13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kuching Sarawak

2024-07-02

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kuching Sarawak| Tempat Makan Best – Anda peminat roti dan pastri tapi tak tahu nak makan di mana? Dalam artikel kali ini saya akan bongkarkan kepada anda beberapa tempat makan roti dan pastri yang menarik di sekitar Kuching Sarawak.

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Kini daerah ini telah semakin maju dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Termasuklah tempat makan yang best juga banyak kalau anda cari.

Bagi yang inginkan makanan manisan seperti roti dan pastri tempat makan best yang disenaraikan di bawah wajib anda lawati. Setiap tempat ini ada keistimewaan sendiri.

1. Taka Cake House – kedai roti

Kredit Imej: Taka Cake House
Kredit Imej: Taka Cake House

Warga Kuching Sarawak mesti anda kenal dengan kedai roti satu ini. Kedai ini antara kedai yang legend di Sarawak. Mereka mula buat roti sejak tahun 1986 dan kini telah berjaya buka beberapa cawangan di seluruh Sarawak.

Uniknya di sini, roti di buat dan bakar setiap hari. Ramai pelanggan suka roti mereka kerana setiap roti ini lembut dan rasa sempurna. Di Taka Cake House mereka juga keluarkan kek warisan negeri ini iaitu Kek Sarawak. Banyak pilihan yang pasti anda gemari.

Lokasi: 220, Jalan Satok, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/takacakehouse/

2. Mita Cake House – kedai roti

Kredit Imej: Mita Cake House
Kredit Imej: Mita Cake House
Kredit Imej: Mita Cake House

Tempat makan best untuk roti di Kuching Sarawak wajib Mita Cake House. Kedai roti ini popular dengan menu mereka iaitu kek batik sarawak dan butter cake. Kedua menu ini paling laris terjual dan bukan orang Sarawak saja yang cari malah di post ke semenanjung Malaysia.

Kalau di media sosial seperti Tiktok, kedai Mita Cake House paling banyak di sebut dan rata – rata pelanggan dari seluruh Malaysia. Jadi memang rugi kalau datang ke Kuching tapi tak cuba kedai roti satu ini.

Lokasi: Lot 4, Jalan Rock, Eastmoore Centre, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8 pagi sampai 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/mitacakehouse/

3. Crumbs – kafe

Kredit Imej: Crumbs
Kredit Imej: Crumbs

Kafe yang spesial dalam bidang roti dan pastri di Kuching mestilah di Crumbs. Mereka selalu mengeluarkan menu baru yang mengikut trend supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan. Roti dan pastri hanya menggunakan bahan yang premium saja untuk menjaga kualiti makanan.

Ini menjadikan kafe Crumbs satu tempat yang best untuk di cuba.

Lokasi: Ground Floor, Lot 17650 Block 11, Jln Stutong Baru, MTLD, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 9 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/crumbs._____

4. Bakehouse by Breadsman – kedai bakeri

Kredit Imej: Bakehouse by Breadsman
Kredit Imej: Bakehouse by Breadsman

Untuk peminat Croissant dan roti Sourdough anda wajib singgah sini. Bakehouse by Breadsman setiap hari mengeluarkan roti dan pastri yang segar dari oven untuk anda. Boleh rambang mata nak pilih sebab banyak pilihan roti mahupun pastri.

Kalau datang sini best makan sambil chill minum secawan kopi dan lepak dengan kawan atau family. Vibe kafe yang nyaman dengan dipenuhi dengan aroma roti yang dibakar memang layan.

Lokasi: A-1-5, Vantage @ Tamu, Lot 389, Block 227, KNLD at, Jalan Stampin Tengah, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 8 pagi sampai 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/bakehousebykuching/

5. Mons patisserie – kafe pastri

Kredit Imej: Mons patisserie
Kredit Imej: Mons patisserie
Kredit Imej: Mons patisserie

Mereka berkemahiran dalam bidang pastri. Boleh nampak dari setiap menu pastri mereka dibuat dengan teliti untuk dapatkan hasil yang cantik. Di Mons patisserie, mereka juga menerima tempahan kek mengikut citarasa pelanggan. Malah mereka akan keluarkan menu yang limited edition mengikut musim atau perayaan. Sebagai contoh untuk sambutan hari raa, hari bapa, hari ibu dan banyak lagi.

Kalau hujung minggu mesti ramai. Tapi jangan risau tempat sentiasa ada untuk anda.

Lokasi: Ground Floor No 23, Lot 3146, Block 12, Muara Tebas Land District, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/MonsBakehouse/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 5 tempat makan best  roti dan pastri di sekitar Kuching Sarawak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain