13 Cafe Menarik di Selangor

2024-06-02

13 Cafe Menarik di Selangor| Tempat Makan Best – Kalau kita pergi bercuti mesti tempat makan adalah perkara yang utama kita akan cari. Banyak sebenarnya tempat makan yang best ada di sekitar Selangor. Ramai warga Selangor masih tidak kenal dengan tempat ini.

Oleh itu, saya akan bantu anda mencari beberapa cafe menarik yang ada di negeri Selangor. Setiap cafe ini ada tarikan dan keunikkan sendiri. Rugi jika anda terlepas beberapa cafe ini.

1. Bukku Cafe – kafe

Anda mencari kafe untuk lepak study dengan kawan atau untuk buat kerja? Di Selangor ada sebuah cafe menarik iaitu Bukku Cafe. Dengan berkonsepkan library, kafe ini menyediakan rak buku yang di penuhi dengan buku buku yang menarik untuk semua generasi.

Ruang makan juga luas dan selesa. Senang kalau nak makan sambil buat kerja. Boleh ajak jugak ramai kawan untuk datang sini. Jangan risau ruang cukup untuk semua.

Kredit Imej: Bukku Cafe
Kredit Imej: Bukku Cafe
Kredit Imej: Bukku Cafe

Lokasi: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/bukkucafe/

2. Koffie Lane – kafe

Kafe ini bertemakan English Style dengan konsep mewah. Perabot dan hiasan yang digunakan menampakkan kafe yang mahal. Namun, makanan dan minuman di sini memang berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Menu spesial mereka di sini adalah kopi. Banyak variasi air kopi yang ada. Semua sedap lagi best makan bersama pastry mereka. Selamat mencuba!

Kredit Imej: Koffie Lane
Kredit Imej: Koffie Lane
Kredit Imej: Koffie Lane

Lokasi: No. B-1, 21, Jalan Prima Saujana 2/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/koffielane/

3. Warunk Koffie by Wood & Steel – kafe

Satu lagi cafe menarik di Selangor. Konsep kafe classic dan modern. Menjadikan cafe ini sangat menarik dan cantik untuk ambil gambar. Pilihan makanan di sini memang banyak. Dari makanan berat sehingga ke dessert, semua variasi ada. Ruang cafe ini luas dan tenang sesuai kalau nak bawak kanak kanak atau lepak ramai dengan kawan atau family.

Kredit Imej: Warunk Koffie by Wood & Steel
Kredit Imej: Warunk Koffie by Wood & Steel
Kredit Imej: Warunk Koffie by Wood & Steel

Lokasi: Seksyen U17, Lot 1686, Jalan Gajah 10, Kampung Kubu Gajah, 40160 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/p/WarunkKoffiebyWood/

4. The Ink Library Cafe – kafe

Seperti namanya kafe ini menggunakan tema seperti Library dalam design kafe. Banyak rak buku tersedia untuk semua customer yang datang. Tempat makan yang selesa dan tenang.

Pilihan makanan pula banyak. Ada masakan Malaysia, Western, Pastry dan banyak lagi. The Ink Library Cafe paling popular waktu makan tengah hari dan makan malam. Selalu juga di jadikan tempat lepak dengan kawan.

Kredit Imej: The Ink Library Cafe
Kredit Imej: The Ink Library Cafe
Kredit Imej: The Ink Library Cafe

Lokasi: EcoWorld Gallery@Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam 6332, B49, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 12 tengah hari sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/inklibrarycafe/

5. Suka Dessert – kafe

Siapa saja tidak tahu dengan kafe satu ini. Kafe yang selalu viral dan popular di seluruh Malaysia ialah cafe Suka Dessert. Ramai juga yang datang Selangor semata – mata untuk dapatkan produk Suka Dessert.

Untuk yang belum tahu, suka dessert adalah kafe yang menggeluarkan produk dessert manisan yang berasaskan coklat premium. Kalau datang ke kafe, mereka bukan saja hidangkan makanan dessert saja malah ada banyak lagi makanan lain seperti burger, ramen, pasta dan banyak lagi. Anda wajib kena cuba!

Kredit Imej: Suka Dessert Cafe
Kredit Imej: Suka Dessert Cafe
Kredit Imej: Suka Dessert Cafe

Lokasi: G-08, Residensi 280, 1KM, Lebuhraya Selayang – Kepong, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/SukaDessert/

6. Common Space – kafe

Satu kafe yang memberi pengalaman makan anda yang menakjubkan. Di Common Cafe, mereka adalah sebuah kafe yang bertemakan generasi Z. Makanan di sini ada pelbagai jenis. Paling popular adalah Pastry yang di bakar segar setiap hari dan makanan Western yang lain. Walaupun tema dan konsep cafe mengikut gen Z namun ramai customer yang datang dari pelbagai generasi.

Anda tunggu apa lagi tempah meja anda sekarang sebelum penuh.

Kredit Imej: Common Cafe
Kredit Imej: Common Cafe
Kredit Imej: Common Cafe

Lokasi: Seksyen 13, 71, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Buka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.facebook.com/commonerscartel/

7. The Coffee Dock – kafe

Antara cafe menarik dan unik ada di Selangor adalah The Coffee Dock. Kafe ini terletak di tepi Tasik. Menu spesial mereka adalah coffee. Memang layan kalau lepak dengan kawna sambil layan view tasik. Datang pula waktu senja, anda dapat lihat pemandangan matahari terbenam yang sangat indah.

Kalau nak rasa kelainan, boleh datang ke kafe ini. Vibe dan pengalaman yang anda akan dapat tidak akan sama dengan tempat lain.

Kredit Imej: The Coffee Dock
Kredit Imej: The Coffee Dock
Kredit Imej: The Coffee Dock

Lokasi: Taman Wetland, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Di buka setiap hari kecuali hari Rabu dan Khamis. Mula operasi dari 5 petang sampai 11 malam.

Untuk tempahan atau soalan boleh layari laman:

https://www.instagram.com/thecoffeedockmy/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 7 cafe menarik di negeri Selangor. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Leave the first comment

Artikel Lain