13 Cafe Menarik di Terengganu| Tempat Makan Best – Anda merancang bercuti ke Terengganu? Negeri ini kaya dengan makanan laut. Banyak makanan yang viral asal dari Terengganu. Tempat makan yang best juga banyak.
Untuk memudahkan anda, kami akan bantu senaraikan cafe yang unik dan menarik untuk anda cuba. Warga Terengganu masih ada yang belum tahu kewujudan cafe ini. Jika berkunjung ke negeri ini jangan lepaskan peluang untuk melawat semua cafe menarik di Terengganu.
Selamat mencuba!
1. Nyiur Pantai Sauh – kafe
Lokasi kafe ini sangat unik. Terletak di tepi pantai sauh dan di kelilingi dengan pokok nyiur. Cafe ini menjadi tempat lepak baru di sini. Ramai yang datang dengan kawan dan family. Sambil nikmati coffee dan menghirup udara segar dengan pemandangan yang sangat indah.
Lokasi: PT 102870 Pantai Sauh, 21020, Terengganu
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/nyiur.pantai.sauh/
2. House of Losong Kopi Bayu – kafe
Cafe menarik yang ada di Terengganu adalah di House of Losong Kopi Bayu. Kafe ini bersebelahan dengan sungai. Menariknya di sini semua tempat duduk adalah outdoor. Di hiasi dengan pokok dan bunga yang cantik menjadikan kafe ini rasa tenang dan selesa.
Kafe ini juga sering mendapat tempahan untuk buat majlis atau program di sini. Dengan kemudahan yang lengkap, ramai yang pilih House of Losong Kopi Bayu.
Lokasi: 1537, Kampung Losong Masjid, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul kecuali Rabu. Bermula dari pukul 4 petang sampai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/houseoflosongkopibayu/
3. Feel’in Coffee Bar – kafe
Kafe dengan konsep ‘Minimalis’ dan ‘Cozy’ menjadikan Feel’in Coffee Bar sebuah kafe yang disukai ramai terutama warga Terengganu sendiri. Peminat pastry wajib datang ke sini. Menu spesial mereka adalah pastry yang di bakar segar setiap hari. Kalau bercuti ke Terengganu rugi kalau tidak singgah sini.
Lokasi: 137c Tingkat Bawah, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Isnin. Dari pukul 1 tengah hari sampai 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/feelincoffeebar/
4. Kedai Kopi Buruk – kafe
Antara kafe yang unik untuk di cuba ialah di Kedai Kopi Buruk. Kafe ini menggunakan konsep warung kopi lama. Design dan dekorasi sepenuhnya retro dan barang barang vintage. Banyak juga barang lama yang berjaya di kumpul dan di jadikan tayangan dalam kafe.
Makanan pula mengikut tema kafe. Semua menu adalah menu makanan orang lama. Memang sedap! Boleh bawa anak – anak anda untuk cuba pengalaman baru di sini.
Lokasi: Lot 2949 Jalan Kuala Berang Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat. Dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/KedaiKopiBuruk/
5. Jolly Good Cafe – kafe
Sebuah cafe kopi dalam kejiranan yang jauh dari hiruk pikuk bandar. Kafe ini sangat comel dan cantik untuk ambil gambar. Kaki gambar wajib singgah sini.
Makanan yang di sajikan adalah masakan yang ala Inggeris. Namun, makanan ini sangat sedap mengikut citarasa kita. Banyak juga pilihan menu yang ada. Pastry juga anda untuk peminatnya.
Lokasi: 814, Lorong Pandan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa. Dari pukul 8 pagi hingga 11.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/jollygoodcafe/
6. Zahon Cafe – kafe
Sebuah kafe dengan mini library di dalam. Menu makanan pula adalah Japanese Style. Menu popular mereka adalah Japanese Ramen dan Chicken Curry. Semua menu menu telah diterima oleh orang jepun sendiri. Jadi anda tunggu apa lagi. Tempah meja anda sejarang untuk mencuba sendiri keenakkan masakan Jepun di Zahon Cafe.
Jika anda ke sini boleh lah baca buku sambil nikmati makanan dengan suasana yang selesa. Ramai juga yang datang untuk study atau siapkan kerja.
Lokasi: Lot 695 Jalan Simpang, Jalan Sungai Rengas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu. Dari 12 tengah hari hingga 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/ZahonCafe/
7. Lookies Cafe – kafe
Sekali pandang seakan akan lukisan 2D. Lookies Cafe yang terletak di Kuala Terengganu menarik perhatian ramai dengan keunikkan sendiri. Mereka gunakan konsep lukisan pada dinding dan dekorasi cafe. Bila anda masuk ke dalam dapat rasa seperti dalam komik lukisan.
Selalu kafe ini dijadikan tempat ambil gambar oleh geng kaki gambar.
Lokasi: Bazaar Kokitab, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu. Mula dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/lookiesofficial
Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di Terengganu. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Terengganu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!