai ini menyediakan pastri yang menarik dan sedap. Mereka sentiasa mengeluarkan menu dessert baru mengikut trend zaman sekarang. Namun di sini anda juga boleh buat tempahan kek. Kita boleh pilih design apa yang kita nak dan mereka boleh buat dengan cantik.
Untuk warga Perlis kalau waktu petang rasa teringin pastri dan dessert yang manis boleh lah datang ramai – ramai ke Hanimlicious Bakery & Cafe.
Lokasi: 75b, Jalan Raja Muda, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 11 pagi hingga 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Hanimlicious/
4. Saville Pastries & Coffee – kafe
Sebuah kafe yang menhidangkan menu makanan Asean dengan konsep kedai yang minimalis. Kafe ini sangat selesa dengan ruang makan yang luas dan rasa dingin. Sesuai kalau datang dengan family.
Namun antara menu yang paling menarik yang wajib anda cuba iaitu roti dan pastri. Ramai pelanggan yang pernah datang memberi komen positif untuk croissant di sini. Luar rangup dalam lembut dan rasa sempurna di makan dengan topping. Kalau datang ke Perlis jangan lupa singgah di sini.
Lokasi: 8, Jalan PKENPS 6, Kompleks Niaga PKENPs, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 9 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/savillecafe/
5. TFF Cafe – kafe
Kafe ini telah lama beroperasi dan boleh dikatakan ramai warga Perlis mesti kenal dengan kafe ini. Pada awal pembukaan kafe ini hanya menjual makanan pastry dan coffee premium. Kini dengan permintaan yang semakin menaingkat, mereka menambah lebih banyak makanan pastry dan juga makanan lain. Ada makanan western, korea, jepun, chineese dan banyak lagi.
Tff Cafe menggunakan konsep vendor di mana kebanyakkan makanan mereka dari penjual lain tapi di kumpulkan di satu tempat iaitu di Tff cafe sendiri untuk mudahkan pelanggan buat pilihan. Menu pastri mereka memang menjadi kegilaan ramai. Bukan hanya sedap tapi rasa berbaloi dengan harga. Rugi kalau datang ke Kangar tapi tak singgah sini.
Lokasi: Jalan Dahlia, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 11 pagi hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/tffcafeperlis/
6. Leka Kopi dan Roti – kedai roti
Anda mencari tempat makan best roti & pastri di Perlis? Di Leka Kopi dan Roti mereka menyediakan pelbagai pilihan roti dan semestinya roti ini yang baru dibakar. Lagi sedap bila makan bersama secawan kopi yang di brew dari biji kopi yang premium.
Konsep dan dekorasi kafe menjadikan kafe ini sesuai untuk chill dan lepak.
Lokasi: Kampung Sena, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/lekakopiroti/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti & pastri di Perlis. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Perlis ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!