13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Melaka

2024-07-01

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Melaka| Tempat Makan Best – Selalu kalau pergi ke Melaka mesti ramai yang cari Asam Pedas. Selain makan makanan pedas ambil makanan manis seperti kek, dessert, roti dan pastri juga dapat memberi kenikmatan untuk pengemarnya.

Tahukah anda, pengambilan manisan boleh meningkatkan mood menjadi lebih ceria dan dapat mengurangkan stress. Tak salah kalau ambil makanan manisan tapi mesti selalu ingat dan berhati – hati. Jangan makan berlebihan sampai memudaratkan kesihatan pula.

Korang tahu, pakejvietnam.my  menyediakan percutian dengan harga yang menarik dan mampu milik.

Untuk peminat makanan manisan seperti pastri dan roti, saya akan senaraikan beberapa tempat makan best roti dan pastri yang ada di sekitar negeri Melaka.

1. Nadeje – kedai pastri

Kredit Imej: Nadeje
Kredit Imej: Nadeje

Orang Melaka mesti kenal dengan nama kafe satu ini. Nadeje sangat popular dengan rasa kek yang premium dan cantik. Mereka menyediakan banyak pilihan pastri yang lain juga selain kek. Semua pastri di sini hanya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Mereka sangat mementingkan kualiti setiap makanan mereka.

Ruang makan juga sangat selesa dengan dekorasi yang menarik di setiap sudut kafe. Jangan lepaskan peluang untuk cuba tempat makan best pastri ini.

Lokasi: G-23,25, 27, Jalan Pm 4, Plaza Mahkota, 75000 Malacca

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 10 pagi sampai 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://najede.com.my/

2. Italy Bakery – kedai roti

Kredit Imej: Alan Yeo
Kredit Imej: Simon SS Lau

Tempat makan best roti yang ada di Melaka iaitu Italy Bakery. Kedai roti telah lama beroperasi dan kini berjaya membuka beberapa lagi cawangan mereka di sekitar Negeri Melaka. Mereka hidangkan pelbagai jenis pilihan roti dengan rasa yang berbeza. Kalau datang sini rambang mata nak pilih. Banyak dan semuanya sedap.

Lagi best, roti di sini di bakar segar setiap hari. Tunggu apa lagi dapatkan roti baru di Italy Bakery yang berhampiran anda.

Lokasi: 590, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 9 malam.

Untuk percutian ke Vietnam boleh lah tengok tempat menarik di pakejvietnam ni.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/ItalyBakeryMelaka/

3. Aniss Kek House – kedai pastri

Kredit Imej: Aniss Kek House
Kredit Imej: Aniss Kek House

Berada di Pusat Niaga Bukit Baru Utama, Aniss Kek House merupakan sebuah kedai pastri yang menjual kek pelbagai pilihan. Mereka juga menerima tempahan kek untuk sebarang majlis. Rata – rata pelanggan yang pernah datang memberi komen yang positif tentang rasa dan hiasan kek. Rasa kek yang premium tapi harga sangat berpatutan.

Lokasi: 5, Jalan PNBBU 1, Pusat Niaga Bkt Baru Utama, 75150 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi sampai 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/anisskekhouse/

4. Duchess of Cake – kedai pastri

Kredit Imej: Duchess of Cake
Kredit Imej: Duchess of Cake

Kedai kali ini bukan hanya warga Melaka saja yang kenal malah kebanyakkan peminat manisan di seluruh Malaysia tahu kewujudan kedai ini. Duchess of Cake adalah sebuah kafe yang popular dengan dessert dan pastri. Mereka mula menjadi viral apabila mengeluarkan produk baru iaitu Pistachio Crepe. Sejak dari itu, ramai yang sanggup datang ke sini untuk dapatkan dessert di sini.

Tapi tidak hairan lah kenapa menjadi kesukaan ramai. Mereka ada banyak jenis pastri dan setiap pastri ini berbeza dengan tempat lain. Sekali anda cuba mesti anda akan datang lagi.

Lokasi: 6, Jln Bpm 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 11 pagi hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/theduchessofcake/

5. Patisfrance – kedai roti

Kredit Imej: Hui Jun Darren Loi

Kedai roti ini ada beberapa cawangan lain selain di Melaka. Mereka mengeluarkan roti yang baru bakar setiap hari. Roti di sini memang sedap dengan lembut dan gebu di dalam. Menu di sini menggunakan resepi asal dari Perancis. Menjadikan roti mereka memang terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk cuba di Patisfrance.

Lokasi: Melaka Mall, G3, Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

6. The Butter – kafe

Kredit Imej: The Butter
Kredit Imej: The Butter
Kredit Imej: The Butter

Kalau cari tempat makan best roti dan pastri di Melaka wajib datang sini. The Butter terkenal dengan pastri mereka yang sedap. Croissant di sini rangup di luar tapi lembut di dalam. Di makan pula dengan Flower Coffee memang memikat. Di The Butter, menu mereka sentiasa bertambah dengan mereka sentiasa masukkan menu viral untuk anda cuba.

Dekorasi dan konsep yang mereka gunakan sangat estetik. Vibe kafe ini memang sesuai untuk lepak dan chill dengan kawan. Jangan lupa datang.

Lokasi: 38, Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari kecuali selasa 8.30 pagi hingga 6 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/The-Butter/

7. French Brown Viennoiserie – kafe

Kredit Imej: French Brown Viennoiserie
Kredit Imej: French Brown Viennoiserie

Sebuah kafe yang popular dengan pastri mereka iaitu di French Brown Viennoiserie. Bila langkah masuk saja ke dalam kafe dapat bau aroma pastri yang menaikkan selera rasa. Selain pastri dan dessert ada juga menu lain seperti sandwich, pasta dan banyak lagi.

Dekorasi di sini sangat lawa. Ruang makan luas dan banyak meja kerusi di sediakan. Peminat roti dan pastri di melaka sinilah tempat yang mesti anda lawati.

Lokasi: 98, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 10 pagi sampai 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/FrenchBrownViennoiserie/

8. Croiss X Coffee – kafe

Kredit Imej: Croiss X Coffee
Kredit Imej: Croiss X Coffee

Satu – satunya kafe yang memfokuskan kepada menu Croissant iaitu bertempat di Taman Pulau Melaka. Croiss X Coffee selalu mengeluarkan menu Croissant mengikut permintaan pelanggan mereka. Setiap kali ada menu yang viral mesti kafe ini akan keluarkan suatu yang baru dengan rasa yang sempurna.

Jika anda peminat croissant mesti cuba kafe ini. Kalau dah cuba mesti anda dapat rasakan kelainan dalam menu mereka.

Lokasi: No 2 & 2A, 15, Jalan, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8.30 pagi sampai 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

Boleh hubungi pakej Vietnam juga untuk dapat harga murah ke Vietnam

https://www.facebook.com/croissxcoffee/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti dan pastri di sekitar negeri Melaka. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Melaka ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain