13 Cafe Menarik di Sungai Petani, Kedah| Tempat Makan Best – Kalau datang kedah mesti singgah Pulau Langkawi atau bandar Alor Setar. Namun untuk pengetahuan semua banyak tempat makan best di daerah Sungai Petani. Malah banyak juga cafe menarik di Sungai Petani yang wajib anda singgah dan cuba.
Setiap cafe ini ada keistimewaan sendiri dengan konsep dan tema yang unik. Jom sama – sama kita ketahui 13 cafe menarik yang ada di Sungai Petani, Kedah.
1. Hanazawa Cafe – kafe
Langkah pertama anda masuk ke cafe ini staff cafe akan menyapa anda dengan sapaan dalam bahasa Jepun. Ini kerana, cafe ini menggunakan konsep cafe bakery dari Jepun. Hanazawa menawarkan pengalaman dan vibe yang lain dari kebiasaan. Dekorasi dan hiasan dalam cafe memang sangat cantik dan sesuai untuk ambil gambar.
Banyak pilihan makanan dessert dan semuanya premium kerana dibuat menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. Spesial di sini roti sourdough mereka yang di bakar segar setiap hari. Cafe ini juga terima tempahan untuk kek.
Lokasi: 171, Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/hanazawabakery/
2. The 1997 Coffee – kafe
Di sini mereka bukan hanya jual coffee sahaja, ada juga pelbagai pilihan makanan yang menarik. Ada croissant, kek, pasta malah nasi juga ada. Paling popular menu Chicken Buttermilk. Rasa lemak dan creamy di makan bersama ayam rangup memang best.
Dalam cafe pula terdapat satu sudut dinamakan sudut curhat. Di sini anda boleh tulis curahan hati dalam nota kecil dan boleh tampal di dinding cafe. Selain itu, kemudahaan yang ada seperti penghawa dingin dan wifi bagi memberi keselesaan untuk semua.
Lokasi: 216, Jalan Batik 2/1A, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 10 pagi sampai 10 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/the1997.rcc
3. 2 Day Coffee – kafe
Peminat coffee anda wajib datang sini. Coffee di sini ada banyak pilihan yg menarik. Di tambah pula dengan kawasan luaran dan dalaman cafe juga cantik untuk ‘OOTD’. Tempat duduk di luar sesuai untuk lepak santai manakala tempat duduk indoor lebih nyaman dengan penghawa dingin.
Makanan pula ada pastry, pasta, nasi. tomyum dan banyak lagi. Sesuai di jadikan tempat lepak. Boleh ajak ramai kawan dan family untuk makan dan lepak bersama.
Lokasi: 64, Lorong 13, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis dari pukul 10 pagi sampai 10 malam. Hujung minggu di buka sampai 12 tengah malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/2daycoffee/
4. Secangkir Kopi – kafe
Satu lagi kafe yang selalu viral di media sosial iaitu Secangkir Kopi. Spesial di sini ada kopi mereka. rasa dan aroma yang premium membangkit rasa. Dengan menggunakan tema klasik moden menjadikan kafe ini bukan saja tempat makan malah menjadi tempat untuk ambil gambar.
Anda jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Rasai sendiri kopi dan makanan mereka dan baru tahu kenapa kafe ini selalu menjadi pilihan warga Sungai Petani.
Lokasi: Cinta Sayang Resort Homes, A38, Jalan 3A, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari jumaat. Dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.instagram.com/secangkir__kopi__/
5. Kopi Bunga – kafe
Cafe ‘aesthetic’ dengan makanan yang Tip Top hanya ada di Cafe Kopi Bunga. Konsep yang digunakan adalah minimalis dengan dekorasi yang ‘simple’ memang cantik untuk ambil gambar. Menu popular mereka adalah Creamy Pasta Tomyum. Rasa pasta yang sempurna dengan kombinasi dengan tomyam yang bercream.
Jika anda datang ke Sungai Petani, jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini.
Lokasi: 1, Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali Rabu dari 8.30 pagi hingga 11 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/Kopibunga/
6. Baeshake Sungai Petani – kafe
Cafe menarik di Sungai Petani, Kedah iaitu Baeshake ialahialah sebuah cafe makanan korea yang popular di utara Malaysia. Sungai Petani adalah cawangan cafe mereka yang kedua. Selain sini, ada juga di Bertam, Penang. Sejak dari hari pertama pembukaan Baeshake Sungai Petani, orang ramai tidak putus datang.
Yang bestnya di sini adalah banyak pilihan menu makanan yang menarik untuk di cuba. Semua nya makanan korea yang popular dan selalu kita nampak dalam drama korea. Rugi kalau anda tak singgah cafe menarik ini.
Lokasi: 18, Jalan Dewa, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali cuti Jumaat. Operasi dari 12 tengah hari sehingga 10.30 malam.
Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:
https://www.facebook.com/baeshakecafe
Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 cafe menarik di Sungai Petani, Kedah. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Sungai Petani ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!