13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Ipoh Perak| Tempat Makan Best – Roti dan pastri bukanlah makanan utama rakyat Malaysia. Namun keenakkan dan unik rasa roti dan pastri ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Bagi peminat roti dan pastri di sekitar Ipoh Perak, artikel kali ini untuk anda. Saya telah mencari beberapa tempat makan best roti dan pastri yang ada di Ipoh Perak. Namun antara semua yang di jumpai hanya yang terbaik saya masukkan dalam artikel ini.
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba setiap tempat makan best roti dan pastri ini.
1. Noor Jahan Bakery sdn bhd – kedai roti
Warga Ipoh ramai yang tahu kedai roti legend iaitu Noor Jahan Bakery. Kedai ini telah lama operasi sejak tahun 1902 lagi. Masih bertahan sampai hari ini. Baru – baru ini kedai roti Noor Jahan Bakery menjadi viral di media sosial Tiktok kerana lokasi kedai ini yang digunakan untuk filem Netflix bertajuk Doh (Dough). Selepas tayangan ramai yang datang untuk cuba sendiri roti di sini. Tempat ini telah menjadi lokasi yang wajib singgah kalau datang ke Ipoh.
Roti dan kek di Noor Jahan Bakery memang menggunakan resepi asal orang lama. Rasa roti juga memang berbeza. Rugi kalau anda tak datang.
Lokasi: 7, Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari 11 pagi hingga 8 malam.
2. Little Allegra Bakery – kafe
Terletak di Ipoh, kafe ini sediakan banyak pilihan roti dan pastri. Keistimewaan mereka adalah banyak roti dan pastri yang di olah menggunakan resepi rahsia sendiri dan menghasilkan banyak menu baru. Kalau datang ke Little Allegra Bakery anda akan rambang mata tak tahu mana yang nak pilih sebab semuanya nampak sedap dan menarik.
Kafe ini buka seawal 8.30 pagi dan banyak menu sarapan disajikan untuk anda.
Lokasi: 26a, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Di buka setiap hari Selasa, Rabu, Khamis dari 8.30 pagi hingga 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/littleallegrabakery/
3. Chloe.co – kedai pastri
Warga Ipoh dah cuba ka kedai pastri yang viral iaitu Chloe.co. Kedai ini popular kerana mereka ada lebih 50 pilihan roti dan pastri. Pelanggan yang pernah datang beri komen positif, rata – rata puji signature mereka iaitu Peach Strudel, Croissant dan French Tart. Kalau anda datang jangan lupa order 3 menu ini.
Lokasi: 55, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10.30 pagi sampai 10 malam
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/Chloeco/
4. être Patisserie – kedai pastri
Saya rasa ini adalah kedai pastri yang paling comel di Ipoh. Setiap pastri mereka dihiasi dengan cantik dan sangat teliti. Mereka hanya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi untuk kekalkan rasa yang premium. Dengan setiap gigitan anda dapat rasakan sendiri perbezaan pastri di sini dengan tempat makan yang lain.
Ruang makan juga disediakan. Sangat luas dan selesa. Sesuai kalau nak ‘OOTD’.
Lokasi: 30, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari, 10 pagi hingga 6.30 petang
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/etrepatisserie/
5. My Ultimate Bakes – kafe
Kalau datang ke sini anda tak perlu risau, chef di sini Muslim. Mereka membakar roti dan pastri baru setiap hari. Untuk pastikan anda dapat roti dan pastri yang baru. Tempat makan best ini sentiasa keluarkan menu baru mengikut trend di media sosial. Antara menu yang paling di laris iaitu Croissant dan Soft Cookies.
Jangan lupa singgah kalau datang ke Ipoh Perak.
Lokasi: 21, Jalan Pengkalan Putra 3, Pusat Perniagaan Pengkalan Putra, 31650 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari, 11 pagi sampai 6.30 petang.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/myultimatebakes/
6. Flufff – kafe
Ramai lagi ka orang Ipoh yang tak tahu tempat makan best roti dan pastri iaitu di Flufff. Menu utama mereka yang wajib anda cuba iaitu steamed bun. Roti bun yang ni memang fluffy. Di makan bersama pencicah yang kita pilih sangat best. Menu pastri lain pun ada. Semuanya nampak cantik dan sedap. Rugi kalau tak cuba roti yang gebu dan lembut di Flufff.
Lokasi: 55A&57A, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari, 12 tengahari sampai 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/flufffcafe/
7. Shake & Bake Cafe – kafe
Kedai Roti dan Pastri paling besar di Ipoh. Mereka menjual pelbagai pilihan roti dan pastri. Semua jenis roti ada di sini. Memang rambang mata jadinya kalau masuk ke Shake & Bake Cafe. Paling best mereka sediakan ruang makan yang luas dan banyak yang boleh muatkan ramai pelanggan dalam satu masa.
Menariknya mereka juga sediakan microwave untuk mudahkan pelanggan panaskan roti sebelum makan. Jadi roti yang anda beli boleh makan panas – panas macam baru di bakar. Memang best!
Lokasi: 14, Jln Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 12 malam.
Untuk tempahan atau soalan layari laman:
https://www.facebook.com/shakenbake.cafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti dan pastri di Ipoh Perak. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Ipoh Perak ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!