13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Johor Bharu| Tempat Makan Best – Johor Bahru, bandar yang terkenal dengan kepelbagaian makanan, tidak lengkap tanpa kehadiran roti dan pastri yang lazat. Dari kafe vintage yang menarik hingga gerai keluarga yang tradisional, terdapat pelbagai tempat di Johor Bahru yang menawarkan pengalaman unik dalam menikmati hidangan roti dan pastri yang enak.
Sertai saya kenali 13 tempat makan best untuk menikmati kelezatan roti dan pastri di bandar ini!
1. Seven Oaks Bakery Cafe – kafe
Jom makan di kafe dalam hotel 5 bintang! Di Seven Oaks Bakery Cafe menggunakan konsep hotel vintage bertaraf 5 bintang dalam seni bina dan dekorasi kafe. Menu roti dan pastri di sini sangat menarik. Ada pelbagai jenis roti dan pastri yang boleh anda dapatkan.
Ruang makan luas dan banyak. Boleh ajak kawan dan family datang bersama untuk pengalaman makan roti dan pastri dalam kafe yang unik.
Lokasi: 134, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap dari 9 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/sevenoaksmalaysia/
2. Salahuddin Bakery – kedai roti
Orang Johor mesti kenal dengan kedai legend ni. Kedai roti ini antara kedai yang paling lama yang masih beroperasi sampai hari ini. Mereka mula operasi sejak tahun 1937 lagi. Sekarang tinggal generasi ke tiga pula yang masih meneruskan warisan ini.
Uniknya di Salahuddin Bakery, mereka masih kekalkan resepi asal dan cara lama. Mereka gunakan kayu api untuk bakar setiap roti dan pastri di sini. Aroma dari kayu api menjadikan setiap roti dan pastri ada rasa yang lain, memang sedap. Rugi kalau datang Johor Bharu tapi tak singgah sini.
Lokasi: 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi sampai 4.3o petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.instagram.com/salahuddinbakery/
3. Doña Bakehouse – kedai pastri
Tempat makan best roti dan pastri yang boleh anda cuba di Johor Bharu iaitu Doña Bakehouse. Dari luar boleh nampak dekorasi kafe sangat minimalis dan cantik untuk bergambar memang sesuai. Bila masuk dalam ja boleh hidu aroma roti dan pastri yang baru di bakar.
Mereka sentiasa mengekalkan kualiti makanan dalam keadaan yang baik untuk pelanggan. Oleh itu, roti dan pastri di sini di bakar setiap hari.
Lokasi: 14, Jalan Tan Hiok Nee, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 8.30 pagi sampai 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/donabakehouse/
4. Loaf Adam Patisserie – kedai pastri
Kedai pastri satu ini bukan warga Johor saja yang tahu malah orang dari negeri lain juga kenal. Ada yang sanggup datang dari jauh untuk dapatkan menu viral di sini. Iaitu menu Cromboloni. Sejak hari pertama Loaf Adam Patisserie mengeluakan menu baru mesti akan viral di media sosial Tiktok.
Anda tunggu apa lagi, dapatkan pastri yang pasti sedap di Loaf Adam Patisserie.
Lokasi: 30 2, 2, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari 8.30 pagi hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/Loaf Adam Patisserie/
5. Yumido Pastry House – kedai roti
Orang Johor tahu tak di Yumido Pastry House mereka ada 40 jenis roti dan pastri setiap hari. Memang rambang mata lah kalau masuk ke sini. Semuanya nampak sedap dan menarik. Jangan risau di sini ‘Muslim-Friendly’, bolehlah pilih banyak – banyak.
Bukan roti ja ada, pastri pun ada. Jangan lupa datang sini, Yumido Pastry House ada beberapa cawangan lain lagi di seluruh negeri Johor. Senang lah nak pilih cawangan yang dekat dengan anda.
Lokasi: 12, Jln Austin Heights 8/2, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10.30 pagi sampai 9 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/yumido/
6. 3 Little Chef – kafe
Kafe yang menjual roti dan pastri paling comel dan estetik di Johor Bharu mestilah di 3 Little Chef. Seni bina dan dekorasi kafe sangat cantik. Setiap sudut menarik dan sesuai untuk kaki gambar. Lepas makan bolehlah ‘OOTD’ dulu. Di sini mereka bukan hanya ada roti dan pastri malah ada jugak beberapa menu lain seperti nasi, pasta dan banyak lagi.
Kini mereka sudah ada 2 cawangan di Johor.
Lokasi: Ground Floor, Trove Hotel, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8.30 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/3littlecheftrovehotel/
7. Manzanita Pâtisserie & Boulangerie – kedai pastri
Antara kedai pastri yang top di Johor Bharu iaitu Manzanita. Kafe ini memang popular di Johor. Mereka juga ada buka beberapa cawangan lain di sekitar Negeri Johor. Menariknya di sini, mereka sangat mahir dalam membuat Croissant. Kini mereka telah menghasilkan sebanyak 48 jenis Croissant dengan rasa dan menarik. Anda wajib cuba.
Lokasi: 3B, Jalan Sagu 21, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/ManzanitaTamanDaya/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti dan pastri di sekitar Johor Bharu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Johor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!