13 Tempat Makan Best Roti & Pastri di Alor Setar, Kedah| Tempat Makan Best – Mencari tempat makan best roti dan pastri di sekitar Alor Setar? Kalau anda berada di Alor Setar banyak sebenarnya kedai pastri dan roti yang menarik untuk di cuba.
Pilihan roti yang menarik dan yang viral di media sosial pun ada di sini. Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat makan best dan ada banyak genre makanan yang berbeza. Termasuklah kedai roti dan pastri ini.
Untuk mudahkan anda, saya senaraikan beberapa tempat makan best roti dan pastri yang ada di Alor Setar, Kedah.
1. Simpol – kafe
Kafe simpol terletak di tengah bandar Alor Setar iaitu sebelah menara Alor Setar. Kalau anda masih tak jumpa tempat makan best roti dan pastri wajib singgah sini. Mereka hanya menghidangkan roti dan minuman sahaja, namun masih mendapat sambutan yang meriah.
Lagi menarik jika ke sini anda boleh melihat sendiri secara langsung bagaimana chef mereka mengadun dan membakar roti dan pastri ini. Walaupun bukan hujung minggu anda tetap kena beratur untuk dapatkan order. Tapi jangan risau servis mereka cepat.
Lokasi: 12-C, Jalan Istana Kuning, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 12 tengah hari sampai 9 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Simpol/
2. övern – kedai pastri
Orang Alor Setar ramai yang pernah pergi ke sini. övern adalah sebuah kafe yang menyajikan roti dan pastri yang selalu viral di media sosial. Pilihan roti dan pastri mereka memang banyak dan semuanya nampak menarik. Pelanggan yang pernah datang puji rasa Cromboloni mereka yang rasa cukup premium dengan rangup di luar tapi lembut dan gebu di dalam. Di tambah pula dengan inti dan toping di tengah.
Bukan hanya makanan yang disukai ramai malah reka bentuk dan konsep kedai sangat menarik. Sesuai kalau nak ‘OOTD’.
Lokasi: G1 & G2, Bangunan ARENA, 55, Lorong Perak 12, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi sampai 8 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/overn/
3. Sulb – kafe
Kafe Sulb yang berada di Alor Setar pernah viral di media sosial Tiktok sebelum ini. Mereka terkenal dengan roti dan pastri yang menarik dan sedap. Di tambah pula konsep kafe ini yang cantik dan sesuai untuk ambil gambar. Seni bina kafe ini banyak mendapat pujian ramai. Terutama dalam kalangan geng kaki gambar.
Kalau ke sini bukan ada roti dan pastri saja. Mereka juga ada menu lain seperti pasta, nasi dan banyak lagi. Jom ramai – ramai singgah ke Sulb kafe.
Lokasi: 66 & 67, Jalan Psk Satu, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/sulb.my/
4. Flour Crown – kedai pastri
Siapa tak kenal dengan kafe satu ini Flour Crown. Kafe ini telah lama beroperasi dan kini mereka semakin maju dan dikenali ramai. Kafe juga semakin di perluas dengan lebih cantik. Sekarang menu pastri dan bakeri juga semakin banyak. Mereka ada hampir 100 pilihan pastri dan bakeri untuk di pilih. Kalau anda datang ke Flour Crown memang rambang mata lah nak pilih.
Untuk pengetahuan semua, pemilik kafe ini belajar untuk hasilkan produk mereka sampai ke luar negara untuk pastikan rasa dan kualiti mereka terjamin. Anda tunggu apa lagi, jangan lupa untuk singgah di sini dan rasai sendiri keunikkan pastri dan roti mereka.
Lokasi: 10A, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Selasa dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/flourcrown/
5. Art Nature Gallery Cafe – kafe
Untuk peminat croissant anda wajib singgah sini. Menariknya croissant di sini menggunakan bahan yang premium menjadikannya lebih wangi dan sedap di makan. Pihak kafe ini juga keluarkan menu salted egg croissant. Rata – rata pelanggan memilih menu ini. Rasa salted egg sempurna apabila di makan bersama croissant.
Kalau datang ke Art Nature Gallery Cafe, anda juga boleh pesan menu lain yang lebih menarik. Mereka menyajikan semua menu vegetarian. Untuk peminat vegetarian jangan lupa singgah ke sini.
Lokasi: Pekan Melayu, 46, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, 05000 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 12 tengah hari sampai 8 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/artnaturegallerycafe/
6. Kopi & Roti – kafe
Mencari kafe yang cantik untuk lepak sambil makan croissant? Di Kopi & Roti mereka menyajikan banyak menu roti dan sandwich. Makan bersama air kopi yang di brew segar untuk anda. Aroma biji kopi yang di panggang memenuhi ruang kafe.
Kalau nak makan untuk sarapan pagi juga boleh. Setiap menu ini ada keistimewaan sendiri yang menjadikan mereka lebih menarik dari kafe lain.
Lokasi: Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 9 pagi sampai 7 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/kopidanroti/
7. Roti Mom – kedai roti
Masih ada ka warga Alor Setar yang masih tak kenal dengan kedai roti satu ini iaitu Roti Mom. Mereka hanya memfokuskan kepada menu roti dengan pelbagai pilihan menarik. Paling best di sini, roti mereka di bakar setiap hari. Anda dapat rasakan setiap menu di buat dengan bahan yang premium.
Kalau anda tak pernah datang perlu cuba sekarang.
Lokasi: Souq Al-Bukhary, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad dari 8 pagi hingga 5 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/_.rotimom/
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 tempat makan best roti & pastri di Alor Setar. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Alor Setar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!