13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kota Bharu, Kelantan

2024-07-02

13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Kota Bharu, Kelantan| Tempat Makan Best – Kalau datang ke Kelantan mesti cari nasi kerabu, nasi dagang, kuih muih tradisional dan banyak lagi. Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan kini popular dengan tempat makan yang menarik dan banyak dari jenama – jenama yang besar di luar sana.

Untuk peminat roti dan pastri di sinilah tempat yang wajib anda singgah. Saya telah mencari beberapa tempat makan best roti dan pastri yang semestinya terbaik untuk anda semua. Setiap tempat ini ada keunikkan dan kelebihan sendiri.

Berikut adalah senarai tempat makan best roti dan pastri di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan.

1. Atas Cafe – kafe

Kredit Imej: Atas Cafe
Kredit Imej: Atas Cafe
Kredit Imej: Atas Cafe

Kafe ini terletak di tingkat atas bangunan kedai. Mereka menyediakan pelbagai pilihan menu untuk roti dan pastri. Menariknya di sini setiap roti dan pastri ini di bakar dengan baik setiap hari. Antara menu yang paling disukaai pelanggan adalah Croissant. Lagi sedap makan bersama hot chocolate dan whipped cream. Kombinasi ini sangat sempurna. Anda wajib cuba.

Lokasi: Pt 495-496 Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/atascafe/

2. Ziq Bakery & Cake – kafe

Kredit Imej: Ziq Bakery & Cake
Kredit Imej: Ziq Bakery & Cake
Kredit Imej: Ziq Bakery & Cake

Sebuah kafe yang bertemakan kedai bakery. Kafe ini best untuk makan chill sambil lepak dengan kawan atau family. Kalau ke sini wajib cuba roti dan pastri mereka. Rata – rata pelanggan yang pernah datang beri komen yang positif tentang menu roti dan pastri di sini. Jadi anda juga patut cuba!

Lokasi: PT291, Jalan Kota Darul Naik, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/ZiqBakery&Cake/

3. The Daughter Bake House – kafe

Kredit Imej: The Daughter Bake House
Kredit Imej: The Daughter Bake House
Kredit Imej: The Daughter Bake House

Tempat makan best roti dan pastri yang diyakini di Kota Bharu iaitu The Daughter Bake House. Pemilik kafe ini muslim dan chef juga orang melayu. Menariknya di sini, mereka sentiasa mengeluarkan menu baru dan semestinya ada kelainan dari kafe lain. Warga Kota Bharu banyak yang tahu kafe ini. Untuk peminat roti dan pastri di luar sana yang masih mencari tempat makan roti dan pastri yang halal dan sedap mesti datang ke The Daughter Bake House.

Setiap hari orang akan ramai terutama pada waktu tengah hari. Tapi jangan risau servis di sini laju. Ruang makan juga di sediakan untuk siapa yang nak makan di kafe.

Lokasi: Jalan Dato Perdana, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 12 tengah hari sampai 6.30 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/TheDaughterBakeHouse/

4. Sogno Coffee – kafe

Kredit Imej: Sogno Coffee

Kafe ini popular dengan minuman coffee mereka yang rasa premium. Anda juga custom untuk pilih minuman anda ikut citarasa masing – masing. Selain dari coffee mereka yang disukaai ramai, menu makanan utama di sini adalah roti dan pastri. Mereka berkemahiran untuk membuat sendiri setiap roti dan pastri ini. Malah yang bestnya di sini semua menu di bakar setiap hari untuk menjamin kualiti yang baik.

Dekorasi dan konsep kafe juga cantik. Merek menggunakan tema minimalis dalam hiasan kafe menjadikan kafe nampak lebih tenang dan selesa untuk lepak dan chill.

Lokasi: PT 210 , Ground Floor, Depan KB Mall, Jalan Hamzah, Seksyen 19, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/sognokb/

5. The Layers – kafe

Kredit Imej: The Layers
Kredit Imej: The Layers

Kafe The Layers merupakan sebuah tempat makan best roti dan pastri yang ada di Kota Bharu. Antara menu yang popular di sini Soft Cookies dan Croissant. Banyak juga pilihan kek dengan rasa yang berbeza. Untuk peminat manisan sini adalah port wajib anda singgah.

Ada juga makanan lain selain roti dan pastri. Boleh kalau nak makan di kafe. Mereka sediakan ruang yang banyak dan luas. Tingkat atas juga guna. Jangan lupa ajak kawan dan family sekali.

Lokasi: Lot 320 A, Jalan Hulu Pasar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin dari 9.30 pagi hingga 12 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/thelayersmy

6. Superdough b. – kafe

Kredit Imej: Superdough b.
Kredit Imej: Superdough
Kredit Imej: Superdough b.

Sebuah kafe yang ada banyak pilihan roti dan pastri hanya di Superdough b. Cafe. Kalau anda datang mesti rambang mata nak pilih sebab semuanya nampak menarik dan sedap untuk di cuba. Roti dan pastri di buat setiap hari. Bila masuk ja ke dalam memang dapat bau aroma wangi dough yang di bakar. Membangkit selera siapa yang datang.

Lokasi: 2880-R, Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 petang.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/superdoughb

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 tempat makan best roti dan pastri di Kota Bharu Kelantan. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best Kelantan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Paling Popular