13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kuala Lumpur

2024-07-04

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kuala Lumpur| Tempat Makan Best – Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Menjadi pusat utama di mana banyak tempat menarik dan tempat makan yang best ada di sini.

Kini pengemar makanan berasaskan tepung seperti roti dan pastri semakin ramai. Permintaan terhadap roti dan pastri juga bertambah. Tidak hairan lah kalau kedai roti dan pastri pada hari ini semakin membangun. Mereka perlu lakukan kelainan untuk menarik pelanggan ke kedai mereka.

Untuk kali ini saya akan mudahkan anda semua yang gemar makan roti dan pastri mencari tempat makan best roti dan pastri di sekitar Bandar Kuala Lumpur.

1. Levain Boulangerie & Patisserie – kafe

Kredit Imej: Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit Imej: Levain Boulangerie & Patisserie
Kredit Imej: Levain Boulangerie & Patisserie

Untuk peminat pastri anda wajib singgah kafe ini. Mereka sediakan pelbagai jenis roti dan pastri. Malah yang sedang viral dan trending juga ada di sini. Di Levain Boulangerie & Patisserie, mereka amat pentingkan kualiti makanan. Hanya bahan yang premium saja di gunakan untuk hasilkan roti dan pastri yang sempurna.

Jadi anda tunggu apa lagi, masukkan kafe ini dalam senarai perjalanan anda.

Lokasi: 7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sampai 5.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/LevainBoulangeriePatisserie/

2. Baketime Bakery – kedai roti

Kredit Imej: Baketime Bakery
Kredit Imej: Baketime Bakery

Mungkin masih ramai yang tidak tahu. Di tengah bandaraya Kuala Lumpur ada sebuah kedai roti dan pastri yang sediakan banyak pilihan dan harga juga murah. Roti dan pastri di sini semuanya ready to go, tiada ruang makan di sediakan. Namun jangan risau, makanan mereka semuanya masih baru dan kualiti sentiasa baik untuk pelanggan.

Lokasi: 36, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/mybaketimemy/

3. KLCG Confectionery and Bakery – kafe

Kredit Imej: KL Foodie
Kredit Imej: X MalayFoodHunter
Kredit Imej: X MalayFoodHunter

Kafe ini terletak di Dataran Merdeka. Setiap hari akan ada ramai yang datang. Kalau hujung minggu lagi ramai. Tapi jangan risau staff mereka laju ja buat kerja. Apa yang buat kafe ini popular?

Mereka mula terkenal selepas mengeluarkan menu yang viral di media sosial Tiktok iaitu cromboloni. Menu ini telah menarik ramai pelanggan untuk cuba. Ada juga pelanggan yang datang dari jauh yang sanggup untuk dapat satu cromboloni.

Lokasi: 51, Jalan Midah 3, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Di buka setiap hari Dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/KLCGConfectioneryBakery/

4. Komugi – kedai roti

Kredit Imej: Komugi
Kredit Imej: Komugi

Kedai roti ini terletak dalam Mid Valley Megamall. Ramai yang suka datang ke sini sebab banyak pilihan roti dan pastri, semuanya sedap dan lembut ja bila makan. Yang paling penting harga berpatutan. Rugi kalau anda tak cuba.

Lokasi: LG078, Lower Ground, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.komugi.com.my/

5. Orito – kafe

Kredit Imej: Orito
Kredit Imej: Orito
Kredit Imej: Orito

Kafe ini hanya menjual makanan roti dan pastri bersama minuman coffee. Menariknya di sini, setiap gigitan roti dan pastri anda dapat rasakan rasa yang premium. Mereka sangat menjaga kualiti makanan. Roti dan pastri di sini di bakar setiap hari. Anda boleh dapatkan roti baru dan fresh hanya di Orito Cafe.

Kafe ini sediakan ruang untuk makan. Reka bentuk dan dekorasi kedai sangat estetik dan cantik. Memang best kalau datang ke sini.

Lokasi: Plaza Damas, B-0-5, 3, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/oritokl/

6. Ajwa Bakery Cafe – kafe

Kredit Imej: Ajwa Bakery Cafe
Kredit Imej: Ajwa Bakery Cafe

Anda mahukan kedai roti dan pastri yang dijamin halal? Boleh singgah di Ajwa Bakery Cafe. Pemilik dan chef di sini seorang muslim. Kafe ini mula terkenal dengan Croissant mereka yang rangup diluar tapi lembut di dalam. Ramai yang sanggup datang jauh untuk dapatkan menu spesial ini.

Selain croissant, ada banyak lagi pilihan roti dan pastri yang lain. Yang pastinya di sini harga sangat berpatutan dengan rasa yang premium.

Lokasi: Melawati Square, 311G, Lorong Kedah, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu dari 10 pagi hingga 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/AjwaBakery/

7. FASO Pâtisserie – kedai pastri

Kredit Imej: FASO Pâtisserie
Kredit Imej: FASO Pâtisserie

Tempat makan best untuk pastri yang ada di Kuala Lumpur hanya di FASO Pâtisserie. Kedai ini sangat popular dengan pastri yang cantik dan comel. Mereka juga sediakan meja kerusi untuk makan di kafe. Hiasan dan dekorasi kafe ala minimalis. Menampakkan kafe ini lebih tenang dengan vibe  yang selesa.

Boleh ajak kawan makan sambil lepak dan chill.

Lokasi: 14, Jalan 28/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin dari 9 pagi sampai 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/fasopatisserie/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Kuala Lumpur. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Kuala Lumpur ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain