13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Negeri Sembilan

2024-07-03

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Negeri Sembilan| Tempat Makan Best – Negeri Sembilan, sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan, juga terkenal dengan pelbagai pilihan makanan yang menggiurkan.

Salah satu juadah yang tidak boleh dilewatkan adalah roti dan pastri yang memikat selera. Dari klasik hingga moden, terdapat pelbagai tempat makan yang menawarkan pengalaman unik dan istimewa untuk menikmati hidangan roti dan pastri di sini.

Berikut merupakan senarai beberapa tempat makan best roti dan pastri di sekitar Negeri Sembilan.

1. Sara Sofeya Cakes – kedai pastri

Kredit Imej: Sara Sofeya Cakes
Kredit Imej: Sara Sofeya Cakes

Peminat kek anda wajib datang sini. Mereka sangat popular dengan kek yang sedap dan murah. Harga kek dan pastri di sini memang berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Walaupun murah rasa tetap premium. Mereka hanya pilih bahan yang berkualiti tinggi saja untuk jadikan kek dan pastri di kedai.

Di Sara Sofeya Cakes sedia menerima tempahan tapi perlu di tempah awal untuk siapkan. Anda pasti tidak akan menyesal.

Lokasi: Jalan Lavender Heights 3, Taman Lavender Heights, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dari 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/sarasofeyacake/

2. LaPaROTI – kedai roti

Kredit Imej: LaPaROTI
Kredit Imej: LaPaROTI
Kredit Imej: LaPaROTI

Tempat makan best roti dan pastri di Negeri Sembilan iaitu di LaPaROTI. Kedai ini agak hidden tapi sangat berbaloi kalau datang. Mereka viral dengan roti golok mereka yang ada pelbagai pilihan rasa dan pastri Cinnamon Roll. Selain menu ini ada banyak lagi roti dan pastri dan semestinya homemade.

Kalau nak makan makanan lain seperti nasi dan mee juga ada. Ruang makan pula tepi sungai memang best.

Lokasi: Lot 8068, Batu 2, Jln Jelebu, Taman Setia Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Ahad dan Isnin dari 10 pagi hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/laparoti/

3. Naeddys Cakes & Desserts – kafe

Kredit Imej: Naeddys Cakes & Desserts
Kredit Imej: Naeddys Cakes & Desserts

Tempat makan best satu ini memang terkenal dengan kek dan pastri. Mereka selalu menerima tempahan kek untuk setiap majlis. Kedai ini mendapat rating yang tinggi di Google Review. Rata – rata memberi komen yang baik tentang kek mereka.

Di Naeddys Cakes & Desserts, anda boleh menempah kek dan pastri mengikut kesukaan anda.

Lokasi: No18-G, Jalan Prima 1, Lukut Prima, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 10 pagi sampai 7 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/naeddys.cakes/

4. 13th December – kafe

Kredit Imej: 13th December
Kredit Imej: 13th December

Makan Croissant dalam kafe yang estetik di Negeri Sembilan? Mestilah ada, hanya di 13th December yang terletak di Seremban. Kafe ini menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang menarik untuk di cuba. Dalam gambar pun nampak mengeliurkan apa lagi kalau datang ke kafe.

Dekorasi yang digunakan minimalis dan moden. Menjadikan vibe kafe lebih nyaman dan selesa.

Lokasi: 13, Jalan Campbell, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu dari 8.30 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/13thdecemberpatisserie/

5. Kantin.my – kafe

Kredit Imej: Kantin.my
Kredit Imej: Kantin.my

Untuk peminat pastri manisan seperti kek anda wajib datang ke Kantin.my. Walaupun kafe ini lebih popular dengan makanan lain seperti nasi dan pasta namun pilihan pastri di sini sangat menarik. Mereka sentiasa menukar menu pastri untuk beri pengalaman yang paling best untuk pelanggan mereka.

Lokasi: 351, Jalan Merbok 4, Taman Bukit Emas, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari kecuali Sabtu Ahad dari 8 pagi hingga 4 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/kantin.my/

6. The Urban Affairs – kafe

Kredit Imej: The Urban Affairs

Orang Negeri Sembilan mesti dah kenal dengan kafe satu ini. The Urban Affairs adalah sebuah kafe yang terkenal dengan pastri yang premium dan sedap. Pilihan pastri di sini memang banyak. Setiap satu pastri di buat menggunakan bahan yang berkualiti tinggi supaya dapat hasilkan satu pastri yang sempurna.

Lokasi: LOT 116, Dataran Centrio, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10.30 pagi sampai 10.0 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/theurbanaffairs/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Negeri Sembilan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Negeri Sembilan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain